HomeKerjayaPermohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 MARA

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengalu-alukan permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41) di Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seluruh Malaysia.

Permohonan dibuka mulai 2 Ogos sehingga 23 Ogos 2024.

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Gred Jawatan: DG41
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji Minimum: RM2,188.00
  • Gaji Maksimum: RM9,552.00
  • Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Bidang/Subjek yang Ditawarkan

Bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini, bidang atau subjek yang ditawarkan  MARA adalah;

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Geografi
  • Herba dan Hasilan Semula Jadi
  • Keusahawanan
  • Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Matematik
  • Media
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pengajian Malaysia
  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Psikologi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Reka Bentuk Grafik
  • Sains Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Sejarah
  • Seni Reka
Iklan Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pendidikan (DG 41) MARA

Syarat-Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA DG41

Berikut merupakan ringkasan syarat-syarat lantikan yang ditetapkan. *Maklumat penuh syarat lantikan, sila lihat pada iklan di akhir artikel ini.

  1. Warganegara Malaysia: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Umur: Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan Akademik: Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Ijazah Sarjana Muda: Dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web MQA atau ESISRAF.
  5. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon.
  6. Pemohon yang memohon bidang/subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Kesihatan: Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental.
  8. Aktiviti Kokurikulum: Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  9. Pengetahuan Mata Pelajaran: Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi.
  10. Bebas dari Tindakan Disiplin: Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan;
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA seperti berikut:
    1. Alamat Laman Web: https://apps.mara.gov.my/vacancy/
    2. Tarikh Buka: 02 Ogos 2024 (Jumaat)
    3. Tarikh Tutup: 23 Ogos 2024 (Jumaat) (Sebelum jam 11:59 malam)
  3. Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak; dan
  4. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Nota:

  • Sila rujuk kepada iklan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat jawatan dipenuhi.
  • Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  • Sila pastikan maklumat anda diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
  • Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Kaedah Pelaksanaan

  1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat telah ditetapkan sahaja akan diproses;
  2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah menepati bidang / subjek yang dipohon. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Center);
  3. Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara kontrak. Mereka hendaklah setuju dan patuh pada syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan. Program ini akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;
  5. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bertaraf kontrak yang telah menamatkan secara jayanya Program Diploma Pendidikan atau memperoleh ikhtisas pendidikan sahaja akan dipertimbangkan untuk pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di-e-mel ke [email protected].

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA

Tarikh Tutup:  23 Ogos 2024

Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA


Lihat Juga:
Peluang Kerjaya di UUM sebagai Pensyarah Gred DS45 & DS51 (Tarikh Tutup: 21 Ogos 2024)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments