Kerajaan Negeri Terengganu Umum Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
Kerajaan Negeri Terengganu membawa khabar gembira menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 apabila mengisytiharkan Ahad, 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) khas untuk seluruh rakyat negeri ini.
Langkah ini merupakan satu inisiatif prihatin oleh kerajaan negeri untuk membolehkan rakyat Terengganu membuat persiapan raya, mengurangkan kesesakan jalan raya, serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
30 Mac 2025 Diisytihar Cuti Peristiwa Aidilfitri di Terengganu
Pengumuman rasmi ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, melalui satu kenyataan media dan hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada 25 Mac 2025.
“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad iaitu 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi. Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”
— YAB Menteri Besar Terengganu

Jadual Cuti Panjang (Long Weekend) Aidilfitri Terengganu
Berdasarkan jangkaan tarikh 1 Syawal dan cuti peristiwa yang diumumkan, berikut adalah jadual cuti panjang untuk rakyat Terengganu:
| Tarikh | Hari | Jenis Cuti |
| 28 Mac 2025 | Jumaat | Cuti Hujung Minggu |
| 29 Mac 2025 | Sabtu | Cuti Hujung Minggu |
| 30 Mac 2025 | Ahad | Cuti Peristiwa Aidilfitri |
| 31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)* |
| 01 April 2025 | Selasa | Hari Raya Kedua (2 Syawal)* |
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 (1 Syawal 1446H)

Berdasarkan Kalendar Islam 2025 oleh JAKIM, 1 Syawal 1446 dijangka jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025, diikuti 2 Syawal pada Selasa, 1 April 2025.
Pengesahan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses rukyah dan hisab, menurut amalan rasmi yang dipandu oleh JAKIM dan Majlis Raja-Raja.
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa dibuat pada malam 29 Ramadan 1446H (Ahad malam 30 Mac 2025) melalui siaran televisyen selepas melihat anak bulan, berdasarkan cerapan di lokasi rasmi oleh pihak berkuasa falak.
Cuti Tambahan KPM Untuk Sekolah Bagi Negeri Terengganu Sempena Hari Raya Puasa 2025
Sekolah-sekolah di Terengganu akan menikmati cuti panjang selama 9 hari berturut-turut sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
Cuti ini adalah hasil gabungan cuti umum, cuti hujung minggu dan cuti tambahan KPM yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terengganu Termasuk Dalam Negeri Kumpulan A
Negeri Terengganu tergolong dalam Kumpulan A selain daripada Kedah dan Kelantan mengikut pengkelasan Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka, cuti sekolah bagi sesi 2025/2026 akan berjalan seperti berikut:
| Hari | Tarikh | Jenis Cuti |
| Jumaat | 28 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
| Sabtu | 29 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
| Ahad | 30 Mac 2025 | Cuti Tambahan KPM (termasuk Cuti Peristiwa Negeri) |
| Isnin | 31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) |
| Selasa | 1 April 2025 | Hari Raya Kedua (2 Syawal) |
| Rabu | 2 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
| Khamis | 3 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
| Jumaat | 4 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
| Sabtu | 5 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |

Notis Rasmi Sekolah
Pihak sekolah kebiasaannya akan mengeluarkan memo atau surat rasmi kepada ibu bapa bagi memaklumkan:
- Tarikh cuti rasmi dan tambahan
- Tarikh kembali ke sekolah
- Garis panduan keselamatan perjalanan pulang ke kampung
