HomePendidikanSemakan Matrikulasi 2024: Keputusan Rayuan Sesi 2024/2025

Semakan Matrikulasi 2024: Keputusan Rayuan Sesi 2024/2025

Sukacitanya semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan sesi 2024/2024 boleh dibuatĀ mulai Jumaat 5 Julai 2024 pada jam 1:00 petang.

Para pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ini, boleh membuat semakan keputusanĀ calon jaya rayuan 1 melalui laman web rasmi Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Semakan

Semakan keputusan boleh dibuat di portal rasmi Matrikulasi KPMĀ  di https://matrikulasi.moe.gov.my

"Poster Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Ambilan Kedua Sesi 2024/2025 dengan tarikh penting dan pautan semakan."

Rayuan Matrikulasi 2024

Sebelum ini, KPM memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan awal boleh membuat rayuan secara dalam talian melalui laman web rasmi Matrikulasi KPM. 

Rayuan ini membuka peluang kedua kepada pelajar untuk mendapatkan tempat dalam Program Matrikulasi. 

Keputusan rayuan akan diumumkan tertakluk kepada kekosongan tempat.

Tempoh Setuju Terima

Calon yang berjaya dalam rayuan ini perlu membuat pengesahan setuju terima dalam tempoh 5 – 10 Julai 2024.

Penangguhan Pendaftaran dan Pengajian

Penangguhan Pendaftaran 

Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguhkan pendaftaran ke Program Matrikulasi kecuali dalam keadaan tertentu seperti masalah kesihatan, kemalangan, atau sebab-sebab lain yang munasabah dengan merujuk kepada pihak pengurusan kolej yang ditawarkan. 

Ini bertujuan untuk memastikan pelajar memulakan pengajian tepat pada masanya dan dapat mengikuti jadual akademik yang telah ditetapkan.

Penangguhan Pengajian 

Bagi pelajar yang telah mendaftar dan mengalami masalah kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan, penangguhan pengajian dibenarkan. 

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan pengajian. 

Permohonan penangguhan ini perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej masing-masing untuk dipertimbangkan.

Tarikh Penting Pengambilan Sesi 2024/2025 Program Matrikulasi KPM

Tarikh Penting Pengambilan Matrikulasi Sesi 2024:2025

5 Julai 2024

  • Keputusan Rayuan 1
    • Keputusan Calon Jaya Rayuan 1

9 Julai 2024

  • PdP
    • PdP bermula selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB)

11 / 12 Julai 2024

  • Pendaftaran Ambilan 2
    • Pendaftaran pada 11 / 12 Julai 2024

Senarai dan Lokasi Kolej Matrikulasi di Malaysia

Berikut adalah senarai lengkap lokasi kolej matrikulasi di Malaysia beserta alamat, nombor telefon, dan laman sesawang masing-masing:

1. Perlis

Kolej Matrikulasi Perlis

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis.
  • Telefon: 04-9868613
  • Laman Sesawang: kmp.matrik.edu.my

2. Kedah

Kolej Matrikulasi Kedah

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah.
  • Telefon: 04-9286100
  • Laman Sesawang: kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
  • Telefon: 04-4682508
  • Laman Sesawang: kmkk.matrik.edu.my

Kolej MARA Kuala Nerang

  • Alamat: Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
  • Telefon: 04-7867250
  • Laman Sesawang: kmkn.edu.my

Kolej MARA Kulim

  • Alamat: Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah.
  • Telefon: 04-4906422
  • Laman Sesawang: kmkulim.edu.my

3. Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
  • Telefon: 04-5756090
  • Laman Sesawang: kmpp.matrik.edu.my

4. Perak

Kolej Matrikulasi Perak

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak.
  • Telefon: 05-3594449
  • Laman Sesawang: kmpk.matrik.edu.my

5. Kelantan

Kolej Matrikulasi Kelantan

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan.
  • Telefon: 09-7808000
  • Laman Sesawang: kmkt.matrik.edu.my

6. Pahang

Kolej Matrikulasi Pahang

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang.
  • Telefon: 09-5495000
  • Laman Sesawang: kmph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
  • Telefon: 09-4677103
  • Laman Sesawang: kmkph.matrik.edu.my

7. Selangor

Kolej Matrikulasi Selangor

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor.
  • Telefon: 03-31201410
  • Laman Sesawang: kms.matrik.edu.my

8. Negeri Sembilan

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Telefon: 06-4841825
  • Laman Sesawang: kmns.matrik.edu.my

9. Melaka

Kolej Matrikulasi Melaka

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
  • Telefon: 06-3832000
  • Laman Sesawang: kmm.matrik.edu.my

10. Johor

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
  • Telefon: 07-6881629
  • Laman Sesawang: kmkj.matrik.edu.my

11. Wilayah Persekutuan Labuan

Kolej Matrikulasi Labuan

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Peti Surat 81735, Jalan OKK Daud, Merinding, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Telefon: 087-465311
  • Laman Sesawang: kml.matrik.edu.my

12. Sarawak

Kolej Matrikulasi Sarawak

  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, 93457 Kuching, Sarawak.
  • Telefon: 082-439100
  • Laman Sesawang: kmsw.matrik.edu.my

Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan Program Matrikulasi KPM;

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan keputusan rayuan kemasukan Program Matrikulasi diumumkan?

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan sesi 2024/2024 boleh dibuatĀ mulai Jumaat 5 Julai 2024 pada jam 1:00 petang.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan keputusan kemasukan?

Semakan keputusan boleh dibuat di portal rasmi Matrikulasi KPM di https://matrikulasi.moe.gov.my.

Bilakah tarikh pendaftaran Matrikulasi ambilan 2?

Pendaftaran pada 11 / 12 Julai 2024


Lihat Juga:
Apa Itu Asasi? Perbezaan dgn Tingkatan 6, Diploma & Matrikulasi
Kelebihan Tingkatan 6 Untuk Sambung Belajar Selepas SPM
Tingkatan 6: Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments