HomeInfoWaktu Solat Raya Aidiladha 2025 Setiap Negeri di Malaysia

Waktu Solat Raya Aidiladha 2025 Setiap Negeri di Malaysia

Waktu solat raya Aidiladha pukul berapa?

Secara umum, waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bermula kira-kira 15 hingga 20 minit selepas terbit matahari (syuruk) dan mesti dilaksanakan sebelum masuk waktu Zohor.

Di Malaysia, waktu pelaksanaannya biasanya berada dalam lingkungan 7:30 pagi hingga 8:30 pagi, bergantung kepada ketetapan negeri masing-masing.

Berbeza dengan waktu Solat Hari Raya Aidilfitri, Solat Hari Raya Aidiladha di banyak negeri diawalkan bagi memberi ruang kepada pelaksanaan ibadah korban yang dilakukan sejurus selepas selesai solat.

Kebanyakan Jabatan Agama Islam negeri menyelaras waktu ini supaya pelaksanaan seragam di seluruh masjid dan surau utama negeri masing-masing.

Jadual Waktu Solat Sunat Aidiladha 2025 Mengikut Negeri

Berikut ialah jadual dan anggaran waktu pelaksanaan solat hari raya haji 2025 di seluruh Malaysia berdasarkan maklumat terkini yang kami himpun:

Negeri/WilayahWaktu Solat Sunat Aidiladha2025
Johor8:30 pagi
Kedah8.30 pagi
Kelantan8.00 pagi
MelakaSekitar 8.30 pagi
Negeri Sembilan8.00 -8.30 pagi (ikut kariah) 
Pahang8.30 pagi 
Perak8.15 – 8.45 pagi (ikut kariah)
Perlis7:45 – 8:15 pagi (ikut kariah) 
Pulau PinangSekitar 8:30 pagi (rujuk kariah)
SabahIkut Zon sekitar 7.30 – 8.15 pagi
SarawakIkut Zon sekitar 7.30 – 8.15 pagi
Selangor8.00 pagi
Terengganu8.00 pagi
W.P. Kuala Lumpur8:15 pagi
W.P. Putrajaya8:15 pagi
W.P. Labuan7:30 pagi

Nota: Sila rujuk Jabatan Agama Islam atau masjid/qariah masing-masing untuk jadual yang lebih tepat

Lihat Juga: Selamat Hari Raya Aidiladha 2025: Contoh Ucapan & Pantun

Johor

Waktu Solat Raya Aidiladha Johor

Berdasarkan surat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertarikh 13 Mei 2025 (15 Zulkaedah 1446H), waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bagi seluruh negeri Johor telah diselaraskan pada jam 8:30 pagi.

Penetapan ini adalah untuk memastikan keseragaman pelaksanaan solat di semua masjid dan surau di seluruh negeri.

Makluman rasmi ini dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, dan semua pihak diminta mematuhi penetapan tersebut.

Selangor

Waktu Solat Raya Aidiladha Selangor

Menurut makluman rasmi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bagi semua masjid, surau dan musolla di negeri Selangor adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Sabtu, 7 Jun 2025 (10 Zulhijjah 1446H)
  • Waktu: 8:00 pagi

Penetapan ini adalah selaras di seluruh negeri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan solat dan aktiviti ibadah korban selepasnya. Orang ramai digalakkan hadir awal ke lokasi masing-masing.

Pahang

Waktu Solat Raya Aidiladha Pahang 2025

Berdasarkan surat Jabatan Mufti Negeri Pahang bertarikh 28 Mei 2025 (30 Zulkaedah 1446H), dengan perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Negeri Pahang Darul Makmur telah ditetapkan pada jam 8:30 pagi.

Ketetapan ini wajib dipatuhi di semua masjid dan surau seluruh negeri.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Waktu Solat Raya Aidiladha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan 2025

Berdasarkan surat rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertarikh 17 Zulkaedah 1446H (25 Mei 2025), waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bagi masjid, surau Jumaat, dan surau di Wilayah Persekutuan ditetapkan seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya8:15 pagi
  • Wilayah Persekutuan Labuan7:30 pagi

Negeri Kedah

Waktu Solat Raya Aidiladha Kedah

Berdasarkan surat rasmi daripada Pejabat Agama Daerah Kulim yang merujuk arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bertarikh 1 Jun 2025, waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman telah diselaraskan pada jam 8:30 pagi.

Penetapan ini terpakai untuk semua masjid dan surau di seluruh negeri.

Orang ramai dinasihatkan untuk hadir awal ke masjid atau surau di kawasan masing-masing bagi mengikuti pelaksanaan solat dengan teratur dan tertib.

Terengganu

Terengganu Sembahyang Raya Haji 2025

Berdasarkan surat rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bertarikh 22 Mei 2025 (24 Zulkaedah 1446H), waktu pelaksanaan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bagi seluruh negeri Terengganu telah ditetapkan pada jam 8:00 pagi.

Arahan ini terpakai untuk semua masjid dan surau di seluruh negeri dan perlu dipatuhi oleh semua jawatankuasa kariah.

Waktu Solat Aidiladha Negeri Sembilan 2025 

Sehingga kini, tiada penetapan khusus waktu solat sunat yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M di seluruh negeri.

Namun, berdasarkan makluman daripada Surau At-Tarbiyah, Bandar Enstek, waktu pelaksanaan telah ditetapkan seperti berikut:

  • Tarikh: 7 Jun 2025 (10 Zulhijjah 1446H)
  • Waktu: 8:00 pagi
Waktu Solat Aidil adha Surau At-Tarbiyah, Bandar Enstek Negeri Sembilan 2025

Ini menunjukkan sebahagian masjid dan surau di Negeri Sembilan mungkin akan mengadakan solat sekitar 8:00 pagi, iaitu waktu yang sering dijadikan panduan umum.

Ahli kariah diminta semak terus dengan masjid atau surau berdekatan untuk waktu yang lebih tepat.

Perak

Di Negeri Perak, setakat ini tiada waktu tetap secara rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M.

Namun, berdasarkan amalan terdahulu, pelaksanaan solat biasanya berlangsung antara jam 8:00 pagi hingga 8:45 pagi, bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh masjid, surau, atau pihak pengurusan kariah masing-masing.

Orang ramai disarankan menyemak terus dengan masjid atau surau setempat untuk mendapatkan maklumat waktu pelaksanaan yang tepat bagi kawasan masing-masing.

Perlis

Berdasarkan titah rasmi DYTM Tuanku Raja Muda Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertarikh 3 Jun 2025 (6 Zulhijjah 1446H), garis panduan berikut telah dikeluarkan:

  • Solat Aidiladha di seluruh Negeri Perlis digalakkan dilaksanakan di tanah lapang (musolla)
  • Waktu pelaksanaan bermula antara jam 7:45 pagi hingga 8:15 pagi, bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Kariah masing-masing
  • Bagi kawasan Kota Raja Arau, solat ditetapkan pada jam 8:00 pagi
  • Jika berlaku perubahan cuaca, solat boleh dialihkan ke dalam masjid dengan waktu pelaksanaan paling lewat jam 8:15 pagi

Setiap jawatankuasa kariah bertanggungjawab memastikan makluman waktu solat dikongsikan kepada ahli kariah dengan jelas. Orang ramai disarankan merujuk kepada masjid atau musolla masing-masing untuk waktu yang tepat.

Bila Mula Bertakbir Hari Raya Aidiladha?

Jenis-Jenis Takbir Raya

  • Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.
  • Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Bila Mula Bertakbir Hari Raya Aidiladha? (Infografik JAKIM)

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. 

Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Panduan Solat Sunat Aidiladha (Infografik JAKIM)

Panduan Solat Sunat Aidiladha - Niat, lafaz tasbih (Infografik JAKIM)

Hukum dan Waktu Pelaksanaan

Solat sunat Hari Raya Aidiladha hukumnya sunat muakkad (sangat digalakkan). Ia dikerjakan pada 10 Zulhijjah, selepas terbit matahari hingga sebelum Zohor.

Berbeza dengan Aidilfitri, solat Aidiladha disunatkan untuk disegerakan supaya memberi ruang bagi ibadah korban.

Perbezaan Takbir Dalam Solat

Solat ini sama seperti solat biasa, tetapi ditambah takbir:

  • 7 kali pada rakaat pertama
  • 5 kali pada rakaat kedua
     

Setiap takbir diselangi dengan tasbih: Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar

Lafaz Niat Solat Sunat Aidiladha (Makmum)

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Ringkasan Cara Menunaikan Solat

  • Rakaat Pertama: Takbiratul ihram → doa iftitah → 7 takbir + tasbih → Al-Fatihah → surah (disunatkan Al-A‘laa) → teruskan seperti biasa
    Rakaat Kedua: Takbir intiqalat → 5 takbir + tasbih → Al-Fatihah → surah (disunatkan Al-Ghaasyiyah) → teruskan seperti biasa → salam

Khutbah Aidiladha

Selepas solat, disunatkan khutbah dua bahagian seperti khutbah Jumaat. Khatib disunatkan memulai khutbah pertama dengan 9 takbir dan khutbah kedua dengan 7 takbir.

Semoga panduan ini memberi manfaat dan menjadi peringatan yang baik.

Soalan Lazim (FAQ)

Solat Raya Pukul Berapa?

Rujuk jadual setiap negeri

Bolehkan solat sunat Aidiladha dilakukan di rumah?

Ya, sekiranya tidak berpeluang berjemaah di masjid atau musolla. Kaifiatnya sama seperti solat berjemaah, tetapi khutbah tidak diperlukan.

Adakah solat sunat Aidiladha wajib?

Ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), bukan wajib. Namun sangat digalakkan untuk tidak ditinggalkan.

Bila waktu terbaik untuk solat?

Kira-kira 15 hingga 20 minit selepas waktu syuruk hingga sebelum masuk waktu Zohor.


RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments