HomeBantuanPermohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2024

Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2024

Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan kepada pemohon yang berkelayakan bagi memohon Skim Bantuan Am Pelajaran 2024 yang merupakan bantuan persediaan bagi melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Skim yang disediakan adalah berbentuk bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. 

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian masing-masing.

Apa itu Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk?

Bantuan Am Pelajaran adalah Skim bantuan di bawah Asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.

Matlamat MAIPk adalah untuk membantu para pelajar anak-anak Perak khususnya dan membela nasib para pelajar fakir dan miskin.

Semoga dengan Bantuan Am Pelajaran ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga atau penjaga para pelajar ini.

Tempoh Permohonan

Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti jadual di bawah;

PERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN
SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)RM800.00
DIPLOMA / DPMV (KV)RM1000.00
IJAZAHRM1000.00

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran Perak (MAIPk) bagi tahun 2024;

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  4. Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi
  5. Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
  6. Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan
  7. Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak
  8. Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan 

https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila layari Facebook Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak atau laman web untuk info terkini dan maklumat lanjut

Share Posting’ ini. Galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.

‘Share Posting’ ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.

Kisah Pelajar Melanjutkan Pelajaran

Saksikan contoh kisah mereka. 

Kisah pelajar ACCA dalam negara:

Sumber: Facebook Zakat Perak – MAIPk & Laman Portal MAIPk


Lihat Juga:
Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship)
Biasiswa Agrobank: Scholarship Award Program (SAP 2024)
Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments