HomePendidikanMRSM IGCSE: Maksud, Kelebihan Program, Syarat dan Lokasi

MRSM IGCSE: Maksud, Kelebihan Program, Syarat dan Lokasi

MRSM program IGCSE merupakan salah satu daripada program sistem pendidikan yang di tawarkan di Maktab Rendah Sains MARA.

Untuk makluman, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah sekolah berasrama penuh di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan menengah dalam bidang sains dan teknologi. 

MRSM memberi fokus kepada pelajar Bumiputera yang pintar dan berbakat dalam akademik serta intelektual, dengan menekankan pengembangan potensi diri berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta pembinaan karakter untuk melahirkan insan holistik, inovatif, dan berintegriti.

Program terkini yang ditawarkan di MRSM pada tahun 2024 adalah, Program Bitara, Program Premier, Program IGCSE, Program Ulul Albab dan Program Teknikal.

Apa itu Program MRSM IGCSE?

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa Cambridge yang diiktiraf di seluruh dunia, setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level, seawal umur 13 tahun. 

Pelajar akan menduduki peperiksaan Cambridge IGCSE pada akhir Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Tingkatan 5, memberikan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran mereka.

Silibus di MRSM IGCSE

Silibus di MRSM IGCSE merangkumi tiga kurikulum utama yang digabungkan:

  1. Kurikulum Kebangsaan (KSSM): Ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang diikuti oleh semua sekolah menengah di Malaysia. Pelajar MRSM IGCSE akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir Tingkatan 5.
  2. Kurikulum Cambridge IGCSE: Ini adalah kurikulum antarabangsa yang diiktiraf di seluruh dunia. Ia merangkumi subjek-subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan pelbagai subjek lain yang disesuaikan dengan keperluan pelajar MRSM. Peperiksaan IGCSE biasanya diambil pada akhir Tingkatan 4.
  3. Kurikulum Khas MRSM Berteraskan STEM: Selain KSSM dan IGCSE, pelajar juga mengikuti kurikulum khas MRSM yang berfokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kurikulum ini juga termasuk modul pembangunan sahsiah, keusahawanan, serta kemahiran insaniah.

Kelebihan Program IGCSE

Program ini menawarkan beberapa kelebihan yang menjadikan ia pilihan yang unggul bagi kebanyakan pelajar.

  1. Kurikulum Antarabangsa yang Diiktiraf: Kurikulum Cambridge IGCSE diiktiraf di peringkat global, setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level. Ini membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di seluruh dunia.
  2. Integrasi dengan Kurikulum Kebangsaan: Pelajar bukan sahaja mempelajari kurikulum antarabangsa tetapi juga mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Malaysia. Ini memastikan mereka mendapat pendidikan yang seimbang, menggabungkan kelebihan sistem pendidikan tempatan dan antarabangsa.
  3. Fokus pada STEM: Kurikulum khas MRSM berteraskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dirancang untuk membina kemahiran penting seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, dan kreativiti, yang sangat diperlukan dalam dunia moden.
  4. Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran Insaniah: Program ini juga merangkumi modul pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah, yang membantu pelajar dalam membina keperibadian yang kukuh dan kemahiran sosial yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan.
  5. Peluang Menduduki Dua Peperiksaan Utama: Pelajar akan menduduki peperiksaan Cambridge IGCSE pada akhir Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir Tingkatan 5. Ini memberikan mereka kelebihan tambahan dalam kelayakan akademik.
  6. Persediaan untuk Pendidikan Lanjutan: Program IGCSE di MRSM menyediakan pelajar dengan asas yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada di dalam atau luar negara, dengan pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar dan menekankan pembelajaran berterusan.

Syarat Kemasukan 2024

Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM IGCSE tingkatan 1;

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  • Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Calon WAJIB menduduki Ujian Khas IGCSE.
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  • Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025.
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM_Program_IGCSE_Tingkatan_1_Lokasi_dan_Syarat_Kemasukan

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Program MRSM adalah ujian saringan yang wajib diduduki oleh semua calon yang ingin memasuki MRSM, termasuk program IGCSE.

1. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

UKKM direka untuk menilai kecenderungan dan kemampuan akademik calon dalam beberapa subjek utama. Ujian ini merangkumi:

  • Bahasa Melayu: 30 soalan dengan tempoh masa 30 minit.
  • Matematik: 35 soalan dengan tempoh masa 35 minit.
  • Sains: 30 soalan dengan tempoh masa 35 minit.
  • Keperibadian: 80 soalan dengan tempoh masa 30 minit.

Ujian ini adalah wajib untuk semua calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang memohon kemasukan ke MRSM.

2. Ujian Khas Program MRSM untuk IGCSE

Bagi calon yang memilih program IGCSE, mereka perlu menduduki Ujian Khas yang dirancang khusus untuk menilai kesesuaian calon dengan kurikulum antarabangsa ini. Tempoh masa yang diberikan untuk Ujian Khas IGCSE adalah 40 minit. Ujian ini bertujuan untuk memastikan bahawa calon mempunyai asas yang kuat dan bersedia untuk menghadapi kurikulum Cambridge IGCSE yang mencabar.

Ujian_Kecenderungan_Kemasukan_MRSM_UKKM_Ujian_Khas_Program_MRSM

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun  2025

Soalan Lazim Permohonan Kemasukan MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025 1

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!

Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) :

Panduan permohonan adalah sebagaimana berikut;

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.
  5. Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Lokasi MRSM IGCSE

Berikut adalah senarai lokasi MRSM yang menawarkan program IGCSE:

  1. Melaka: MRSM Alor Gajah
  2. Negeri Sembilan: MRSM Kuala Klawang
  3. Selangor: MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB)
  4. Johor: MRSM Johor Bahru
  5. Perak: MRSM Parit
  6. Kedah: MRSM Kubang Pasu
  7. Pahang:
    • MRSM Kuantan
    • MRSM Tun Abdul Razak (TAR)
  8. Kelantan: MRSM Tumpat
  9. Sarawak: MRSM Kuching
  10. Sabah: MRSM Kota Kinabalu

Kemudahan Yang Disediakan di MRSM

Kemudahan yang disediakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sangat lengkap dan direka untuk menyokong perkembangan akademik serta sahsiah pelajar. 

Antara kemudahan yang disediakan di MRSM termasuk:

  • Surau
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Rawatan Gigi
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Pusat Sumber (berhawa dingin)
  • Dewan Makan
  • Perkhidmatan Dobi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan / Rekreasi

Pertanyaan dan Info Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui:

a) E-mel: [email protected]

b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA:
03-26134533 / 25 / 16 / 17 / 78 / 65 / 34 / 39 / 40 / 37 / 31 / 32 / 34494 / 35073
(Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja)

Ikuti Majlis Amanah Rakyat di media sosial:


Lihat Juga:
MRSM Premier: Syarat Kemasukan, Lokasi dan Kemudahan
SBP 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025/2006
Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025 Secara Online
SMKA 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 (2025/2026)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments