HomePendidikanSemakan MRSM: Kemasukan Tingkatan 1 & 4 2025 mara.gov.my

Semakan MRSM: Kemasukan Tingkatan 1 & 4 2025 mara.gov.my

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2025

Sukacitanya, semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi tahun ini boleh disemak mulai 13 Januari 2025 (Isnin) jam 12.00 Tengahari.

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 dan 4, mula dibuka pada Ogos hingga September lalu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi laman sosial Facebook miliknya memaklumkan bahawa jumlah pelajar yang menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) melebihi 93,625 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 21,994 orang berjaya lulus dengan mencapai syarat minimum. Namun, hanya 10.34% daripada jumlah calon yang berjaya mencapai merit tinggi. Seramai 8,909 orang telah ditawarkan tempat di MRSM, iaitu 7,229 calon Tingkatan 1 dan 1,680 calon Tingkatan 4.

Tawaran diberikan berdasarkan kekosongan tempat, dengan proses semakan dilakukan sebanyak empat kali. Calon yang tidak menerima tawaran sehingga 11 April 2025 dianggap tidak berjaya.

Selain itu, MARA masih mengekalkan dasar 60% pengambilan pelajar daripada keluarga miskin, luar bandar, dan berpendapatan rendah yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian UKKM.

Tarikh Semakan MRSM 2025

Semakan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2025 boleh dibuat pada hari Isnin 13 Januari 2025 mulai  jam 12.00 tengah hari.

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan MRSM 2025 Untuk Tingkatan 1 dan 4

  1. Semakan Pertama: 13 Januari 2025
  2. Semakan Kedua: 27 Januari 2025
  3. Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
  4. Semakan Keempat: 17 Mac 2025
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2025

Cara Semakan Tawaran MRSM

Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM menggunakan No. Kad Pengenalan di pautan berikut:

Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Pengesahan Terima / Tolak Tawaran MRSM

Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari (7 hari). 

Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM.

Keputusan tawaran adalah muktamad.

Status Menunggu Keputusan Semakan MRSM

Status Menunggu Keputusan Semakan MRSM 2025

Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima seperti di atas.

Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30% pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.

InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.

Untuk makluman, daripada 93,635 yang duduki UKKM, sejumlah 21,994 (35.91%) lulus dengan cemerlang melepasi syarat. Namub hanya 8,909 sahaja yang berjaya ditempatkan di 57 MRSM sesi 2025.

Permohonan Tidak Berjaya MRSM

Permohonan tidak berjaya disebabkan:
i. Calon gagal dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
ii. Calon tidak menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
iii. Waris telah disenarai hitam oleh pihak MARA.

Program Sistem Pendidikan MRSM

Terdapat lima program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  1. Program Premier – Menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan, dan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara – Menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab – Ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  4. Program IGCSE – Ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program Teknikal- Melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Bantuan Kewangan: Program Bantuan dan Kebajikan MRSM

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

1.PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)

Pelajar B40 yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar.

Bantuan kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS), dan penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan, serta keperluan asas asrama.

2. PEMBERIAN WANG SAKU (WS)

Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM.

Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

3. PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)

Bagi yang layak, pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar 840 yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM. 

Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan

Info Lanjut 

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bilakah tarikh semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Tarikh semakan tawaran kemasukan ke MRSM bermula pada 13 Januari 2025, pukul 12 tengahari.

27 Januari 2025 – Semakan Kedua
3 Mac 2025 – Semakan Ketiga
17 Mac 2025 – Semakan Keempat

2. Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Semakan boleh dibuat dengan melayari pautan semakan berikut:
– Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
– Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4

3. Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
i. Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh semakan yang dikeluarkan oleh MARA.
ii. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
iii. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
iv. Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).

4. Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah TIDAK DIBENARKAN.

5. Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 19 Februari 2025, jam 8.30 pagi di MRSM yang ditawarkan (Rujuk: Surat Tawaran Kemasukan MRSM).

6. Bagaimanakah rayuan boleh dikemukakan sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Tawaran adalah mengikut merit yang tertinggi. Sekiranya anda tidak menerima sebarang tawaran melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) selepas 11 April 2025, permohonan anda tidak berjaya.

7. Hasil semakan mendapati permohonan saya tidak berjaya. Adakah saya berpeluang membuat permohonan rayuan melalui surat/e-mel?

Tidak. Permohonan tidak berjaya disebabkan:
i. Calon gagal dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
ii. Calon tidak menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
iii. Waris telah disenarai hitam oleh pihak MARA.

8. Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di nombor telefon/emel yang didaftarkan dalam sistem permohonan. Calon boleh membuat semakan berdasarkan tarikh berikut:
Tarikh Semakan Tawaran:
Semakan Pertama: 13 Jan 2025
Semakan Kedua: 27 Jan 2025
Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
Semakan Keempat: 17 Mac 2025

9. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak MARA jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM?

Sebarang pertanyaan boleh menghantar e-mel ke:
[email protected]
Atau hubungi talian berikut:
03-26134198/03-26134200/01/02/03/04/05/06/07/08/09/10/11/12/13/14


Lihat Juga:
MRSM Premier: Syarat Kemasukan, Lokasi dan Kemudahan
MRSM IGCSE: Maksud, Kelebihan Program, Syarat dan Lokasi
MRSM Ulul Albab: Maksud, Kelebihan Program, Syarat dan Lokasi

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments