Setiap kali tibanya Hari Guru, pasti ramai yang ingin mencari hadiah yang unik, rare dan penuh makna.
Kalau sebelum ini kita biasa lihat hadiah seperti mug, bunga, atau set alat tulis, kali ini mari kita bongkar beberapa idea hadiah Hari Guru rare yang lain daripada yang lain.
Siapa tahu, mungkin boleh jadi inspirasi dan idea untuk tahun depan!
Lihat juga: Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru Yang Meriah
1. Tong Gas Custom “Selamat Hari Guru”

Cikgu ini menerima hadiah tong gas yang ditempah khas dan dihias cantik sempena Hari Guru. Warna-warna ceria serta rekaan ucapan menjadikan hadiah ini sangat menonjol dan tak dilupakan.
Hadiah ini bukan sekadar unik, tetapi penuh makna ibarat guru sebagai sumber tenaga yang membakar semangat dan memberi cahaya ilmu kepada anak murid.
2. Ikan Segar dari Laut

Cikgu Hafiq menerima satu hadiah rare dalam sejarah 13 tahun perkhidmatannya seekor ikan segar dibungkus kemas dalam plastik kuning bertanda tangan murid.
Hadiah disampaikan dalam paper bag yang sejuk dan lembap, penuh kejutan!
Hadiah yang simple tapi sangat ikhlas dan menyentuh hati.
3. Hadiah Ikan Gupi

Ikan gupi ni bukan beli, tapi murid tangkap sendiri dari longkang depan rumah!
Ikan diletakkan dalam bekas plastik lengkap dengan kad ucapan tulisan tangan.
Punya usaha nak gembirakan cikgu kesayangan, sanggup turun padang cari hadiah paling unik dari hasil tangan sendiri. Ikhlas dan comel. Inilah hadiah rare yang buat hati cikgu cair!
4. Satu Bekas Sayur – Balik Terus Boleh Masak!

Bekas lutsinar ini bukan biasa-biasa. Penuh dengan cili merah, cili hijau, bawang kecil, bawang putih, daun limau, dan tomato segar. Lengkap satu set rencah dapur siap untuk tumis!
Hadiah paling praktikal tahun ini terus boleh masuk kuali. Tak perlu fikir menu dah, sambal tumis confirm jadi malam ni. Rare, ikhlas, dan sangat berguna!
5. Kit Penjagaan Diri Lengkap


Daripada panadol, minyak angin cap badak, handyplast hingga bekas ubat harian, hadiah kali ini memang luar biasa praktikal.
Siap diikat kemas dalam bekas lutsinar, lengkap untuk minggu penuh tekanan!
Mungkin murid dah faham sangat perangai cikgunya, kuat kerja tapi selalu pening kepala.
Hadiah macam ni memang rare, tapi penuh prihatin. Bukan sekadar bagi barang, tapi tanda mereka nak cikgu sihat selalu!
6. Sambal Belacan Homemade

Jar kecil ini tak nampak mewah, tapi isinya padu! Sambal belacan homemade, penuh biji cili dan bau ‘menggoda’ jadi hadiah rare yang cukup membuka selera.
Bukan mudah nak hasilkan sambal belacan yang ‘kick’, apatah lagi buatan sendiri. Hadiah macam ni bukan sahaja boleh dinikmati, tapi jadi bukti kasih dari hati yang ikhlas.
7. Anak Pokok Jagung

Hadiah ini lain macam! Bukan bunga, tapi anak pokok jagung dalam bekas bertanda nama cikgu.
Ringkas, tapi sarat dengan makna yang dalam.
Seperti benih yang disemai, harapan si pemberi adalah agar kasih dan ilmu yang ditanam terus membesar, berbuah, dan memberi manfaat. Rare, segar, dan menyentuh jiwa!
8. Buah Mangga Dengan Ucapan Hari Guru

Pernah terima buah mangga sebesar lengan, siap ditampal gambar cikgu dan ditulis ucapan terus atas kulitnya?
Itulah hadiah rare yang pernah diterima oleh seorang guru semasa bertugas di Sarawak.
Bukan sekadar buah, tapi lambang penghargaan yang ikhlas dan penuh kenangan. Sampai ada yang cadang kupas kulit mangga tu dan simpan dalam frame! Bila cikgu makan, teringat terus pada anak murid tersayang. Harum manis, harum kenangan.
9. Set Lengkap Masak Tomyam

Satu bekas penuh sayur segar, limau nipis, serai, daun limau purut dan siap dengan perencah tomyam! Hadiah ni bukan saja rare, tapi terus boleh ‘dimasukkan’ ke dalam periuk.
Tak payah fikir menu makan malam dah,tinggal campak je bahan.
Hadiah macam ni memang winn, kenyang perut, terubat hati. Kreatif betul ibu bapa zaman sekarang, faham sangat keperluan harian!
10. Kelapa Muda dengan Ukir Ucapan

Dua biji kelapa muda besar dihadiahkan sempena Hari Guru. Siap diukir tangan dengan ucapan “Selamat Hari Guru”.
Hadiah ini bukan saja menyegarkan, tapi cukup luar biasa dan kreatif!
Bayangkan penat mengajar, dapat pula air kelapa muda original terus dari ladang. Segar di tekak, sejuk di hati. Hadiah ini bukti kasih yang jujur dan tradisi kampung yang masih hidup.
11. Hadiah Rotan Bersempena Hari Guru

Anak murid ini datang bawa hadiah rotan siap dihias riben dan pen marker! Kreatif sungguh antara hadiah paling ‘mengejutkan’ tahun ini.
Siap maknya sempat risau takut rotan tu ‘berbalik makan’ si pemberi.
Walaupun rotan dulu simbol tegas dan disiplin, kali ini ia jadi hadiah rare penuh makna.
Gabungan hormat, kenangan dan senyuman. Bila cikgu senyum terima rotan, murid pun terus ingat pesan!
Beberapa Idea Hadiah Rare Hari Guru yang Lain
Kalau nak cari sesuatu yang unik, kelakar dan penuh makna untuk diberikan kepada insan bergelar pendidik, ini antara idea hadiah rare Hari Guru yang boleh dijadikan inspirasi.
Yang penting, tak perlu mahal, tapi biar ikhlas dan memorable:
- Anak pokok herba dalam pasu kecil
- Set rempah ratus kampung
- Roti jala homemade dalam tupperware
- Satu bakul telur kampung
- Petai segar siap ikat
- Keropok lekor mentah untuk digoreng
- Sebungkus ikan bilis dan kacang
- Tuala kecil sulam nama cikgu
- Raga anyaman rotan
- Tapai pulut dalam daun getah
- Satu set bahan cucur udang
- Kuih tradisional rare seperti penyaram
- Sirap homemade dalam botol kaca
- Gambar kenangan murid dibingkaikan
- Rehal kayu buatan tangan
- Satu set benih sayuran untuk ditanam
- Buah asam gelugor kering dalam botol
- Bekas minyak masak yang dikitar semula
- Bunga kampung dalam gelas plastik
- Topi jerami untuk cikgu yang suka berkebun
Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Artikel berkaitan: