SEMAKAN UPU ONLINE: Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menjelang pengumuman keputusan UPUOnline 2024, ribuan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang menanti dengan penuh debaran.
Proses semakan keputusan ini adalah detik penting dalam menentukan langkah seterusnya dalam perjalanan akademik masing-masing.Â
Lihat Juga:
– Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi 2024/2025
Tarikh Keputusan Kemasukan ke UA, Politeknik, IKLA UPUOnline
Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2024/2025 akan diumumkan pada 28 Jun 2024 (Jumaat).
Calon boleh membuat semakan keputusan ini mulai jam 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang.
Cara Semakan Keputusan UPU Online
Semakan keputusan boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:
1) Secara Atas Talian Melalui Pautan:
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- https://jpt.ums.edu.my
- https://jpt.umt.edu.my
2) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di Telefon Pintar
Bagi yang belum memiliki aplikasi UPUPocket, anda boleh memuat turun aplikasi UPUPocket melalui pautan berikut:
- Google Play Store (Android): Muat Turun UPUPocket
- Apple App Store (iOS): Muat Turun UPUPocket
- Huawei AppGallery: Muat Turun UPUPocket
Aplikasi UPUPocket memudahkan anda membuat semakan keputusan UPU Online dengan cepat dan mudah melalui telefon pintar. Pastikan anda memuat turun aplikasi ini untuk kemudahan anda semasa tempoh semakan keputusan dan proses pengesahan tawaran.
Pengesahan Setuju Terima/Tolak Tawaran
Setelah semakan keputusan dilakukan, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran.
Tempoh Setuju Terima Tawaran Bermula 29 Jun 2024 (Sabtu) hingga 7 Julai 2024 (Ahad).
- Pemohon boleh klik butang TERIMA di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Pemohon yang tidak menjawab TERIMA atau TOLAK selepas tempoh ditetapkan secara automatik dikemaskini sebagai menolak tawaran.
- Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPU Online.
Surat Tawaran Rasmi
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada calon yang berjaya mulai 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Adalah penting untuk calon mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi memastikan tempat anda tidak diberikan kepada calon lain.
Rayuan
Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPU Online bagi kemasukan ke UA dan Politeknik.
Tempoh Rayuan
Bagi calon yang tidak berjaya atau hanya mendapat tawaran pengajian peringkat sijil, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPU Online.
Tempoh rayuan ini adalah selama 10 hari mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang.
Permohonan rayuan boleh dilakukan di laman web https://upu.mohe.gov.my.
Rayuan Kolej Komuniti dan ILKA
Rayuan untuk Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPU Online.
Penting untuk calon membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan peluang mendapatkan tempat di institusi yang diinginkan.
Tarikh-tarikh Penting Keputusan UPU
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian selepas membuat semakan keputusan UPU online:
- 28 Jun – 7 Julai: Semakan Keputusan
- 29 Jun – 7 Julai: Pengesahan Terima Tawaran
- 28 Jun – 7 Julai: Tempoh Rayuan
Pengeluaran Surat Tawaran oleh IPT bermula 29 Jun 2024 (selepas pengesahan terima tawaran oleh calon). Calon perlu memastikan mereka membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menerima surat tawaran rasmi.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan UPU Online boleh dimajukan ke:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya
Telefon: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Ikuti Media Sosial Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi :~
- TikTok: @bkpaupu
- Facebook: Kemasukan BKPA JPT
- Telegram: UPUONLINE CHANNEL
- Instagram: @kemasukanbkpa
- YouTube: bkpaUPU
Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan: Calon dibenarkan memilih mana-mana tawaran program yang telah diterima. Calon boleh berbincang dahulu dengan keluarga untuk membuat keputusan sebelum tutup tempoh terima tawaran.
Jawapan: Calon tidak akan disenarai hitam oleh UPUOnline sekiranya calon menolak tawaran UPUOnline dan calon masih boleh membuat permohonan UPUOnline pada tahun hadapan.
Jawapan: Calon dibenarkan memilih mana-mana tawaran program yang telah diterima. Calon boleh berbincang dahulu dengan keluarga untuk membuat keputusan sebelum tutup tempoh terima tawaran.
Lihat Juga:
– Semakan Tingkatan 6: Tawaran & Rayuan Kemasukan Sesi 2024
– Semakan Matrikulasi 2024: Keputusan Kemasukan Sesi 2024/2025