Aliran trafik dijangka cecah 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Aidilfitri 2025. PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi sepanjang lebuh raya bagi membantu penyuraian kesesakan trafik dan memastikan perjalanan lebih lancar.
Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan oleh PLUS.
Selain itu, penggunaan aplikasi MyPLUS-TTA juga digalakkan bagi mendapatkan maklumat trafik terkini dan laluan alternatif yang lebih efisien.
Sebagai langkah tambahan, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di lokasi-lokasi strategik bagi membolehkan aliran trafik lebih lancar dan mengurangkan kesesakan di kawasan tumpuan. Laluan ini akan ditandai dengan lampu hijau berkelip dan papan tanda khas untuk memastikan pengguna lebuh raya dapat mengenal pasti dan menggunakannya dengan selamat.
Dah Bayar Zakat Fitrah? Lihat Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri & Cara Bayaran Online
Apakah Smart Lane?

Smart Lane merupakan sistem pengaktifan lorong paling kiri di Lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal bagi meningkatkan kapasiti lebuh raya, terutamanya di kawasan yang sering mengalami kesesakan.
Ia diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk menyuraikan aliran trafik dan mempercepatkan perjalanan pengguna pada waktu puncak.
Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 2019 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum diperluaskan ke lebih banyak lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS.
Berbeza dengan pembukaan lorong kecemasan secara rawak, Smart Lane dilaksanakan melalui perancangan rapi serta pemantauan berterusan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Hanya lokasi tertentu yang dikenal pasti mengalami kesesakan kritikal akan diaktifkan sebagai laluan SmartLane, dan penggunaannya dikawal dengan papan tanda serta lampu hijau berkelip untuk memastikan kelancaran lalu lintas.
Sehingga kini, PLUS Malaysia Berhad terus memperluaskan penggunaan Smart Lane sebagai sebahagian daripada inisiatif mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati lebih 70% pengguna lebuh raya bersetuju bahawa SmartLane membantu mengurangkan kesesakan dengan ketara.
Namun, keberkesanan sistem ini memerlukan kerjasama dan kesedaran daripada semua pengguna jalan raya. Masih terdapat segelintir pemandu yang kurang memahami fungsi SmartLane, menyebabkan kekeliruan atau gangguan kepada pengguna yang mengikuti arahan dengan betul.
Bagi meningkatkan pemahaman masyarakat, pihak PLUS giat menjalankan kempen kesedaran dan menyediakan pelbagai saluran maklumat agar lebih ramai pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan sistem ini dengan selamat dan berkesan.
Tarikh Pengaktifan
Berdasarkan maklumat terkini, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan Smart Lane di 28 lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sempena musim perayaan Aidilfitri 2025.
Pengaktifan ini bertujuan untuk menyuraikan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak.
- Sebelum Aidilfitri: 27 hingga 29 Mac 2025
- Selepas Aidilfitri: 4 hingga 6 April 2025
Pengaktifan SmartLane Sempena Aidilfitri 2025

PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi sepanjang lebuh raya bagi membantu penyuraian kesesakan trafik sempena musim perayaan Aidilfitri.
Pengaktifan kali ini turut melibatkan tiga lokasi tambahan berbanding 25 lokasi yang telah digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu. Lokasi tambahan tersebut adalah:
- Lingkaran Putrajaya (KM P3.0 – KM 4.0, arah timur)
- Pedas Linggi – Senawang (KM 244 – KM 248.5, arah utara)
- Tangkak – Jasin (KM 174 – KM 180.2, arah utara)
Senarai Lokasi Smart Lane Sempena Aidilfitri 2025
Berikut adalah senarai dan lokasi SmartLane PLUS Raya
Perak, Selangor, Negeri Sembilan & Putrajaya (Wilayah Tengah)
- Gua Tempurung – Gopeng (KM 303.2 – KM 297, Arah Utara)
- Slim River – Sungkai (KM 367.3 – KM 354, Arah Utara)
- Sungkai – Slim River (KM 354 – KM 356, Arah Selatan)
- R&R Rawang – Sg Buaya (KM 439.5 – KM 435.5, Arah Utara)
- Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang (KM 437.1 – KM 443.3, Arah Selatan)
- Setia Alam – Shah Alam (KM 4.3 – KM 8.1, Arah Utara)
- Shah Alam – Setia Alam (KM 8.4 – KM 7, Arah Selatan)
- Susur Keluar Petron, NKVE – Subang (KM 11.2 – KM 13.3, Arah Utara)
- Nilai – R&R Seremban (KM 280 – KM 276, Arah Selatan)
- Putra Mahkota – Southville (KM 289.4 – KM 292.6, Arah Utara)
- Southville – Putra Mahkota (KM 293.5 – KM 289.5, Arah Selatan)
- OBR USJ – Seafield (KM 8.2 – KM 5.4, Arah Utara)
- Bandar Saujana Putra – Putra Heights (KM 16.3 – KM 13.2, Arah Utara)
- Putra Heights – Bandar Saujana Putra (KM 13.85 – KM 15.75, Arah Selatan)
- MEX – Putrajaya Link (KM P7.4 – KM P7.9, Arah Timur)
- Lingkaran Putrajaya (KM P3 – KM 4, Arah Timur)
Pulau Pinang & Kedah (Wilayah Utara)
- Bkt Tambun (U) – Plaza Tol Juru (KM 150.4 – KM 146.6, Arah Utara)
- Bertam – Sg Dua (KM 120.6 – KM 125, Arah Selatan)
- Hentian Sebelah Sg Bakap – Jawi (KM 159.3 – KM 162.7, Arah Selatan)
Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (Wilayah Selatan)
- Port Dickson – Seremban (KM 260 – KM 263.1, Arah Utara)
- Pedas Linggi – Senawang (KM 244 – KM 248.5, Arah Utara)
- Tangkak – Jasin (KM 174 – KM 180.2, Arah Utara)
- Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg Bemban (KM 194.5 – KM 184, Arah Selatan)
- Sedenak – Kulai (KM 27 – KM 34, Arah Utara)
- Senai – Kulai (KM 19 – KM 27, Arah Utara)
- Kulai – Senai (KM 27 – KM 19, Arah Selatan)
- Dato’ Onn – Pasir Gudang (KM 4.5 – KM 1.9, Arah Selatan)
- Pandan – Kempas (KM 0.4 – KM 6, Arah Utara)

Panduan Penggunaan Smartlane PLUS
- Papan Tanda Elektronik Mudah Alih (MPVMS)
- Diletakkan di permulaan laluan SmartLane bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa laluan telah diaktifkan.
- Paparan utama akan menunjukkan mesej “SMART LANE AKTIF” bersama dengan panah arah pergerakan lalu lintas.
- Papan Tanda Mula SmartLane
- Tanda “MULA” akan dipasang di permulaan SmartLane untuk menunjukkan titik mula penggunaan lorong ini.
- Ia dilengkapi dengan lampu hijau berkelip sebagai isyarat bahawa SmartLane sedang diaktifkan dan boleh digunakan oleh kenderaan yang dibenarkan.
- Peraturan Penggunaan SmartLane
- Hanya boleh digunakan apabila lampu hijau berkelip dinyalakan.
- Pengguna perlu mematuhi had laju yang ditetapkan, biasanya sekitar 60 km/j.
- Kenderaan berat dan kenderaan kecemasan tidak dibenarkan menggunakan lorong ini.
- Papan Tanda Tamat SmartLane
- Menandakan laluan SmartLane berakhir dan pengguna perlu kembali ke laluan biasa.
- Pengguna lebuh raya perlu berhati-hati ketika menukar lorong dan memberi isyarat secukupnya.
Berikut adalah rujukan panduan berbentuk video
Sebagai persediaan perjalanan, anda boleh standby dashcam untuk rekodkan perjalanan senaidanya ada perkara buruk berlaku.