HomeKewanganProgram Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2024

Program Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2024

Lepasan SPM 2023 yang dapat keputusan cemerlang boleh memohon penajaan pinjaman pelajaran bolehubah di bawah program Pembangunan Bakat Muda / Young Talent Development Programme (YTP)  untuk sambung belajar dimana-mana IPT termasuk pusat TVET MARA yang terpilih.

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan  bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti luar negara yang terpilih mengikut bidang tertentu.

Maklumat permohonan bagi Young Talent Development Programme (YTP) adalah sebagaimana berikut;

Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi mengikuti pengajian bermula di peringkat Persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti luar negara yang terpilih mengikut bidang tertentu.

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Iklan Young Talent Development Programme (YTP MARA 2024)

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka selama 15 hari mulai 27 Mei 2024 (Isnin) sehingga 10 Jun 2024 (Isnin), 12.00 tengah hari.

Syarat Kelayakan 

Pemohon yang berminat bagi  Young Talent Development Programme (YTP) mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:- 

Syarat Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.
  3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. ​​Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

Syarat Khusus

  1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.
  2. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
  3. Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.
  4. Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel.

Senarai Bidang / Kursus Di Bawah Program YTP MARA

Senarai program, syarat kelayakan dan maklumat pengajian yang telah ditetapkan adalah seperti di Lampiran GP2.

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada permohonan secara manual/borang.

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan : https://educationloan.mara.gov.my bermula 27 Mei 2024 (Isnin) sehingga 10 Jun 2024 (Isnin), 12.00 tengah hari.

Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami manual Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) sebelum mengisi maklumat. Maklumat hendaklah diisi dengan lengkap sebelum dihantar.

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program.

Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini.

Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan atau/dan lewat adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar dan di sistem MyEduloan.

MARA pada bila-bila masa boleh membuat sebarang perubahan kepada tawaran permohonan ini termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.

MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu sekiranya didapati perlu atau/dan pemohon memberi maklumat palsu.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

  1. Mengenai program, sila e-mel ke : [email protected]
  2. Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]

Maklumat lanjut berkaitan Young Talent Development Programme (YTP) Lepasan SPM 2023;

Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai Young Talent Development Programme (YTP) Lepasan SPM 2023;

Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman
pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat
(MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
bagi mengikuti pengajian bermula di peringkat Persediaan hingga ke peringkat
Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti
luar negara yang terpilih mengikut bidang tertentu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang
diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon YTP?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA,
https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih
dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu
MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN YTP yang
disediakan sebelum membuat permohonan.

Bilakah permohonan YTP akan dibuka?

Permohonan dibuka selama 15 hari mulai 27 Mei 2024 (Isnin) sehingga 10 Jun
2024 (Isnin), 12.00 tengah hari.

Dimanakah saya boleh menyemak senarai kursus dan IPT terpilih yang
ditetapkan oleh pihak MARA?

Senarai program, syarat kelayakan dan maklumat pengajian yang telah ditetapkan
boleh dirujuk pada Lampiran GP2.

Apakah syarat kelayakan akademik untuk melayakkan saya DITAWARKAN
Program YTP?

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam
negara dan Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM
2023.

Saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2022. Bolehkah saya memohon?


Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah
menduduki SPM 2023 buat kali pertama sahaja.


Artikel Berkaitan:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments