Permohonan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 kini dibuka.
Bagi gred ini, kelulusan minimun adalah Ijazah Sarjana Muda.
Terdapat 16 kekosongan yang perlu diisi bagi jawatan ini.
Maklumat lanjut mengenai Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 adalah sebagaimana di bawah.
Maklumat Pekerjaan
- Gred : S41
- Taraf Jawatan :TETAP
- Jumlah Kekosongan :16
- Jantina :Tidak Berkaitan
- Kelulusan Minimum :IJAZAH SARJANA MUDA
- Tarikh Tutup Iklan : 30 Apr 2022
Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan/Gaji : S41
Jadual Gaji :
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Tahunan |
RM 2078.00 | RM 9544.00 | RM 225.00 |
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      (c)  (i)  ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yan diiktiraf setarafdengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00);atau
            (ii)  ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memilik iKepujian(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41,tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahunpada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas :
Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusandakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan danpengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.
Skop dan Bidang Tugas :
1.Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di jabatan
2.Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di jabatan
3.Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di jabatan.
4.Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di jabatan.
5.Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksanakan program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di jabatan.
6.Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di jabatan.
7.Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Cara Memohon Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam
Permohonan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://espaj.johor.gov.my/website/login
Untuk makluman, sistem permohonan eSPAJ telah menggantikan sistem permohonan JOHORCAREER mulai 17 April 2022.
Semua pengguna sistem Johorcareer dikehendaki mendaftar akaun yang baharu di Sistem eSPAJ bagi membuat permohonan jawatan yang diiklankan.
Sila layari http://espaj.johor.gov.my untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Sumber: Portal Rasmi SPA JOHOR