Pakej Rahmah Prabayar Siswa adalah inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Malaysia, bertujuan untuk membantu pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terplih dalam mendapatkan akses internet yang lebih baik dan mampu milik.
Dengan pakej yang dilancarkan ini, ia dapat mengurangkan beban kewangan pelajar, terutama dalam mengurus kos sara hidup yang semakin meningkat. Inisiatif ini juga memastikan pelajar dapat menikmati liputan komunikasi dan internet yang berkualiti semasa sesi pengajian dan pembelajaran.
Berikut merupakan maklumat lanjut tentang yang pakej yang ditawarkan.
Apa itu Pakej Rahmah Prabayar Siswa?
Pakej Rahmah Prabayar Siswa adalah satu inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Malaysia untuk membantu pelajar IPTA dan ILKA mendapatkan akses internet yang mampu milik dan berkualiti.
Tawaran pakej ini merupakan hasil perluasan Pakej Internet Mudah Alih (prabayar) RAHMAH yang diperkenalkan pada tahun 2023.
Matlamat jangka panjang inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran dalam talian dan memastikan semua pelajar mempunyai akses kepada internet berkualiti.
Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.
Dalam pakej ini, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pembayaran tetapi syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.
Bila Boleh Melanggan Pakej Rahmah Prabayar Siswa?
Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, tawaran ini boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, “Tawaran pakej ini adalah hasil perluasan Pakej Internet Mudah Alih (prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun lepas. Kita akan mulakan (inisiatif ini) untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, dan kemudian kita akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebarluaskan pakej itu.”
Berikut adalah gambaran untuk pakej dalam infografik BERNAMA;
Tawaran Pakej
Faedah dan Ciri-Ciri Utama:
- Harga Tidak Melebihi RM30: Pakej ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu tidak melebihi RM30. Ini memastikan semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai kekangan kewangan, dapat menikmati manfaat ini.
- Data Permulaan Sebanyak 30GB: Dengan data permulaan sebanyak 30GB, pelajar dapat menikmati akses internet yang mencukupi untuk keperluan pembelajaran, penyelidikan, dan komunikasi dalam talian. Kuota data yang besar ini direka untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dalam talian, mengakses bahan pembelajaran, dan menjalankan aktiviti akademik dengan lancar.
- Tempoh Sah Laku Selama 180 Hari: Pakej ini sah untuk tempoh 180 hari, memberikan pelajar masa yang mencukupi untuk menggunakan data tersebut tanpa perlu bimbang tentang keperluan untuk memperbaharui langganan dengan kerap. Tempoh yang panjang ini juga membantu mengurangkan beban kewangan pelajar dalam jangka masa panjang.
Syarikat Telekomunikasi Terlibat
Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini boleh didapati melalui kerjasama dengan lima syarikat telekomunikasi utama di Malaysia. Syarikat-syarikat ini telah bersetuju untuk menawarkan pakej prabayar yang berpatutan bagi membantu pelajar IPTA dan ILKA mendapatkan akses internet yang berkualiti pada harga yang mampu milik.
Berikut adalah syarikat terlibat;
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- TM Tech
- YES
Syarat Kelayakan dan IPTA/ILKA Terlibat
Memandangkan tawaran ini baru diumumkan, kerajaan belum menjelaskan syarat kelayakan lagi untuk pelajar yang layak.
Namun gambaran awal sebagaimana kenyataan siaran media Kementerian Komunikasi bertarikh 16 Julai 2024 memaklumkan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.
Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih akan dimaklumkan menerusi laman web Kementerian Komunikasi www.komunikasi.gov.my.
Cara Melanggan
Langganan bagi Pakej Rahmah Prabayar Siswa mulai 16 Ogos 2024.
Maklumat dan kaedah langganan akan diumumkan oleh kementerian komunikasi atau melalui syarikat penyedia perkhidmatan di laman web rasmi;
- CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/
- Maxis: https://www.maxis.com.my/
- U Mobile: https://www.u.com.my/
- TM Tech: https://unifi.com.my/
- YES: https://www.yes.my/
Siaran Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Komunikasi ini.
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pengajian Tinggi
Soalan Lazim (FAQ)
Pakej Rahmah Prabayar Siswa adalah satu inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Malaysia untuk membantu pelajar IPTA dan ILKA mendapatkan akses internet yang mampu milik dan berkualiti.
Tawaran pakej ini merupakan hasil perluasan Pakej Internet Mudah Alih (prabayar) RAHMAH yang diperkenalkan pada tahun 2023.
Matlamat jangka panjang inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran dalam talian dan memastikan semua pelajar mempunyai akses kepada internet berkualiti.
Mulai 16 Ogos 2024.
Tawaran Pakej:
– Harga Tidak Melebihi RM30:
– Data Permulaan Sebanyak 30GB
– Tempoh Sah Laku Selama 180 Hari
1. CelcomDigi
2. Maxis
3. U Mobile
4. TM Tech
5. YES
Lihat Juga:
– BAIK Sabah 2024: Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar
– Bantuan Komputer Riba (Laptop) Sarawak: Syarat & Permohonan