Sukacitanya permohonan bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi ambilan September atau Sesi Kemasukan 2024/2025 kini dibuka.
Program Diploma Kejururawatan ini ditawarkan oleh Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) khususnya kepada lepasan sekolah yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan.
Apa yang menarik melalui program yang ditawarkan adalah tajaan disediakan kepada calon-calon yang terpilih. Selain itu juga anda juga berpeluang bekerja di PPUM sebagai jururawat setelah tamat pengajian.
Gambaran Umum Program
Program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan PPUM ini menyediakan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan untuk menjadi seorang pengamal jururawat am yang yakin dan prihatin.
Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan graduan yang prihatin dan mampu menyediakan amalan kejururawatan yang selamat, cekap, beretika, berkualiti tinggi serta meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan jururawat bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Kurikulum, kandungan kursus, standard akademik dan penilaian kursus direka khusus untuk membolehkan pelajar memperoleh dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk kerjaya dalam kejururawatan.
Kolej Sains Kesihatan (COHES) PPUM yang ditubuhkan pada tahun 1967 merupakan pusat di bawah Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menawarkan program latihan dan pendidikan di peringkat Diploma, dan Diploma Lanjutan, bengkel Kompetensi dan kursus pendek dalam bidang sains kesihatan.

Tarikh Tutup Permohonan
16 Jun 2024 (Ahad).
Syarat Kemasukan
​Setiap pemohon warganegara yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ MyKad yang berumur 18 hingga 25 tahun (Bujang) ingin mengikuti program pengajian Diploma di Universiti Malaya hendaklah memenuhi keperluan berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat gred C dan ke atas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus mata pelajaran Sejarah; dan
- Bagi Program Diploma Kejururawatan memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains atau Biologi.
Lain-Lain Syarat
- Pemohon perlu mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti. Tempoh sah laku tawaran kemasukan adalah sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen tawaran kemasukan. Selepas tempoh berkenaan, tawaran tersebut adalah luput sekiranya calon gagal melapor diri.
- Calon perlu sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti program pengajian.
Cara Memohon
Berikut adalah cara-cara memohon bagi program Diploma Kejururawatan di PPUM:
- Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui spp.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli No.Pin ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 mulai 11 Mac 2024 (Isnin)
- Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan No.Pin ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
- No.Pin ID PPUM akan digunakan untuk semakan panggilan temu duga (Program Diploma Kejururawatan sahaja) melalui spp.ummc.edu.my. Keputusan permohonan akan diumumkan mulai 25 Jun 2024 kepada calon yang telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.  Â
- Borang permohonan secara online perlu diisi dengan MAKLUMAT YANG BETUL DAN LENGKAP. Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.
- Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan oleh Kolej Sains Kesihatan, sila layari di www.ummc.edu.my/cohesÂ
*Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Maklumat Pembiayaan / Penajaan:
Calon boleh memohon pembiayaan pengajian melalui PTPTN atau lain-lain badan penaja.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut / permasalahan yang timbul, pemohon boleh menghubungi pihak Kolej di talian dan emel seperti di bawah.
No. Telefon Pejabat*: 03-2028 7071 / 03-2028 7047 / 03-2028 7077 / 03-2028 7010 / 03-2028 7070 / 03-20287095 atau
E-mel: [email protected]