HomeZakat FitrahZakat Fitrah Johor 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Johor 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri Johor untuk tahun 1446H / 2025M.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kadar itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini.

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

Bagi memudahkan umat Islam, bayaran zakat fitrah boleh dibuat secara dalam talian menerusi zakat online payment dan aplikasi TULUS atau terus ke kaunter MAINJ di setiap cawangan atau daerah membayar kepada amil dilantik.

Rakyat dan Bangsa Johor digalakkan menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor 1446H / 2025M

Kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan jenis dan harga beras yang menjadi makanan harian umat Islam di negeri ini, iaitu bersamaan dengan satu gantang Baghdad (2.6 kg beras).

KadarJenis Beras
RM 7.00Beras Super Special Tempatan & Beras Hancur.
RM 12.00Beras Import (Thailand, Pakistan, Vietnam).
RM 20.00Beras Basmathi, Super Wangi, dan Ponnies.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7, RM12 dan RM20.

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7, manakala RM12 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis super special tempatan (beras import) seperti beras putih import (Thai), Thai Super Special dan beras putih import Pakistan.

Bayaran RM20 pula dikenakan bagi mereka yang menjadikan beras selain super special tempatan (beras import) sebagai makanan harian, seperti beras basmathi import dan super wangi.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor 1446 - 2025

Saluran dan Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Negeri Johor 2025

Bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah, MAINJ telah menyediakan tiga kaedah pembayaran seperti berikut:

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadat zakat fitrah pada tahun ini, MAINJ telah menetapkan 3 kaedah pembayaran sebagaimana berikut;

Zakat Johor Online Payment:

Aplikasi TULUS:

2. Melalui Amil Zakat Fitrah

Bayaran boleh dibuat kepada 1,637 amil bertauliah yang dilantik oleh MAINJ di seluruh Johor, secara tunai atau imbasan QR Code DuitNow.

3. Melalui Kaunter Zakat MAINJ

Umat Islam juga boleh menunaikan zakat fitrah di kaunter MAINJ yang terdapat di:

  • Semua daerah di Johor.
  • Kaunter bergerak MAINJ.
  • Kaunter UTC MAINJ (Kotaraya & Pasir Gudang)

Resit Zakat Fitrah Negeri Johor 2025

Resit Zakat Fitrah Johor 2025

Resit zakat fitrah Negeri Johor bagi tahun 1446H / 2025M mempunyai warna yang berbeza mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Warna Resit & Kadar Zakat Fitrah

  1. Resit Hijau (RM7.00)
    • Untuk mereka yang menjadikan beras tempatan sebagai makanan harian, seperti Super Special Tempatan dan beras hancur.
  2. Resit Merah (RM12.00)
    • Bagi umat Islam yang menjadikan beras import sebagai makanan harian, seperti beras putih import dari Thailand, Pakistan, dan Vietnam.
  3. Resit Biru (RM20.00)
    • Untuk mereka yang menjadikan beras premium seperti Basmathi, Super Wangi, dan Ponnies sebagai makanan harian.

Nota: Pastikan pembayaran dibuat kepada amil bertauliah dan dapatkan resit rasmi MAINJ sebagai bukti pembayaran zakat fitrah anda.

Peringatan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tentang Zakat Fitrah Bagi Rakyat Johor

  1. Umat Islam yang bermukim di negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di negeri Johor.
  2. Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
  3. Bayaran   fitrah   hendaklah   dibayar   kepada amil   bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada MAINJ.
  4. Memastikan  setiap  pembayaran  zakat   fitrah  menerima  resit  rasmi MAINJ.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk maklumat berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatjohor
Laman Webhttps://www.maij.gov.my/
Telefon07-224 3918
Emel[email protected]

Soalan Lazim (FAQ) Zakat Fitrah Johor 2025

1. Berapakah kadar zakat fitrah bagi Negeri Johor tahun 2025 / 1446H?

RM7.00 – Beras Super Special Tempatan & Beras Hancur.
RM12.00 – Beras Import (Thailand, Pakistan, Vietnam).
RM20.00 – Beras Basmathi, Super Wangi, dan Ponnies.

2. Bagaimana cara untuk membayar zakat fitrah?

– Secara atas talian (online):
1) Fast Pay: Klik di sini
2) E-Payment: Klik di sini
3) Aplikasi TULUS: Muat turun di sini

– Melalui amil bertauliah yang dilantik oleh MAINJ (secara tunai atau QR Code DuitNow).
– Di kaunter zakat MAINJ di setiap daerah, termasuk kaunter bergerak & UTC MAINJ (Kotaraya & Pasir Gudang).

3. Bilakah waktu untuk membayar zakat fitrah?

Waktu pembayaran zakat fitrah bermula awal bulan Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri.

4. Apakah hukum zakat fitrah?

Zakat fitrah adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang berkemampuan. Ia berfungsi sebagai penyucian diri dan membantu golongan asnaf fakir serta miskin.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments