HomeKerjayaKursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) Siri 2 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) Siri 2 2024

Sukacitanya Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah membuka tawaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) siri 2 tahun 2024.

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini, bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan berdasarkan maklumat dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.

Tempoh Permohonan

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 4 Mac 2024 (Isnin) hingga 17 Mac 2024 (Ahad).

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat dan kelayakan bagi mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
    3. Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan;
    4. Bukan Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Eksekutif;
    5. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan.
  3. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen) dengan nilai purata gred (CGPA) 2.7 ke atas.
  4. Disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bukan penghidap penyakit kronik/berjangkit.
  5.  Indeks jisim tubuh (BMI) tidak melebihi 30.
  6. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.
  7.  Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.

Maklumat Asas Kursus

  • Tempat :    Institut/Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh:    Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah  dibuat  secara  dalam talian di https://kis.kemas.gov.my/ mulai 4 Mac 2024 (Isnin).

Permohonan lewat atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Panggilan Temuduga

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Calon yang tidak dihubungi selepas dua (2) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenaikursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) ini, sila hubungi:

  • Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran KEMAS ditalian: 03-8891 2682.

Maklumat terkini berkaitan KEMAS boleh layari;

Maklumat Ringkas Tentang Pembelajaran di TABIKA KEMAS

  • Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun boleh mendaftar mulai bulan Jun hingga Disember untuk kemasukan ke tahun berikutnya.
  • Ibu bapa/penjaga yang ingin mendaftar anak-anak mereka boleh mendapatkan borang pendaftaran di Tabika yang berdekatan dengan kawasan kediaman dengan membawa salinan surat kelahiran. 
  • Bilangan pengambilan kanak-kanak terhad kepada 30 orang sahaja. Keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 6 tahun dan mendaftar awal.
  • Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 3 1⁄2 jam mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam ( 1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas Fardhu Ain dan Iqra`, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni Mempertahankan Diri atau Senaman dan Seni tari mengikut keperluan.
  • Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) mengikut Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Anak anda akan belajar mengikut 6 komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
    • Bahasa dan komunikasi 
    • Perkembangan Kognitif 
    • Kerohanian dan Moral 
    • Perkembangan Sosio emosi 
    • Perkembangan Fizikal 
    • Kreativiti dan Estetika
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments