Maulidur Rasul disambut setiap 12 Rabiulawal bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pada tahun 2025, tarikh sambutan jatuh pada 5 September 2025 (Jumaat) bersamaan 12 Rabiulawal 1447H. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh ini merupakan cuti umum di seluruh Malaysia.
Sambutan pada tahun ini ialah bertemakan “Membangun Ummah Madani”. Tema ini menyeru umat Islam membina masyarakat seimbang, inklusif dan berakhlak mulia, serta berpaksikan nilai Islam sejagat.
Tema Maulidur Rasul 2025
“Membangun Ummah Madani” membawa mesej penting kepada seluruh umat Islam. Kita bukan sahaja dituntut untuk mengamalkan akhlak mulia, tetapi juga membina peradaban moden yang harmoni.
Tema ini selari dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan kemajuan berteraskan nilai.
Ia juga mengangkat prinsip keadilan sosial serta kesejahteraan sejagat sebagai teras membentuk masyarakat seimbang.
Ucapan Salam Maulidur Rasul 2025
(Media Sosial/WhatsApp)
- Salam Maulidur Rasul 2025. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga mendapat syafaat baginda.
- Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H. Semoga cinta kita kepada Rasulullah terus mekar dan menjadi inspirasi hidup berakhlak mulia.
- Salam Maulidur Rasul. Semoga hati kita sentiasa terpaut kepada sunnah dan ajaran baginda.
- Selamat Maulidur Rasul 2025. Jadikan hari mulia ini sebagai permulaan hidup yang lebih berkat.
- Salam Maulidur Rasul 1447H. Semoga kasih kita kepada Nabi menambah iman dan taqwa.
- Salam Maulidur Rasul. Semoga doa dan selawat kita diterima serta menjadi cahaya di dunia dan akhirat.
- Selamat menyambut Maulidur Rasul 2025. Moga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
Ucapan Formal
Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H/2025M dengan tema “Membangun Ummah Madani”.
Semoga sambutan ini mengukuhkan perpaduan, menambah kecintaan kepada Rasulullah SAW serta membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam.
Salam Maulidur Rasul | 12 Rabiulawal 1447H
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah Al-Ahzab: 56)
Ucapan Doa
Ya Allah, berkatilah kami dengan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Jadikanlah kami umat yang sentiasa berselawat, mencontohi akhlak baginda, dan diberi kekuatan untuk membina ummah madani yang dirahmati.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H /2025M.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Dengan keberkatan dan kemuliaan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kami memohon agar negara kami sentiasa aman, damai dan dilimpahi rahmat-Mu.
Kurniakanlah keberkatan dalam kehidupan rakyat, satukanlah hati kami, dan jauhkanlah segala ancaman yang boleh memecah-belahkan ummah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Ucapan Doa Ringkas
- Ya Allah, tambahkanlah kecintaan kami kepada Nabi Muhammad SAW dan jadikanlah kami umat yang istiqamah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
- Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, ibu bapa kami, dan seluruh umat Islam yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
- Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada negara kami agar sentiasa aman, makmur, dan diberkati sepanjang masa.
Pantun Salam Maulidur Rasul 2025
| Sayang senduduk berbunga pagi, Ambil daunnya dibuat ubat; Apa tanda kasihkan nabi, Jika tidak banyakkan selawat. |
| Nabi Muhammad junjungan Ummat, Membawa rahmat membawa berkat; Marilah kita banyakkan selawat, Untuk syafaat di hari akhirat. |
| Rabiul awal menjelma lagi, Bulan kelahiran nabi kita; Banyakkan selawat ke atas nabi, Tanda bukti sayang dan cinta. |
| Anak helang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah ia; Pengorbanan nabi kita sanjungi, Membawa Ummat menuju Syurga. |
| Pohon selasih di tepi perigi, Hujung dahan ada bunganya; Pengorbanan nabi begitu tinggi, Untuk Ummatnya hidup sejahtera |
| Hiasan meja si kain renda, Sulaman tangan ibu saudara; Contohi sifat akhlak Baginda, Agar hidup kita sejahtera. |
| Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Apa guna kita berjaya, Jika nabi tidak diikut. |
| Pelangi petang selepas hujan, Cuaca sejuk diwaktu malam; Nabi Muhammad diutuskan Tuhan, Membawa Rahmat seluruh Alam. |
| Pokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Baginda hebat di medan perang, Sehingga musuh sangat hormati. |
Poster Maulidur Rasul 2025/1447H




Semoga pantun dan ucapan salam Maulidur Rasul ini memberikan inspirasi buat anda.
Kredit Pantun: theinspirasi.my
