HomeInfoTema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024 

Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024 

Majlis pelancaran tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 telah di adakan di Putrajaya pada 5 Jun 2024 (Rabu).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Logo Malaysia Madani sekali lagi dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Rabu.

Dalam majlis pengumuman Logo dan Tema HKHM 2024 yang dilakukan, YBM Fahmi turut menyatakan harapan agar logo dan tema HKHM 2024 dapat disebar luas untuk menggelorakan sambutan hari bermakna ini.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 

“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” telah dipilih untuk  tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 

Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Penjelasan Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Malaysia Madani jiwa merdeka

Penjelasan Logo

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Penjelasan Tema

Malaysia Madani merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Download Logo Malaysia Madani Jiwa Merdeka

Untuk mendapatkan resolusi gambar yang cantik dan bagus dalam format pdf, png dan ai, anda boleh memuat turun (download) dari laman web Malaysia360 sebagaimana berikut;

Rasional Tema

Perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024

Lokasi sambutan:

  • Hari Kebangsaan (31 Ogos): Putrajaya
  • Hari Malaysia (16 Sept): Sabah

Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia. 

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Antara Acara:

  • Program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024
  • Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibaran Jalur Gemilang 2024
  • Kembara Merdeka Jalur Gemilang
  • Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI
  • Semarak Gemilang Kita MADANI
  • Perkampungan MADANI
  • Pentarama
  • Live Jam

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang

Sebagai sebahagian daripada takwim sambutan HKHM, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai ini. 

Majlis ini bertujuan untuk mengira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Putrajaya dan meneruskan semangat patriotik hingga Hari Malaysia pada 16 September di Sabah.

Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang

Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang akan terus dijalankan untuk menterjemahkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. 

Menteri Komunikasi menggesa semua rakyat untuk menghias rumah mereka dengan Jalur Gemilang yang sempurna, sebagai gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Senarai Tema Hari Kebangsaan Yang Lepas

  • 2023 – Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
  • 2022 – Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
  • 2020-2021 – Malaysia Prihatin
  • 2019 – Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
  • 2018 – Sayangi Malaysiaku
  • 2017 – Negaraku Sehati Sejiwa
  • 2015-2016 – Sehati Sejiwa
  • 2014 – Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2013 – Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
  • 2012 – 1Malaysia. Janji Ditepati
  • 2011 – 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
  • 2010 – 1Malaysia Menjana Tranformasi
  • 2009 – 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
  • 2008 – Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2007 – Malaysiaku Gemilang
  • 2000-2006 – Keranamu Malaysia
  • 1999 – Bersatu Ke Alaf Baru
  • 1998 – Negara Kita Tanggungjawab Kita
  • 1997 – Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
  • 1996 – Budaya Penentu Kecapaian
  • 1995 – Jatidiri Penggerak Wawasan
  • 1994 – Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1993 – Bersatu Menuju Wawasan
  • 1992 – Wawasan Asas Kejayaan
  • 1991 – Wawasan 2020
  • 1990 – Berjaya
  • 1988-1989 – Bersatu
  • 1987 – Setia Bersatu Berusaha Maju
  • 1986 – Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1985 – Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1984 – Amanah Asas Kejayaan
  • 1983 – Bersama ke Arah Kemajuan
  • 1982 – Berdisiplin Giat Maju
  • 1981 – Berdisiplin Berharmoni
  • 1980 – Berdisiplin Berbakti
  • 1979 – Bersatu Berdisiplin
  • 1978 – Kebudayaan Seni Perpaduan
  • 1977 – 20 Tahun Bersatu Maju
  • 1976 – Ketahanan Rakyat
  • 1975 – Masyarakat Berdikari
  • 1974 – Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1973 – Masyarakat Kebudayaan Malaysia
  • 1972 – Masyarakat Adil
  • 1971 – Masyarakat Progresif
  • 1970 – Muhibah dan Perpaduan

Lihat juga;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments