HomePendidikanDELIMa KPM: Cara Login Dan Tebus Baucar Buku RM100

DELIMa KPM: Cara Login Dan Tebus Baucar Buku RM100

Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemberian baucar buku yang melibatkan murid / pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa.

Pelajar di bawah KPM akan menerima baucar buku bernilai RM50 untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 Untuk murid sekolah menengah.

Apakah DELIMa 2.0 KPM?

DELIMa adalah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan satu platform pengurusan pembelajaran online yang membolehkan murid-murid mengaksesnya dengan mudah melalui akaun Google mereka.

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet.

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.

Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.

Cara Login DELIMa KPM

Semua murid sekolah di bawah KPM mempunyai ID untuk akses untuk portal  DELIMa

  1. Layari portal https://delima.moe-dl.edu.my/ 
  2. Klik pada kotak “teruskan ke delima”
  3.  Klik pada kotak “I Agree to the term and conditions” dan klik pada “Click here to login”
  4.  Masukkan ID DELIMa dan kata kunci (password)

*sekiranya anda tidak mempunya ID, boleh dapatkan daripada sekolah masing-masing.

Tarikh Penebusan Baucar Buku

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.

Cara Penebusan 

Bagi pelajar-pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penebusan baucar buku bernilai RM50/RM100 boleh dibuat menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1) Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa (https://d2.delima.edu.my/login) menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

DELIMa Perbadanan Kota Buku

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

Daftar Akaun Kota Buku

3) Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4) Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pillhan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5) Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. 

6) Proses selesai.

Kenyataan Media KPM Baucar Buku RM100

Kelebihan Menggunakan DELIMa

Selain daripada penebusan Baucar Buku yang diumumkan, DELIMa juga boleh digunakan untuk;

  • Akses kepada pelbagai sumber bahan, contohnya Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran.
  • ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
  • Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP.
  • Akses yang sangat mudah: di mana-mana, bila-bila masa!

Kandungan dalam DELIMa

Antara aplikasi/sumber yang ada dalam DELIMa termasuklah:

1. Aplikasi AI (Kecerdasan Buatan)

  • ChatGPT
  • Gemini by Google
  • MS Copilot

Program bersama Rakan DELIMa

  • UNICEF
  • Google
  • Microsoft
  • Apple
  • Maxis
  • Shell
  • Intel
Poster DELIMa KPM

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah DELIMa 2.0 KPM?

DELIMa adalah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia, platform pengurusan pembelajaran dalam talian yang membolehkan murid-murid mengaksesnya dengan mudah melalui akaun Google mereka. Platform ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan peranti yang mempunyai capaian Internet.

2. Bagaimana cara login DELIMa?

1. Layari portal https://delima.moe-dl.edu.my/
2. Klik pada kotak “teruskan ke delima”
3. Klik pada kotak “I Agree to the terms and conditions” dan klik pada “Click here to login”
4. Masukkan ID DELIMa dan kata kunci (password)

3. Apakah maksud ID DELIMa?

ID DELIMa merupakan Username atau Nama Pengguna untuk akses ke portal tersebut.

4. Bagaimana cara untuk dapatkan ID DELIMa?

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. 

5. Bilakah tuntutan baucar buku pelajar KPM boleh dibuat?

Bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.

6. Bagaimana cara menebus baucar buku menggunakan DELIMa?

a) Log masuk aplikasi DELIMa (https://d2.delima.edu.my/login) menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
b) Daftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing.
c) Pilih judul buku yang disukai daripada pelbagai judul yang ada, terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
d) Daftar keluar (check-out) dan pilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
e) Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments