HomeBantuanSemakan STR Fasa 3: Status Terkini dan Jumlah Bayaran

Semakan STR Fasa 3: Status Terkini dan Jumlah Bayaran

Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, semakan status kelayakan STR fasa 3  boleh disemak mulai Khamis 29 Ogos 2024 di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDNM atau melalui aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah.

Jumlah bantuan tunai yang disalurkan boleh mencecah sehingga RM650 bergantung kepada kategori kelayakan. 

Penerima sedia ada dan yang layak akan menerima pembayaran secara automatik melalui akaun bank atau Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

Pengumuman Rasmi Pembayaran STR Fasa 3 

Pengumuman rasmi STR fasa 3 telah  dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 23 Ogos lalu yang memakumkan tarikh rasmi pembayaran penerima sedia ada, penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan.

Kementerian Kewangan juga dalam kenyataan memaklum mengenai jumlah bayaran bantuan STR bagi setiap kategori.

Selain itu, Kerajaan juga telah menekankan kepentingan berhati-hati terhadap penipuan (scam) yang berkaitan dengan STR dan mengingatkan bahawa pihak MOF tidak akan meminta maklumat peribadi melalui SMS atau mesej WhatsApp.

Berikut adalah Siaran Media STR Fasa 3 2024.

Siapa Yang Layak Menerima STR 2024?

Pemohon STR 2024 yang layak menerima bayaran adalah mereka yang permohonan STR berstatus “Lulus” dan telah melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh Bayaran STR Fasa 3
  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Sedia Ada: 29 Ogos 2024 (Khamis)
  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Baharu dan Rayuan: 18 September 2024 (Rabu)

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

Berikut adalah maklumat yang ada perlu tahu mengenai jadual pembayaran STR Fasa 3 untuk penerima sedia ada, penerima baharu dan yang membuat rayuan.

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

1, Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan melalui dua kaedah utama: secara kredit terus ke akaun bank dan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Mempunyai Akaun Bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
  • Tiada Akaun Bank: Bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk mereka di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui cawangan BSN.

2. Tarikh Pembayaran Fasa 3 untuk Penerima Berdaftar

  • Penerima sedia ada dengan akaun bank akan menerima pembayaran antara 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024.
  • Penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima pembayaran antara 18 hingga 20 September 2024.

3. Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

  • Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 29 Ogos 2024.
  • Penerima baharu dan rayuan tanpa akaun bank akan menerima pembayaran tunai mulai 18 September 2024.
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 BSN Malaysia

Semakan Status STR Fasa 3

Status bayaran STR Fasa 3 boleh dibuat semakan mulai 29 Ogos 2024 melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my  dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF di talian 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Semakan Status STR Fasa 3 di portal MySTR 

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Permohonan
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    1. Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah dibayar

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?

Jumlah bayaran adalah bergantung kepada semakan kelayakan dan kategori masing-masing.

Berikut adalah maklumat jumlah bayaran sebagaimana dalam portal rasmi MySTR LHDNM;

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah

Penerima yang layak akan menerima bayaran mengikut kategori masing-masing seperti berikut:

1. Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan ≤ RM2,500 (tiada had umur):

  • Bilangan Anak 0: RM150
  • Bilangan Anak 1-2: RM350
  • Bilangan Anak 3-4: RM500
  • Bilangan Anak ≥5: RM650

2. Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur):

  • Bilangan Anak 0: RM150
  • Bilangan Anak 1-2: RM200
  • Bilangan Anak 3-4: RM250
  • Bilangan Anak ≥5: RM300

3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan:

  • Pendapatan ≤ RM5,000 (Berumur ≥60 tahun): RM150

4. Kategori Bujang:

  • Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21-59 tahun / OKU Berumur 19-59 tahun): RM50

Bayaran Bagi Fasa 4 STR

Seterusnya bayaran baki STR tahun ini yang dijadualkan pada November, penerima akan menerima bayaran mengikut kategori masing-masing seperti berikut:

1. Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan ≤ RM2,500 (tiada had umur):

  • Bilangan Anak 0: RM200
  • Bilangan Anak 1-2: RM350
  • Bilangan Anak 3-4: RM500
  • Bilangan Anak ≥5: RM700

2. Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur):

  • Bilangan Anak 0: RM150
  • Bilangan Anak 1-2: RM200
  • Bilangan Anak 3-4: RM250
  • Bilangan Anak ≥5: RM350

3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan:

  • Pendapatan ≤ RM5,000 (Berumur ≥60 tahun): RM150

4. Kategori Bujang:

  • Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21-59 tahun / OKU Berumur 19-59 tahun): RM100

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Info Terkini STR

Penerima STR dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.

Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat?

29 Ogos 2024 – 6 September 2024: Penerima Sedia Ada (Mempunyai Akaun Bank)
18 – 20 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Mempunyai Akaun Bank)
– Mulai 29 Ogos 2024: Penerima Sedia Ada (Tiada Akaun Bank):
– Mulai 18 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Tiada Akaun Bank)

Siapakah yang layak menerima STR Fasa 3?

Penerima sedia ada yang sudah berdaftar, penerima baharu, dan mereka yang membuat rayuan layak untuk menerima STR Fasa 3, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

1. Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
2. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
3. Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
4. Bujang: RM50

Bagaimanakah cara pembayaran STR Fasa 3 dilakukan?

1) Mempunyai Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
2) Tiada Akaun Bank: Pembayaran akan dibuat secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimana saya boleh buat semakan status kelayakan STR Fasa 3?

Status kelayakan boleh disemak melalui Portal Rasmi STR bermula 29 Ogos 2024.

Bagaimana cara semakan status STR Fasa 3?

1)Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3?

Anda boleh melayari Portal Rasmi STR di bantuan tunai.hasil.gov.my atau menghubungi talian bantuan STR/SARA MOF.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments