HomePendidikanProgram Duta Guru (PDG) Kohort 6: Permohonan Kini Dibuka! 

Program Duta Guru (PDG) Kohort 6: Permohonan Kini Dibuka! 

Permohonan Program Duta Guru (PDG) Kohort 6 kini dibuka! 

Adakah anda seorang guru sekolah menengah (guru menengah rendah dan/atau menengah atas) yang mengajar subjek bidang STEM dan/atau Geografi? 

Jika ya, anda kini berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta PDG bagi Kohort 6!

Pengenalan Program Duta Guru (PDG)

Apa itu Program Duta Guru?

Program Duta Guru (PDG) adalah satu inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkukuhkan keupayaan guru-guru STEM di seluruh negara.

PDG dibangunkan melalui kerjasama dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Teach For Malaysia (TFM) sebagai rakan pelaksana, serta Petrosains sebagai rakan pelaksana STEM Hub. Program ini direka untuk menyediakan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran, dan sokongan yang diperlukan untuk menjadi pendidik STEM yang berkesan. Fokus utama adalah terutamanya di sekolah-sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dari golongan B40.

Iklan Permohonan Program Duta Guru (PDG) Kohort 6 2024

Matlamat dan Objektif Program

Matlamat utama Program Duta Guru adalah untuk membangunkan seramai 4,500 guru yang berkompetensi tinggi menjelang tahun 2030. Guru-guru ini akan berperanan sebagai contoh teladan dalam meningkatkan minat dan kompetensi pelajar dalam pendidikan STEM.

Objektif program ini termasuk:

  • Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Melalui pendekatan pendidikan STEM, guru-guru akan dilatih untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi yang kritikal untuk kejayaan di abad ke-21.
  • Memperkukuhkan Pembelajaran STEM: Menyediakan guru-guru dengan bahan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi serta sokongan profesional untuk mengajar subjek STEM dengan lebih berkesan.
  • Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional: Membina ekosistem yang menyokong pembelajaran berterusan dan perkongsian pengetahuan di kalangan guru-guru STEM.
  • Meningkatkan Kualiti Pendidikan di Sekolah Berkeperluan Tinggi: Fokus utama adalah untuk memberi manfaat kepada sekolah-sekolah dengan majoriti pelajar B40, memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti.

Program ini juga menekankan kepentingan guru-guru sebagai agen perubahan dalam mencapai matlamat 60:40 enrolmen pelajar dalam aliran STEM, yang penting untuk kemajuan dan daya saing Malaysia di peringkat global.

Fokus Utama Program

  • Latihan dan Sokongan: Melengkapkan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan mindset untuk menjadi guru yang sangat efektif membangunkan kemenjadian murid.
  • Bahan Pembelajaran: Membantu guru menghasilkan bahan sumber pembelajaran berkualiti tinggi untuk menyokong PdP STEM yang berkesan.

Struktur Program

  • Komitmen Masa: Peserta perlu meluangkan ~3 jam/minggu untuk aktiviti program.
  • Jumlah Masa: Anggaran masa yang diluangkan selama 2 tahun adalah 36 hari.
  • Penjadualan Aktiviti: Aktiviti mungkin dijalankan pada waktu persekolahan, hujung minggu, atau cuti sekolah.

Berikut adalah jadual kasar yang menunjukkan contoh perjalanan seorang peserta Program Duta Guru Kohort 6 sepanjang tempoh dua tahun program dijalankan. 

Struktur Program Duta Guru (PDG) Kohort 6

Komponen Program

Komponen Program Duta Guru (PDG) Kohort 6

Syarat Kelayakan

Setiap calon peserta yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan berikut untuk menyertai PDG:

  • Guru sekolah menengah yang mengajar subjek STEM dan/atau Geografi
  • Semua sekolah menengah di bawah kelolaan KPM (termasuk SBP dan SABK)
  • Guru Tetap (sudah sah jawatan) dengan baki minimum perkhidmatan sebanyak 10 tahun
  • Mendapat sokongan dan kelulusan daripada Pengetua
  • Guru yang boleh memberi komitmen selama 2 tahun
  • Guru daripada sekolah dengan majoriti B40 akan diutamakan

Cara dan Tempoh Permohonan

Langkah-langkah Permohonan

  • Langkah 1: Fahami
    • Calon perlu memahami semua kandungan serta syarat yang telah dinyatakan dalam Pek Maklumat.
  • Langkah 2: Komunikasi
  • Langkah 3: Mohon
  • Langkah 4: Penilaian
    • Pihak Program akan menilai Permohonan yang dilengkapkan oleh calon.
    • Ogos 2024 – Sep 2024
  • Langkah 5: Tawaran
    • Calon akan menerima tawaran untuk menyertai Kohort 6 melalui emel sekiranya terpilih.
    • Sep/Okt 2024

Tarikh Penting untuk Diingati

  • Permohonan Dibuka: 01 Jul 2024
  • Tarikh Tutup Permohonan: 18 Ogos 2024
  • Penilaian Permohonan: Ogos 2024 – Sep 2024
  • Tawaran Penyertaan: Sep/Okt 2024
  • Program Bermula: Jan/Feb 2025

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan mengikuti Program Duta Guru Kohort 6, sila hubungi kami melalui:

Sila rujuk Pek Maklumat untuk maklumat lanjut mengenai Program Duta Guru Kohort 6.

Sumber: Teach For Malaysia


Lihat Juga:
Isu Semasa Pendidikan 2024:  Contoh Isu Terkini Di Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments