HomeBantuanPermohonan Skim Agihan Awal IPT 2025 Zakat Kedah (LZNK)

Permohonan Skim Agihan Awal IPT 2025 Zakat Kedah (LZNK)

Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Luar Negara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merupakan agihan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan pendudukan negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara mengikut syarat-syarat tertentu.

Skim ini dibahagikan kepada dua kategori permohonan iaitu Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Agihan Awal IPT Luar Negara.

Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Pengenalan 

Skim Agihan Awal IPT merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Agihan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak mengikut syarak.

Bentuk Bantuan

LZNK menyediakan bantuan Awal Pengajian (sekaligus – one-off) utk setiap peringkat pengajian yang berbeza mengikut syarat kelayakan.

Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 2025

Jumlah Agihan

Jumlah Agihan Awal IPT ini mengikut peringkat pengajian seperti berikut ;

Dalam Negara

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH AGIHAN
Asasi/Sijil/MatrikulasiRM600.00
DiplomaRM800.00
Ijazah PertamaRM1000.00

Luar Negara

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH AGIHAN
Semua Peringkat(Ijazah Pertama/Master/PhD)RM3,000.00

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara SEPENUH MASA bermula tahun 2025 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
  4. Program pengajian bagi peringkat SEPARUH MASA dan PASCA-SISWAZAH adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  7. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara.
  8. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  9. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan (sila rujuk manual pengguna). 

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Doktor Falsafah secara SEPENUH MASA bermula tahun 2025 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
  4. Program pengajian bagi peringkat SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan.
  7. Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia atau diperakui Pihak berautoriti yang lain seperti kedutaan, Institusi Pengajian atau Persatuan Pelajar berkaitan.
  8. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  9. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan dibuat sepenuhnya secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

www.zakatkedah.com.my  

Klik Menu : APLIKASI ATAS TALIAN >> AGIHAN AWAL IPT >> Pilih DALAM/LUAR NEGARA

Atau terus melalui pautan ;

https://bit.ly/AgihanIPTOnlineZakatKedah

Dokumen Yang Perlu Di Muat Naik (Upload)

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut;

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
  3. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  4. Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  5. Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar)
  6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan/ Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja)

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini sila rujuk

Sumber: Facebook dan Laman Web Lembaga Zakat Negeri Kedah


Lihat Juga:
Bantuan Awal IPT Negeri: Senarai Mengikut Negeri

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments