Dalam sejarah Malaysia, institusi Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan yang sangat penting sebagai Ketua Negara. Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1957 setelah kemerdekaan Malaysia. Setiap Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir dari kalangan Raja-Raja Melayu yang memerintah negeri-negeri di Malaysia.
Bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai 2024, mari sama-sama kita imbas kembali senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehingga yang terkini serta tempoh pemerintahan masing-masing.
Setiap Yang di-Pertuan Agong telah menyumbang dengan cara tersendiri dalam memajukan negara dan memastikan kestabilan serta kemakmuran Malaysia.
Senarai Yang di-Pertuan Agong Pertama Hingga Kini
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
- Negeri: Negeri Sembilan
- Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960
2. Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
- Negeri: Selangor
- Tempoh: 14 April 1960 – 1 September 1960
3. Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
- Negeri: Perlis
- Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965
4. Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
- Negeri: Terengganu
- Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970
5. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
- Negeri: Kedah
- Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975
6. Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
- Negeri: Kelantan
- Tempoh: 21 September 1975 – 29 Mac 1979
7. Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al- Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
- Negeri: Pahang
- Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984
8. Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
- Negeri: Johor
- Tempoh: 26 April 1984 – 25 April 1989
9. Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
- Negeri: Perak
- Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994
Fasa Kedua
Fasa kedua merupakan tempoh pemerintahan bergilir apabila kesemua 9 orang sultan atau raja di dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
10. Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
- Negeri: Negeri Sembilan
- Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
- Negeri: Selangor
- Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
- Negeri: Perlis
- Tempoh: 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
- Negeri: Terengganu
- Tempoh: 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
14. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
- Negeri: Kedah
- Tempoh: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016
15. Sultan Muhammad V
- Negeri: Kelantan
- Tempoh: 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019
16. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- Negeri: Pahang
- Tempoh: 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024
17. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
- Negeri: Johor
- Tempoh: 31 Januari 2024 – kini
Fakta-fakta Menarik Mengenai Pemerintahan YPDA
Tuanku Abdul Rahman merupakan YDPA pertama Malaysia. Pemerintahan baginda berlangsung selama hampir tiga tahun, menandakan permulaan institusi Yang di-Pertuan Agong dalam era selepas kemerdekaan.
Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya YDPA yang memegang jawatan dua kali. Kedua-duan tempoh pemerintahan baginda berlangsung selama lima tahun penuh.
- Tempoh Pertama: 21 September 1970 – 20 September 1975
- Tempoh Kedua: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016
3 orang Yang di-Pertuan Agong yang mangkat ketika pemerintahan iaitu:
- Sultan Hisamuddin Alam Shah (YDPA ke-2). Tempoh pemerintahan baginda adalah selama 5 bulan dari 14 April 1960 – 1 September 1960
- Sultan Yahya Petra (YDPA ke-6). Tempoh pemerintahan baginda adalah 3 tahun 6 bulan dari 21 September 1975 – 29 Mac 1979
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (YDPA ke-11) Tempoh pemerintahan baginda adalah 2 tahun 7 bulan dari 26 April 1999 – 21 November 2001
Sebanyak 11 orang Yang di-Pertuan Agong mempunyai tempoh pemerintahan penuh lima tahun;
- Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
- Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tempoh Pertama)
- Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
- Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
- Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
- Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
- Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tempoh Kedua)
- Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
YDPA yang meletak jawatan ketika pemerintahan adalah Sultan Muhammad V (Kelantan). Tempoh pemerintahan baginda adalah 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019 (2 tahun dan 1 bulan) menjadikan baginda satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang meletakkan jawatan dalam sejarah Malaysia.
Sumber: