HomeInfoSenarai Yang Di-Pertuan Agong Pertama Sehingga Kini (2025)

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Pertama Sehingga Kini (2025)

Sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, institusi Yang di-Pertuan Agong menjadi tonggak kestabilan negara dan simbol perpaduan rakyat.

Institusi beraja ini dipilih secara bergilir daripada kalangan sembilan Raja Melayu, menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan secara unik.

Memasuki tahun kedua pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, marilah kita menyegarkan kembali ingatan tentang susur galur Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan Malaysia sehingga kini.

Setiap Yang di-Pertuan Agong telah menyumbang dengan cara tersendiri dalam memajukan negara dan memastikan kestabilan serta kemakmuran Malaysia. 

Peranan Yang di-Pertuan Agong

Pada era globalisasi dan digitalisasi, Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja simbolik, tetapi turut memainkan peranan penting dalam kestabilan politik, kelulusan undang-undang, dan menjaga keharmonian antara kaum serta agama.

YDPA turut terlibat dalam aspek diplomasi, perisytiharan darurat, dan pelantikan penting dalam sistem kerajaan.

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia (1957–Kini)

<img fetchpriority=
Kredit; Media Digital Johor

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

  • Negeri: Negeri Sembilan
  • Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960

2. Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

  • Negeri: Selangor
  • Tempoh: 14 April 1960 – 1 September 1960

3. Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

  • Negeri: Perlis
  • Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965

4. Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

  •    Negeri: Terengganu
  •    Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970

5. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

  • Negeri: Kedah
  • Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975

6. Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

  • Negeri: Kelantan
  • Tempoh: 21 September 1975 – 29 Mac 1979

7. Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al- Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

  • Negeri: Pahang
  • Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

8. Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

  • Negeri: Johor
  • Tempoh: 26 April 1984 – 25 April 1989

9. Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

  • Negeri: Perak
  • Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

Fasa Kedua

Fasa kedua merupakan tempoh pemerintahan bergilir apabila kesemua 9 orang sultan atau raja di dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

10. Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

  • Negeri: Negeri Sembilan
  • Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

  • Negeri: Selangor
  • Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 

  • Negeri: Perlis
  • Tempoh: 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah 

  • Negeri: Terengganu
  • Tempoh: 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

14. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

  • Negeri: Kedah
  • Tempoh: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016

15. Sultan Muhammad V 

  • Negeri: Kelantan
  • Tempoh: 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019

16. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  • Negeri: Pahang
  • Tempoh: 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024

17. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar 

  • Negeri: Johor
  • Tempoh: 31 Januari 2024 – kini

Fakta Menarik Mengenai Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Rahman merupakan YDPA pertama Malaysia. Pemerintahan baginda berlangsung selama hampir tiga tahun, menandakan permulaan institusi Yang di-Pertuan Agong dalam era selepas kemerdekaan.

Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya YDPA yang memegang jawatan dua kali. Kedua-duan tempoh pemerintahan baginda berlangsung selama lima tahun penuh. 

  • Tempoh Pertama: 21 September 1970 – 20 September 1975
  • Tempoh Kedua: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016

3 orang Yang di-Pertuan Agong yang mangkat ketika pemerintahan iaitu:

  1. Sultan Hisamuddin Alam Shah (YDPA ke-2). Tempoh pemerintahan baginda adalah selama 5 bulan dari 14 April 1960 – 1 September 1960
  2. Sultan Yahya Petra (YDPA ke-6). Tempoh pemerintahan baginda adalah 3 tahun 6 bulan dari 21 September 1975 – 29 Mac 1979
  3. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (YDPA ke-11) Tempoh pemerintahan baginda adalah ​​2 tahun 7 bulan dari 26 April 1999 – 21 November 2001

Sebanyak 11 orang Yang di-Pertuan Agong mempunyai tempoh pemerintahan penuh lima tahun;

  • Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
  • Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
  • Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tempoh Pertama)
  • Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
  • Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
  • Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  • Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
  • Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tempoh Kedua)
  • Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

YDPA yang meletak jawatan ketika pemerintahan adalah Sultan Muhammad V (Kelantan). Tempoh pemerintahan baginda adalah  13 Disember 2016 – 6 Januari 2019  (2 tahun dan 1 bulan) menjadikan baginda satu-satunya Agong yang meletakkan jawatan dalam sejarah Malaysia.

Sumber: 

Soalan Lazim Tentang YDPA

Siapa Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia?

Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, mula bertugas pada 3 Ogos 1957.

Berapa lamakah tempoh pemerintahan setiap YDPA?

Kebiasaannya 5 tahun, namun boleh berbeza atas sebab kemangkatan atau perletakan jawatan.

YDPA manakah yang pernah memerintah dua kali?

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Apakah peranan utama Agong?

Sebagai Ketua Negara, melantik Perdana Menteri, dan menandatangani undang-undang.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments