HomeSemakanSTR 2025: Semakan Status https://bantuantunai.hasil.gov.my/

STR 2025: Semakan Status https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025  

[TERKINI] Alhamdulillah, pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 24 Mac 2025, lebih awal daripada jangkaan ramai.

Menurut Kementerian Kewangan, seramai 8.2 juta penerima dijangka menerima bantuan tunai sehingga RM650 bagi Fasa 2 tahun ini.

Tiga kategori utama penerima STR Fasa 2 adalah isi rumah, warga emas (tiada pasangan) dan bujang, bergantung kepada kelayakan dan jumlah tanggungan.

Lihat Juga: Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2025: Syarat & Cara Tuntutan

 5 Kaedah Semakan Status STR 2025

Terdapat 5 cara semakan status permohonan STR iaitu;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah,  dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah  cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my 

  • Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
  • Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
  • Langkah 5 -Klik Semakan Status
  • Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Status Terkini STR 2025 (Fasa 2)

Sekiranya anda adalah penerima sedia ada atau pemohon baharu STR sebelum 19 Oktoer 2024, status terkini anda dalam portal MySTR adalah sebagaimana berikut;

  • 01 - Status Permohonan Semasa STR 2025
  • 02- Jumlah telah di bayar dan status Bantuan Sara MyKasih
  • Maklumat Bayaran Fasa 2 STR 2025

Bagi pemohon baru pula akan menerima status DALAM PROSES.

Status Dalam Proses adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2025.

Sekiranya anda menerima status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Namun sekiranya status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Pembayaran STR Fasa 2

  • Pembayaran STR 2025 Fasa 2 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
  • Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Januari 2025.
  • Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 2, semakan status dan pembayaran akan dilakukan pada April 2025 (tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa).
  •  Kaedah pembayaran:

 Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Syarat Kelayakan STR 2025

Syarat kelayakan STR 2025 mengikut kategori adalah seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak /tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang

Jumlah Bayaran STR 2025

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

1. Kategori Isi Rumah

Pendapatan ≤ RM2,500

  • Anak 0 : RM1,000
  • Anak 1 – 2 : RM1,500
  • Anak 3 – 4 : RM2,000
  • Anak ≥ 5 : RM2,500

Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Anak 0 : RM500
  • Anak 1 – 2 : RM750
  • Anak 3 – 4 : RM1,000
  • Anak ≥ 5 : RM1,250

2. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan

Pendapatan ≤ RM5,000

  • Jumlah kelayakan: RM600

3. Kategori Bujang

Pendapatan ≤ RM2,500

  • Jumlah kelayakan: RM600
Jumlah Bayaran STR 2025

Kadar Tambahan STR 2025 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk makluman, penerima STR 2025 dari kategori miskin tegar dan miskin (berstatus eKasih) serta penerima STR lain yang layak akan menerima sumbangan tambahan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai bagi pembelian barangan keperluan asas.

1. Kategori dan Kadar Bayaran SARA

Kategori PenerimaStatus eKasih (Miskin & Miskin Tegar)Penerima STR Biasa
Isi Rumah (Tiada had umur)RM1,200 (RM100 sebulan mulai Jan 2025)RM900 (RM100 sebulan mulai Apr 2025)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200 (RM100 sebulan mulai Jan 2025)RM450 (RM50 sebulan mulai Apr 2025)
Bujang (21–59 tahun)RM600 (RM50 sebulan mulai Jan 2025)Tiada kelayakan

2. Kaedah Pelaksanaan

  • Sumbangan SARA tidak dibayar secara tunai, tetapi dalam bentuk pembelian tanpa tunai.
  • Pembelian boleh dilakukan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
  • Barangan yang boleh dibeli adalah barangan keperluan asas seperti makanan dan keperluan harian.

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Jadual Bayaran SARA 2025 Bayaran Mengikut Bulan 

Bayaran dilakukan secara bulanan dalam dua fasa:

  • Fasa Januari – Mac 2025:
    • RM100 untuk kategori Isi Rumah (STR & eKasih) dan Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih).
    • RM50 untuk kategori Bujang (STR & eKasih).
  • Fasa April – Disember 2025:
    • RM200 untuk kategori Isi Rumah (STR & eKasih).
    • RM150 untuk kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih).
    • RM50 untuk kategori Bujang (STR & eKasih).
    • RM100 untuk kategori Isi Rumah (STR sahaja).
    • RM50 untuk kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja).
Jumlah kelayakan dan Jadual Bayaran SARA 2025

Kaedah Bayaran STR 2025

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

A. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

1. Tiada maklumat akaun bank

2. Status pengkreditan gagal kredit

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2025. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

FAQ STR 2025 – Soalan Lazim Terkini

  1. Pembayaran STR 2025
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  3. Maklumat Waris dan SKK STR 2025
  4. Kemaskini Maklumat STR 2025
  5. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  6. Permohonan STR 2025
  7. MySTR 2025
  8. Semakan Status STR 2025
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments