HomeKewanganAkaun 3 KWSP: Mekanisme Akaun Fleksibel & Cara Pengeluaran

Akaun 3 KWSP: Mekanisme Akaun Fleksibel & Cara Pengeluaran

Kerajaan bakal memperkenalkan Akaun 3 KWSP dalam masa terdekat ini.

Berita ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat bagi membantu meringankan beban ekonomi mereka.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini memaklumkan bahawa mekanisme mengenai Akaun 3 itu akan diperjelas kepada pencarum selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen kepada ahli awal April lalu.

Apakah Akaun 3 KWSP?

Akaun 3 KWSP turut juga dikenali dengan nama  Akaun Fleksibel.

Inisiatif Akaun 3 KWSP telah diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 lalu.

“Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.”

-Perdana Menteri (13 Oktober 2023)

​​

Sebagai penjelasan lanjut mengenai pengumuman Perdana Menteri, KWSP memaklumkan bahawa pembukaan Akaun 3 bagi membolehkan ahlinya mengakses akaun berkenaan pada bila-bila masa.

Akaun ini diperkenalkan rentetan daripada permintaan orang ramai yang masih terkesan dengan masalah kewangan disebabkan pandemik Covid-19 di mana kerajaan telah membenarkan empat Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini iaitu antara tahun 2020 hingga 2022.

Mekanisme Pelaksanaan

Buat masa ini belum ada lagi pengumuman mengenai pelaksanaan dan pecahan peratusan untuk akaun 3 setelah dilaksanakan kelak.

Untuk makluman, buat masa ini caruman 70 peratus dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30 peratus ke Akaun 2 KWSP.

Setelah akaun fleksibel dilaksanakan kelak, penstrukturan pecahan caruman sebelum ini mungkin akan berubah.

Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Kaedah dan cara pengeluaran akaun ini menjadi antara berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban ekonomi masing-masing.

Memandangkan pengumuman rasmi mengenai mekanisme ini belum diumumkan, kaedah pengeluaran juga turut belum diumumkan lagi.

Semakan Terkini Akaun KWSP

Bagi mengetahui berapa baki terkini simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;

  1. Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
  2. Semakan melalui kiosk KWSP
  3. Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk

Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu

Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikuti langkah berikut;

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.

Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.

Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih. 

Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.

Tiada Pengeluaran Bersasar KWSP

Sebelum ini Kerajaan memaklumkan  tidak lagi bercadang melaksanakan sekali lagi pengeluaran bersasar daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Ads by

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk membuka satu lagi akaun kepada pencarum KWSP iaitu Akaun Fleksibel mulai tahun depan (2024).

“Mulai tahun depan (2024), sudah diumumkan dalam Belanjawan 2024 kita akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP. Buat masa ini, akaun KWSP adalah terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2. Apa yang diumumkan adalah Akaun Fleksibel.

“Kita akan mengumumkan mengenai apa maksud Akaun Fleksibel ini. Akaun 3 yang mana boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Info Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang perkara ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments