HomeInfoLagu Maal Hijrah – “Al-Ajiba” Lirik (1 Muharam Detik Permulaan)

Lagu Maal Hijrah – “Al-Ajiba” Lirik (1 Muharam Detik Permulaan)

Setiap kali tiba 1 Muharam (Maal Hijrah), pasti ramai yang teringat akan lagu “1 Muharam Detik Permulaan” oleh Al-Ajiba. 

Lagu ni memang klasik, penuh dengan nostalgia dan makna mendalam. Bayangkan, dari dulu sampai sekarang, lagu ni tetap jadi pilihan utama untuk sambutan Maal Hijrah

Kenapa? Sebab liriknya yang menyentuh hati, mengingatkan kita tentang perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah lebih 1400 tahun lalu.

Jom sama-sama kita hayati lirik lagu “Maal Hijrah” ni dan ambil semangat hijrah tu dalam kehidupan seharian kita.

Lirik lagu Maal Hijrah (Lagu Rasmi Sambutan Ma’al Hijrah)

HIJRAH by al-Ajiba

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman…

Maksud di Sebalik Lirik Lagu Maal Hijrah

Lagu “Maal Hijrah” oleh Al Ajiba ni memang best, penuh dengan mesej yang mendalam. Setiap kali 1 Muharam tiba, kita mesti ingat lagu ni sebab ia memperingati hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Tapi, hijrah ni bukan sekadar pindah tempat tau, ia lebih kepada perubahan besar dalam hidup.

Bayangkan, Nabi dan para sahabat sanggup tinggalkan segala-galanya di Mekah demi agama Islam. Mereka pindah ke Madinah dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi. Dalam lagu ni, kita boleh rasa betapa kuatnya semangat mereka untuk bersatu padu, berjuang, dan berkorban demi Islam. Lagu ni jugak ajak kita untuk ambil semangat hijrah tu dalam hidup kita sekarang.

Hijrah ni sebenarnya pasal berani buat perubahan dalam diri kita. Kita kena tinggalkan yang buruk dan ambil yang baik, supaya kita boleh jadi lebih baik dari hari ke hari. Dalam lagu ni, ada juga mesej pasal pentingnya iman dan takwa. Dengan iman dan takwa, kita boleh capai kejayaan dalam hidup, bukan saja kat dunia tapi juga kat akhirat.

Secara keseluruhannya, lagu “Maal Hijrah” ni ajak kita semua untuk ingat balik semangat hijrah yang pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Lagu ni nak kita bersatu, kuatkan iman, dan berjuang demi agama kita. So, jom sama-sama hayati lirik dan makna lagu ni, dan jadikan 1 Muharam sebagai detik permulaan untuk kita jadi lebih baik.

Sejarah Lagu Maal Hijrah

Lagu “Maal Hijrah” oleh Al Ajiba telah menjadi sebahagian penting dalam setiap sambutan 1 Muharam.

Lagu ini sering dimainkan dalam majlis rasmi, sekolah, dan juga di radio. Dicipta dengan penuh makna, ia mengingatkan kita tentang sejarah penting dalam Islam. Lagu ini membantu membangkitkan semangat dan kesedaran tentang kepentingan hijrah dalam Islam dan bagaimana ia membentuk perpaduan serta kemajuan umat Islam.

Semangat hijrah yang ditonjolkan dalam lagu ini adalah cerminan kepada usaha-usaha berterusan umat Islam untuk memperbaiki diri dan masyarakat.


Lihat Juga:
Bulan Muharram: Kelebihan, Puasa Asyura & Fakta Menarik
Jadual Puasa Sunat Bulan Muharram 1446 Hijrah (2024)
Contoh Poster Aktiviti Mewarna Maal Hijrah (Awal Muharam 2024)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments