HomeKewanganCara Pengiraan Dividen Tabung Haji 3.25% (2025)

Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji 3.25% (2025)

Bagaimana cara pengiraan Dividen Tabung Haji 2025? Ia telah diumumkan pada kadar 3.25%, iaitu agihan keuntungan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun. Ramai mula tertanya-tanya sama ada simpanan mereka layak menerima pulangan penuh berdasarkan kadar tersebut.

Walaupun agihan diumumkan setiap tahun, masih ramai pendeposit tidak tahu bahawa pengiraan keuntungan tidak berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan, tetapi berdasarkan formula tertentu.

Majoriti instrumen simpanan seperti KWSP, ASB dan Tabung Haji menggunakan asas yang sama iaitu pengiraan berdasarkan purata baki terendah bulanan. 

Ini bermaksud, walaupun anda mempunyai simpanan tinggi, tetapi berlaku pengeluaran dalam bulan tertentu, ia boleh memberi kesan kepada jumlah dividen yang diterima.

Pengumuman Dividen Tabung Haji 2025 (Agihan Keuntungan 2024)

Kadar Dividen Tabung Haji 2025 3.25%

Tabung Haji telah mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2024 sebanyak 3.25 peratus, iaitu yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu. 

Zakat sebanyak 2.5775 peratus telahpun dilunaskan oleh pihak Tabung Haji bagi pihak para pendeposit.

Jumlah keseluruhan agihan keuntungan ini melibatkan RM2.92 bilion dan memberi manfaat kepada lebih daripada 9.54 juta pendeposit seluruh negara.

Formula Pengiraan Agihan Dividen Tabung Haji

Menurut Tabung Haji, kaedah pengiraan agihan keuntungan adalah berdasarkan purata baki simpanan terendah bulanan sepanjang tahun.

Formula Pengiraan Dividen Tabung Haji

Formula yang digunakan adalah:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.25%

Secara terperinci:

(Jumlah baki simpanan terendah bulanan dari Januari hingga Disember 2024 / 12 bulan) x 3.25%

Nota penting: Transaksi pelaburan atau simpanan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 1 haribulan untuk layak dikira dalam baki minimum bulan tersebut. Jika dibuat selepas 1 haribulan, jumlah tersebut hanya akan dikira sebagai baki minimum bagi bulan berikutnya.

Simulasi Pengiraan Dividen Tabung Haji 3.25%

Berikut ialah beberapa situasi berbeza yang boleh mempengaruhi cara pengiraan dividen Tabung Haji:

  1. Simpanan Tetap Sepanjang Tahun
  2. Simpanan Bertambah Secara Bulanan
  3. Simpan dan Kerap Keluarkan
  4. Simpan RM100,000 Tapi Baru Masuk Bulan November
  5. Kerap Masuk dan Keluarkan Wang Setiap Bulan
  6. Akaun Baru Dibuka Pertengahan Tahun

Simpanan Tetap Sepanjang Tahun

Dalam situasi ini, pendeposit menyimpan jumlah yang sama setiap bulan tanpa sebarang pengeluaran. 

Contohnya, simpanan kekal RM10,000 dari Januari hingga Disember. Oleh kerana tiada perubahan, baki terendah bulanan setiap bulan ialah RM10,000.

  • Formula: RM10,000 x 3.25% = RM325
  • Dividen diterima: RM325

Ini adalah situasi paling ideal untuk mendapatkan dividen penuh.

Simpanan Bertambah Secara Bulanan

Dalam situasi ini, pendeposit membuat simpanan secara konsisten setiap bulan tanpa pengeluaran. Contohnya, pelaburan tetap RM100 setiap bulan dari Januari hingga Disember melalui potongan automatik (contoh: potongan gaji atau auto debit ke akaun Tabung Haji).

Berikut adalah contoh baki minimum bulanan sepanjang tahun 2024 bagi situasi ini:

BulanBaki Simpanan
Terendah (RM)
Januari50,000.00
Februari50,100.00
Mac50,200.00
April50,300.00
Mei50,400.00
Jun50,500.00
Julai50,600.00
Ogos50,700.00
September50,800.00
Oktober50,900.00
November51,000.00
Disember51,100.00
Jumlah
Baki
Minimum
606,600.00

Formula:

Jumlah baki minimum bulanan ÷ 12 x 3.25%
= 606,600 ÷ 12 bulan x 3.25%
= RM50,550.00 x 3.25%
= RM1,642.88

Jumlah agihan keuntungan: RM1,642.88

Simpan dan Kerap Keluarkan

Pendeposit menyimpan sejumlah besar, namun kerap melakukan pengeluaran dalam tahun tersebut.

Contoh:

  • Jan: RM10,000
  • Feb: RM8,000
  • Mac: RM5,000
  • Dis: RM3,000
  • Purata baki terendah bulanan: RM5,000

Formula: RM5,000 x 3.25% = RM162.50
Dividen diterima: RM162.50

Simpanan besar tetapi kerap dikeluarkan menyebabkan dividen berkurangan.

Simpan RM100,000 Tapi Baru Masuk Bulan November

Pendeposit memasukkan RM100,000 sekaligus pada bulan November, tetapi selepas 1hb.

Disebabkan wang masuk selepas 1hb, baki minimum bulan November dianggap RM0. Maka hanya bulan Disember yang dikira.

Purata baki terendah:
RM100,000 ÷ 12 = RM8,333.33
Formula:
RM8,333.33 x 3.25% = RM270.83
Dividen diterima: RM270.83

Simpanan besar tetapi masuk lambat = kurang dividen.

Kerap Masuk dan Keluarkan Wang Setiap Bulan

Pendeposit masukkan RM3,000 pada 5hb setiap bulan dan keluarkan semula pada 28hb.

Disebabkan transaksi dibuat selepas 1hb, baki minimum bulan tersebut ialah RM0.

Purata baki terendah: RM0
Formula: RM0 x 3.25% = RM0
Dividen diterima: RM0

Simpan setiap bulan tapi salah tarikh = tiada dividen langsung.

Akaun Baru Dibuka Pertengahan Tahun

Pendeposit membuka akaun baharu pada 15 Julai dan mula menyimpan RM5,000 setiap bulan hingga Disember.

Baki bulan aktif: Jul–Dis = 6 bulan
Jumlah baki terendah: RM5,000 x 6 = RM30,000
Purata baki terendah: RM30,000 ÷ 12 = RM2,500
Formula:
RM2,500 x 3.25% = RM81.25
Dividen diterima: RM81.25

Akaun baru dengan tempoh singkat menyimpan akan menghasilkan dividen lebih kecil.

Semakan Dividen Tabung Haji

Pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan Tabung Haji bermula pada Ahad, 23 Mac 2025. Semakan boleh dilakukan melalui platform berikut:

  • THiJARI secara atas talian https://www.thijari.com.my/
  • Kaunter Tabung Haji di seluruh negara
  • Saluran elektronik rakan strategik Tabung Haji termasuk Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Islamic, Maybank Islamic, Ambank Islamic dan lain-lain
tarikh dan cara semak dividen tabung haji 2025

Siapa Yang Layak Dapat Dividen Tabung Haji?

Berdasarkan polisi Tabung Haji, hanya pendeposit yang memenuhi tiga syarat utama berikut sahaja layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan semasa:

  1. Pembukaan Akaun: Akaun Tabung Haji mestilah telah dibuka sebelum atau pada 5 Disember tahun kewangan yang terlibat.
  2. Status Akaun Aktif: Akaun perlu berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat. Akaun TH status tidak aktif atau dorman tidak layak untuk agihan keuntungan Tabung Haji 2024.
  3. Penutupan Akaun: Pendeposit yang menutup akaun sebelum tarikh pengkreditan dividen tidak layak menerima agihan keuntungan tahun tersebut.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan TH

Soalan Lazim (FAQ) Dividen Tabung Haji 2025

1. Apakah itu Agihan Keuntungan Tabung Haji?

Agihan keuntungan ialah pulangan hasil pelaburan Tabung Haji selepas ditolak kos operasi, bantuan haji dan zakat. Ia diagihkan kepada pendeposit setiap tahun.

2. Berapakah kadar agihan keuntungan tahun 2024?

Kadar agihan ialah 3.25% selepas ditolak zakat 2.5775%. Jumlah keseluruhan agihan adalah RM2.92 bilion kepada lebih 9.54 juta pendeposit.

3. Bagaimanakah cara pengiraan dividen?

Ia dikira berdasarkan formula:
(Purata baki terendah bulanan sepanjang Jan–Dis 2024 / 12 bulan) x 3.25%

4. Adakah pendeposit perlu bayar zakat atas agihan ini?

Tidak perlu. TH telah melunaskan zakat 2.5775% bagi pihak pendeposit berdasarkan hukum Khultoh (harta bercampur).

5. Bagaimana dividen dibayar?

Agihan keuntungan dikreditkan terus ke dalam akaun Tabung Haji yang masih aktif dan layak.

6. Siapa yang layak terima agihan keuntungan?

Membuka akaun sebelum/pada 5 Disember 2024
Aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh pembayaran

Lihat Juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments