HomeInfoBiasiswa Diploma Politeknik Awam Malaysia 2025 Yayasan Kuok

Biasiswa Diploma Politeknik Awam Malaysia 2025 Yayasan Kuok

Peluang Biasiswa Diploma untuk Pelajar Politeknik!!

Yayasan Kuok Berhad kini menawarkan Biasiswa Diploma 2025 khas untuk pelajar Politeknik Malaysia! 

Jika anda sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan memerlukan bantuan kewangan, inilah peluang emas untuk anda.

Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan ringankan beban kewangan anda.

Maklumat Umum Biasiswa Diploma Politeknik Yayasan Kuok Berhad

​Biasiswa Diploma Politeknik Yayasan Kuok adalah inisiatif oleh Yayasan Kuok Berhad untuk memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang mengikuti program diploma di Politeknik Awam Malaysia.

Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong pelajar yang memerlukan dan berpotensi, memastikan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibebani masalah kewangan.​

  • Kelayakan: Pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan atau sedang mengikuti pengajian diploma di mana-mana politeknik kerajaan di Malaysia layak untuk memohon. Untuk maklumat terperinci berkaitan kriteria kelayakan bagi biasiswa ini, sila rujuk maklumat di bawah seperti syarat permohonan, cara permohonan, dokumen yang diperlunkan dan lain-lain.
  • Permohonan: Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian.  Semua permohonan mesti dihantar sebelum tarikh tutup yang dinyatakan dalam pengumuman rasmi. Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  • Jenis Biasiswa:  Biasiswa berbentuk geran pengajian, tanpa ikatan perkhidmatan.
  • Jumlah Biasiswa:  Sehingga RM12,000 setahun.

Tarikh-Tarikh Penting Biasiswa

​Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan Biasiswa Diploma Politeknik Yayasan Kuok Berhad untuk tahun 2025:​

  • Tarikh Buka Permohonan Dalam Talian: 10 Mac 2025​
  • Tarikh Tutup Permohonan Dalam Talian: 2 April 2025​
  • Tarikh Akhir Penyerahan Borang Bercetak: 9 April 2025​

Pastikan anda menghantar permohonan dalam talian sebelum 2 April 2025 dan menyerahkan borang bercetak bersama dokumen sokongan sebelum atau pada 9 April 2025. ​

Syarat Permohonan

  1. Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon.
  2. Pemohon mesti mempunyai kelayakan akademik yang baik dan aktif dalam pengajian.
  3. Biasiswa Yayasan Kuok hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

Cara Permohonan

  • Semua permohonan mestilah dibuat melalui Sistem Permohonan Dalam Talian Yayasan Kuok melalui laman https://apply.kuokfoundation.org/ .
  • Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon perlu mencetak borang permohonan lengkap dan menghantarnya ke Yayasan selewat-lewatnya 1 minggu selepas tarikh tutup permohonan dalam talian.
  • Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Biasiswa Untuk Diploma 2025 Politeknik Awam Malaysia (Yayasan Kuok)

Dokumen yang Diperlukan

Pemohon mesti menyertakan salinan dokumen berikut bersama borang permohonan bercetak:

1) Pemohon

  • Surat tawaran kemasukan ke politeknik.
  • Sijil SPM atau setaraf*
  • Keputusan terkini politeknik*
  • Testimoni sekolah dan sijil berhenti sekolah.
  • Kad pengenalan dan sijil kelahiran.

*Salinan yang disahkan benar diperlukan.

2) Ibu Bapa / Penjaga

  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga atau sijil kematian jika telah meninggal dunia.
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ibu bapa / penjaga, jika berkenaan.
  • Bukti pendapatan ibu bapa / penjaga:
    • Set lengkap Borang Cukai Pendapatan B / BE, Borang EA untuk 2 tahun terakhir.
    • Slip gaji rasmi bagi 3 bulan terakhir.
    • Bukti pendapatan lain seperti surat daripada majikan (mesti dicetak di atas kepala surat rasmi syarikat dan menyertakan nama penuh serta nombor telefon majikan).
    • Penyata pencen terkini, jika ada.
    • Bantuan kewangan lain seperti Perkeso (SOCSO), Baitulmal, atau persatuan lain.
  • Penyata KWSP (EPF) terkini ibu bapa / penjaga, jika ada.

3) Adik-Beradik

  • Sijil kelahiran semua adik-beradik.
  • Jika adik-beradik bekerja, sila sertakan:
    • Set lengkap Borang Cukai Pendapatan B / BE, Borang EA bagi 2 tahun terakhir.
    • Slip gaji rasmi bagi 3 bulan terakhir.
    • Bukti pendapatan lain seperti surat daripada majikan.
  • Jika adik-beradik masih belajar di kolej/universiti/institusi pengajian tinggi, sila sertakan surat pengesahan pelajar atau dokumen berkaitan.

4) Dokumen Lain

  • Bil elektrik rumah pemohon bagi 2 bulan terakhir.

Rujukan (Referees)

  • Individu yang dinyatakan dalam Bahagian 10 borang permohonan mesti mampu memberikan maklumat mengenai latar belakang keluarga pemohon apabila diminta oleh Yayasan.
  • Rujukan tersebut juga mesti boleh dihubungi melalui telefon dalam waktu pejabat.
  • Pemohon perlu memastikan nombor telefon yang diberikan adalah sah dan betul.

Penghantaran Dokumen dan Maklumat

  1. Semua dokumen dan maklumat yang diperlukan mesti dilampirkan bersama permohonan.
  2. Jika dokumen yang diperlukan tidak tersedia pada masa penghantaran permohonan, pemohon mesti memberikan penjelasan dan menghantarnya dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh tutup penghantaran borang bercetak.
  3. Nama pemohon dan politeknik yang dihadiri mesti dinyatakan semasa menghantar dokumen.
  4. Semua dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan, tanpa mengira keputusan permohonan.
  5. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Proses Pemilihan dan Temuduga

  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.
  • Pemohon perlu memastikan alamat e-mel dan nombor telefon mereka diberikan dengan betul, bagi membolehkan pihak Yayasan menghubungi mereka sekiranya terpilih.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Kuok;

Alamat Pejabat Yayasan Kuok:

Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower
No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

  • Contact Number: +603-27118428
  • Fax Number: +603-27250128

Lihat Juga:
Program Ijazah Lanjutan (PIL) 2025: Syarat dan Permohonan
– Biasiswa Kuok Foundation 2025: Universiti Singapura & British
Biasiswa Grab Scholar 2025

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments