HomeAgamaPuasa Arafah 2024: Tarikh Puasa Sunat, Niat dan Kelebihan 

Puasa Arafah 2024: Tarikh Puasa Sunat, Niat dan Kelebihan 

Puasa Arafah merupakan puasa sunat yang sangat dianjurkan bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji.

Puasa Sunat Arafah merupakan antara puasa sunat yang sangat digalakkan selain daripada Puasa Sunat Enam Syawal, Puasa Hari Tasu’a dan ‘Asyura, Puasa Sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh) dan lain-lain.

Oleh yang demikian, marilah kita merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. 

Apa Itu Hari Arafah?

Hari Arafah adalah salah satu hari yang paling mulia dalam kalendar Islam, jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. 

Hari ini adalah hari di mana para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan rukun haji yang dikenali sebagai wukuf di Arafah. 

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka digalakkan untuk berpuasa pada hari ini.

Tarikh Hari Arafah 2024 Di Malaysia

Menurut Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, penentuan tarikh Hari Arafah bagi umat Islam di Malaysia adalah berdasarkan kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan oleh Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Beliau turut menjelaskan bahawa penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing. 

Di Malaysia, tarikh 9 Zulhijjah ditetapkan melalui kaedah rukyah dan hisab. Pada tahun 2024, 9 Zulhijjah jatuh pada Ahad, 16 Jun.


Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin berpuasa sunat Arafah, adalah pada hari Ahad.

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa sunat pada Hari Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah, mempunyai banyak kelebihan dan manfaat besar bagi umat Islam. 

Antara kelebihan puasa ini adalah penghapusan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah : “Puasa pada hari tersebut (Hari ‘Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim,1977)

Puasa Arafah JAKIM


Selain itu, Hari Arafah adalah hari di mana doa-doa sangat mustajab dan diterima oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” (Riwayat al-Tirmizi).

Hari ini juga dikenali sebagai hari pembebasan dari api neraka, di mana Allah SWT membebaskan ramai hamba-Nya dari azab neraka​.

Puasa pada hari Arafah disyariatkan sebagai puasa sunat yang ditentukan waktunya, dan ia sangat digalakkan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. 

Oleh itu, umat Islam seharusnya memanfaatkan hari yang penuh keberkatan ini dengan berpuasa, berdoa, dan memperbanyakkan ibadah serta zikir untuk meraih rahmat dan keampunan dari Allah SWT​ 

Kesimpulan daripada kelebihan puasa hari arafah adalah;

  • Puasa Arafah adalah satu ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.
  • Memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadah haji supaya mereka mendapat fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
  • Tarikh 9 Zulhijjah adalah termasuk dalam 10 hari terawal di bulan Zulhijjah dan sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dilakukan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding pada bulan yang lain.
  • Digalakkan untuk membanyakkan doa seperti dalam riwayat Imam Malik iaitu Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”
Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

“Sahaja aku puasa sunat Hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Panduan lengkap lafaz niat bahasa Arab dan bahasa Melayu adalah sebagaimana berikut;

Cara Niat Puasa Pada Hari Arafah

Puasa Ganti (Qadha) Ramadhan Pada Hari Arafah

Menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, seseorang boleh berniat puasa sunat Arafah bersama puasa qadha, nazar, atau kafarah. Kedua-dua niat puasa ini sah dan diterima oleh Allah SWT.

Pandangan ini selari dengan Mufti Wilayah Persekutuan di mana jika seseorang berniat untuk menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal pada hari Arafah, ia juga boleh berniat untuk puasa sunat Arafah. Dengan niat ini, kedua-dua puasa tersebut sah dan mendapat ganjaran untuk kedua-duanya

Jika hanya berniat puasa qadha pada hari Arafah, tetap mendapat pahala puasa sunat Arafah kerana hari tersebut adalah hari Arafah. Ini disokong oleh Imam As-Suyuthi dan Mufti Mesir.

Niat Puasa Arafah dan Puasa Ganti Ramadhan

“Sahaja aku berpuasa esok hari sunat arafah dan qadha puasa ramadhan kerana Allah Taala”

Doa Hari Arafah 2024 (Infografik JAKIM)

Sebaik-baik Doa di Hari Arafah

Sebaik-baik doa Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” [HR Tirmizi, 3585]

Himpunan Doa Pilihan

Berikut juga adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda; 

1. Doa Memohon Kejayaan dan Keselamatan dari Neraka

  • Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  • Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  • Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

2. Doa Memohon Keimanan dan Keberkatan

  • Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  • Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  • Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

3. Doa Memohon Pengampunan dan Rahmat

  • Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  • Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
  • Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

4. Doa Memohon Keselamatan dan Perlindungan

  • Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  • Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  • Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

5. Doa Memohon Kekuatan dan Ketabahan

  • Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  • Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
  • Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat dpt bangun Tahajjud setiap malam.

6. Doa Memohon Kecintaan dan Kesyukuran

  • Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  • Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  • Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

7. Doa Memohon Kebahagiaan Keluarga

  • Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  • Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  • Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

8. Doa Memohon Keselamatan dari Fitnah dan Azab

  • Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  • Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  • Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

9. Doa Memohon Kemudahan dalam Ibadah dan Amal

  • Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
  • Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  • Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Kredit: #fb Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Rujukan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments