Semakan UPU Online bagi kemasukan ke IPTA dan MARA BPT lepasan SPM 2025 dibuka mulai 16 Jun 2025. Calon boleh menyemak sama ada berjaya ditawarkan tempat pengajian atau tidak.
Sistem UPUOnline ialah platform rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk permohonan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal institusi atau aplikasi mudah alih UPU Pocket bagi kemudahan calon dan ibu bapa.
Tarikh Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM 2025/2026
Keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM boleh disemak mulai 16 Jun 2025 (Isnin), jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu), jam 5.00 petang.
Calon disarankan membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kelewatan.

Cara Semakan Keputusan UPU Online
Semakan boleh dilakukan melalui dua platform utama:
Secara atas talian (Online)
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- https://jpt.ums.edu.my
- https://jpt.umt.edu.my
Melalui aplikasi mudah alih
- UPU Pocket – aplikasi rasmi KPT yang boleh dimuat turun ke telefon pintar untuk semakan dan info terkini.
Bagi yang belum memiliki aplikasi UPUPocket, anda boleh memuat turun aplikasi UPUPocket melalui pautan berikut:
- Google Play Store (Android): Muat Turun UPUPocket
- Apple App Store (iOS): Muat Turun UPUPocket
- Huawei AppGallery: Muat Turun UPUPocket
Aplikasi UPUPocket memudahkan anda membuat semakan keputusan UPU Online dengan cepat dan mudah melalui telefon pintar.
Pastikan anda memuat turun aplikasi ini untuk kemudahan anda semasa tempoh semakan keputusan dan proses pengesahan tawaran.

Pengesahan Setuju Terima / Tolak Tawaran
Calon yang berjaya ditawarkan tempat ke IPTA atau MARA BPT wajib membuat pengesahan sama ada setuju terima atau tolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 17 hingga 25 Jun 2025.
Pengesahan ini perlu dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi institusi yang menawarkan tempat.
Langkah ini amat penting kerana tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Oleh itu, calon disarankan menyemak maklumat dengan teliti dan bertindak segera sebaik keputusan diumumkan.

Surat Tawaran Rasmi
Pihak IPTA dan MARA BPT akan mengeluarkan surat tawaran rasmi mulai 17 Jun 2025, selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran.
Dokumen ini penting sebagai bukti rasmi dan perlu disimpan dengan baik. Ia juga akan digunakan semasa proses pendaftaran masuk ke institusi pengajian yang ditetapkan.
Calon perlu menyimpan salinan surat tawaran dan membuat semakan lanjut melalui laman sesawang institusi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat tarikh daftar, dokumen yang diperlukan serta panduan kemasukan.
Permohonan Rayuan UPUOnline Bagi Calon Tidak Berjaya
Calon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran atau hanya ditawarkan pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui laman rasmi https://upu.mohe.gov.my.
Rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 10 hari sahaja, iaitu bermula 16 Jun 2025 (Isnin), jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu), jam 5.00 petang.
Tempoh ini adalah muktamad dan permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Nota penting: Bagi rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT, permohonan perlu dibuat terus ke institusi terbabit dan bukan melalui UPUOnline.

Tawaran Tempat Adalah Muktamad, Tiada Pertukaran Program Dibenarkan
Semua tawaran kemasukan ke IPTA dan MARA BPT bagi sesi akademik 2025/2026 adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk menukar program pengajian tidak akan dipertimbangkan.
Calon perlu membuat keputusan dengan teliti sebelum mengesahkan penerimaan tawaran.
Pihak institusi tidak menyediakan ruang rundingan bagi pertukaran program walaupun atas sebab peribadi.
Untuk permohonan rayuan pula, proses hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat kekosongan tempat dalam program pengajian yang dimohon. Keputusan rayuan juga bergantung kepada dasar pemilihan institusi berkaitan.

Kaunter Runding & Konsultasi Permohonan Rayuan UPUOnline 2025
Bagi membantu calon lepasan SPM yang tidak mendapat sebarang tawaran, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan kaunter runding cara dan konsultasi permohonan rayuan UPUOnline® bagi sesi akademik 2025/2026.
Lokasi:
- Ruang Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya
Tarikh dan Waktu Operasi:
- 16 hingga 25 Jun 2025 (hari bekerja sahaja)
- 9.00 pagi – 5.00 petang
Waktu Rehat:
- Isnin – Khamis: 1.00 – 2.00 petang
- Jumaat: 12.15 – 2.45 petang
Peringatan Penting:
- Kaunter ini hanya untuk calon yang tidak menerima sebarang tawaran.
- Permohonan pertukaran tempat atau institusi tidak dibenarkan.
Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui media sosial rasmi KPT atau terus ke kaunter yang disediakan.

Info Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan UPUOnline, mereka boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui saluran berikut:
- 📞 Telefon: 03–8684 2363
- 📧 E-mel: [email protected]
- 💬 Sistem Maklum Balas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Media Sosial Rasmi:
- Facebook: Kemasukan BKPA JPT
- Instagram: @kemasukanbkpa
- TikTok: @bkpaUPU
Alamat pejabat: Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya
Calon dan ibu bapa digalakkan menggunakan saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berhubung permohonan dan semakan UPU.
Soalan Lazim (FAQ)
Keputusan boleh disemak mulai 16 Jun 2025 (Isnin), jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu), jam 5.00 petang.
Melalui laman web institusi seperti jpt.utm.my atau aplikasi UPU Pocket.
Pengesahan boleh dibuat mulai 17 hingga 25 Jun 2025 secara dalam talian di laman IPTA atau MARA BPT yang menawarkan tempat.
Calon yang tidak berjaya atau hanya ditawarkan program sijil sahaja.
Lihat Juga:
– Semakan Tingkatan 6: Tawaran & Rayuan Kemasukan
– Semakan Matrikulasi