HomePendidikanSPMU 2024: Jadual & Tarikh Exam SPM Ulangan

SPMU 2024: Jadual & Tarikh Exam SPM Ulangan

INFO KPM: Makluman Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2024 akan dilaksanakan dari 20 hingga 22 Ogos. 

Peperiksaan ini melibatkan 8,195 pelajar yang akan menduduki peperiksaan di 187 pusat seluruh negara. SPMU kali ini melibatkan tiga mata pelajaran penting iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, dan Matematik, yang mana calon berpeluang memperbaiki keputusan mereka dalam subjek-subjek tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan bahawa calon perlu merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai tarikh, masa, dan kod kertas peperiksaan. 

Calon juga diingatkan supaya mematuhi semua arahan yang ditetapkan dan membawa dokumen penting seperti Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri peperiksaan. 

Apa Itu SPM Ulangan (SPMU)?

SPM Ulangan (SPMU) adalah peperiksaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar yang ingin memperbaiki keputusan mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Peperiksaan ini terbuka kepada pelajar yang ingin mengulang subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik, dan Sejarah.

Pendaftaran SPMU 2024

Pendaftaran bagi peperiksaan ulangan tahun ini telah pun ditutup pada 7 Jun yang lalu.

Peperiksaan ini ditawarkan kepada calon mengulang sahaja, iaitu pelajar yang pernah menduduki SPM dan memperoleh gred tetapi ingin memperbaiki keputusan mereka.

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan untuk SPMU 2024 adalah:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik

Semakan Status Pendaftaran SPMU 2024

Calon-calon persendirian yang telah mendaftar, boleh buat semakan di portal Lembaga Peperiksaan berikut;

Tarikh Peperiksaan SPMU 2024

Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024

Tarikh Peperiksaan bagi tahun 2024 adalah pada 20, 21 dan 22 Ogos 2024.

Mata Pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik

Jadual Peperiksaan SPMU 2024

Berikut merupakan jadual Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan:

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2024 20 Hingga 22 Ogos 2024
Jadual Waktu Ujian Bertutur 1103:3 Bahasa Melayu Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2024 21 Hingga 22 Ogos 2024

Peringatan Buat Calon

Peringatan Kepada Calon SPMU 2024

Panduan dan Arahan Buat Calon

1. Arahan Am

  • Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan yang didaftarkan. Jika calon tidak hadir, mereka dianggap tidak menduduki kertas tersebut melainkan mereka menyediakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor.
  • Calon perlu menyemak dan memastikan semua maklumat pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan adalah betul sebelum peperiksaan. Jika ada kesilapan, pembetulan perlu dibuat dengan mengisi borang yang disediakan dan membayar yuran pembetulan.
  • Calon perlu membawa Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan.

2. Arahan di Dewan/Bilik Peperiksaan

  • Calon perlu berada di tempat duduk dalam Dewan/Bilik Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • Calon mesti meletakkan Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri di penjuru kanan meja sepanjang waktu peperiksaan.
  • Calon yang tiba lewat boleh dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas, tetapi masa gantian tidak akan diberikan.

3. Arahan tentang Kertas Peperiksaan

  • Calon perlu menyemak butiran pada kertas peperiksaan seperti kod kertas, nama kertas, dan masa peperiksaan sebelum memulakan peperiksaan.
  • Jika terdapat kesilapan dalam kertas peperiksaan, calon mesti memaklumkan kepada Ketua Pengawas dengan segera.

4. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan

  • Bahan Terlarang: Calon dilarang membawa catatan, nota, buku, telefon bimbit, dan alat elektronik lain ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan.
  • Kelakuan Tidak Sopan: Calon dilarang menulis nota pada pakaian, badan, dinding, atau meja, serta dilarang mengganggu ketenteraman di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan.
  • Penyamaran: Calon tidak dibenarkan menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak mereka.

5. Peringatan Kesihatan

  • Calon dinasihatkan mematuhi saranan keselamatan dan kesihatan sebelum peperiksaan bermula.
  • Calon perlu memantau tahap kesihatan diri dan mendapatkan nasihat sekiranya tidak berada pada tahap kesihatan yang baik.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sppat.moe.gov.my/

>> Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2024

Anda juga boleh ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;


Lihat Juga:
Pakej Rahmah Prabayar Siswa : Data 30GB Pada Harga RM30

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments