HomeBiasiswaBiasiswa Yayasan Terengganu: Skim Pelajar Cemerlang Asasi

Biasiswa Yayasan Terengganu: Skim Pelajar Cemerlang Asasi

BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT ASASI (PELBAGAI BIDANG) 2024

Peluang emas menanti untuk anda yang berjaya dalam SPM! Jom mohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Peringkat ASASI (Pelbagai Bidang). 

Program ini memberi peluang kepada anda untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi/Tamhidi di Universiti Awam (UA) dalam negara.

Calon-calon yang berkelayakan bolehlah memohon biasiswa ini sebelum tarikh tutup permohonan dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

Program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang

  • Program: Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang
  • Pusat Pengajian: Pengajian IPTA Dalam Negara
  • Peringkat Pengajian: Asasi/Diploma (Pelbagai Bidang)
Poster Iklan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2024 untuk pelajar lepasan SPM, dengan gambar pelajar dan maklumat syarat permohonan.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian dari 10 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 (12.00 tengahari). 

Syarat Kelayakan 

Untuk layak memohon biasiswa ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Lulus SPM tahun semasa dengan memperolehi Gred A (A+, A atau A-) sekurang-kurangnya dalam 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik di peringkat Peperiksaan SPM.
  • Telah mendapat tawaran di Pusat Pengajian Persediaan (Asasi/Tamhidi) atau Diploma di Universiti Awam (UA) dalam negara.
  • Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada:
    • Memperolehi keputusan Peperiksaan Cemerlang Peringkat Persediaan (Asasi/Tamhidi) dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 3.75 atau setaraf, dan
    • Memperolehi tawaran kemasukan/mendapat tempat di Universiti Awam (UA) dan keutamaan dalam bidang-bidang pengajian Iktisas dan Kritikal.

Cara Permohonan

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) bermula 10 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 (12.00 tengahari) menerusi https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/

Anda perlu mendaftar ID sekiranya belum mempunyai akaun di laman portal di atas. 

Maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun adalah;

  • Nama, 
  • No Kad Pengenalan
  • Email
  • Kata laluan dan pengesahan kata laluan
  • Kemudian klik daftar

Borang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuat naik (upload) semua dokumen yang diperlukan.

Ujian Bertulis & Temuduga

Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu. 

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Peringkat Asasi ini, anda boleh layari https://yt.gov.my/

Ikuti sosial media Yayasan Terengganu di;

Sumber: Facebook dan Laman Web Rasmi Yayasan Terengganu


Lihat Juga:
– Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship)
 Biasiswa Agrobank: Scholarship Award Program (SAP 2024)
– Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments