AGIHAN KEWANGAN ZAKAT GURU & KAKITANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FASA 1 TAHUN 2024 KINI DIBUKA
Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa pemohon yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk memohon agihan ini.
Maklumat-maklumat permohonan adalah sebagaimana berikut;
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2024.
Dasar Agihan Kewangan Zakat Kepada Guru Dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat
- Agihan ini disediakan kepada rakyat negeri Kedah yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
- Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah JHEAIK merangkumi :
- Maahad Tahfiz
- Pondok/ Madrasah
- Sekolah Menengah Agama (SMA)
- Sekolah Rendah Agama (SRA)
- Pemohon yang layak memohon bagi agihan ini adalah berdasarkan kategori seperti berikut;
- Guru / Tenaga Pengajar
- Pentadbiran Sekolah
- Kakitangan Sokongan
- Pekerja Am
Kadar Bantuan
PENERIMA | JUMLAH AGIHAN |
Guru dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat | RM 600.00 seorang |
Syarat Kelayakan
- Pemohon sedang menetap di negeri Kedah dan berkhidmat di sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) secara sepenuh masa.
- Kategori pekerjaan pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut :
- Guru/ Tenaga Pengajar
- Pentadbiran Sekolah : Mudir/ Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan
- Kakitangan Sokongan : Kerani/ Pembantu Tadbir/ Pembantu Guru/ Penyelia Asrama/ Pembantu Koperasi
- Pekerja Am : Tukang Masak/ Tukang Cuci/ Pengawal Keselamatan/ Pemandu (Yang dibayar gaji oleh pihak sekolah)
- Tempoh berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya tiga puluh enam (36) bulan.
- Guru/ Kakitangan Bukan lantikan perkhidmatan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, JHEAIK.
- Jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM 2,500.00.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di link:
https://agihan.zakatkedah.com.my
- Pilih aplikasi atas talian, kemudian
- Pilih agihan guru dan kakitangan SAR, kemudianÂ
- Pilih permohonan baharu, kemudian
- Isi maklumat maklumat pemohon dan tempat mengajar,
- Muat naik dokumen sokongan
Panduan Permohonan Boleh Disemak Melalui Pautan Berikut :
https://bit.ly/PanduanAgihanSARFasa1
Dokumen Sokongan
Dokumen Sokongan Yang Perlu Dimuat Naik Bersama Permohonan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Borang Pengesahan Dalam Perkhidmatan Di Sekolah Agama Rakyat. (Boleh Dimuat turun melalui : https://bit.ly/BorangPengesahanFasa1)
*Nota : Pastikan borang dicop dan ditandatangani oleh pengetua/ mudir/ guru besar/ pengerusi lembaga tadbir sekolah
- Salinan Akaun Bank Pemohon (selain ASB dan Tabung Haji)
Info Lanjut
Maklumat lanjut sila hubungi :
​​Divisyen Pendidikan Zakat Kedah , Aras 3, Menara Zakat Jalan Teluk Wan Jah 05200 Alor Setar Kedah Darul Aman,
- Â +604-7331740Â / +6013-459 2071 (Tel/Whatsapp)
- Â Email : [email protected]
- Â Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman