HomePendidikanRayuan Matrikulasi 2024: Tempoh & Cara Permohonan Online

Rayuan Matrikulasi 2024: Tempoh & Cara Permohonan Online

Rayuan permohonan Matrikulasi 2024 bagi calon yang tidak berjaya.

Sukacitanya semakan keputusan kemasukan untuk Program Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 boleh dibuat mulai Khamis 20 Jun 2024 mulai jam 10.00 pagi di https://matrikulasi.moe.gov.my.

Pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan awal Matrikulasi ini masih berpeluang membuat rayuan secara dalam talian (online).

Rayuan ini membuka peluang kedua untuk mendapatkan tempat dalam Program Matrikulasi. 

Tempoh Rayuan Permohonan Matrikulasi 2024

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan awal, rayuan kemasukan boleh dibuat secara dalam talian bermula dari 20 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024. 

Proses rayuan ini memberikan peluang kedua kepada pelajar untuk mendapatkan tempat dalam Program Matrikulasi KPM.

Semakan Keputusan Calon Jaya Matrikulasi KPM boleh disemak pada 20 Jun 2024 mulai jam 10.00 pagi.

Cara Rayuan Secara Online

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi.

Rayuan Pertukaran Kolej

Pelajar tidak dibenarkan untuk memohon pertukaran kolej kecuali memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Rawatan Perubatan Berkala: Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan.
  2. Adik-beradik di Kolej Berbeza: Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan.
  3. Pertukaran Waris: Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

Semua permohonan rayuan pertukaran kolej juga boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan. 

Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan tempat di kolej-kolej yang dipohon.

Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian dan pelajar boleh membuat semakan melalui pautan yang sama. 

Rayuan Pertukaran Aliran & Jurusan

Bagi pelajar yang berjaya mendapat tawaran tetapi berminat untuk menukar jurusan, permohonan boleh dibuat melalui dua cara:

  • Jurusan Sains SDS ke Jurusan Perakaunan: Permohonan perlu dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing.
  • Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan: Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada bulan Jun 2024.

Kelulusan pertukaran bergantung kepada kekosongan tempat, syarat kelayakan, dan merit jurusan yang dipohon.

Bagaimanakah Aliran Dalam Jurusan Sains Ditentukan?

Penetapan aliran dalam Jurusan Sains ditentukan mengikut kolej masing-masing berdasarkan keputusan SPM. 

Sekiranya pelajar ingin memohon pertukaran aliran, pelajar boleh membuat rayuan terus kepada pengurusan kolej. 

Kaunter Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, KPM menyediakan kaunter pertanyaan di Lobi Blok E15, Kompleks E, W.P. Putrajaya. 

Kaunter ini akan beroperasi dari 20 Jun 2024 hingga 28 Jun 2024, pada hari bekerja sahaja, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang (rehat dari pukul 1.00 petang hingga 2.00 petang).

Para pelajar dan ibu bapa boleh mengunjungi kaunter ini untuk mendapatkan maklumat lanjut atau penjelasan mengenai keputusan kemasukan dan proses rayuan.

Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui media sosial rasmi Program Matrikulasi KPM:

Penangguhan Pendaftaran dan Pengajian

Penangguhan Pendaftaran 

Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguhkan pendaftaran ke Program Matrikulasi kecuali dalam keadaan tertentu seperti masalah kesihatan, kemalangan, atau sebab-sebab lain yang munasabah dengan merujuk kepada pihak pengurusan kolej yang ditawarkan. 

Ini bertujuan untuk memastikan pelajar memulakan pengajian tepat pada masanya dan dapat mengikuti jadual akademik yang telah ditetapkan.

Penangguhan Pengajian 

Bagi pelajar yang telah mendaftar dan mengalami masalah kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan, penangguhan pengajian dibenarkan. 

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan pengajian. 

Permohonan penangguhan ini perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej masing-masing untuk dipertimbangkan.

Yuran Program Matrikulasi 

Antara keistimewaan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah yuran pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan. 

Ibu bapa hanya perlu membayar yuran tertentu sahaja sebagaimana berikut;

Kos Pendaftaran

Yuran Asas

Untuk kebanyakan pelajar, hanya yuran pendaftaran yang dikenakan. Kerajaan menanggung sepenuhnya kos pengajian dan penginapan, memastikan pelajar dapat fokus pada pelajaran mereka tanpa perlu risau tentang kos tambahan.

Yuran Tambahan bagi Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)

Walaupun kebanyakan jurusan hanya memerlukan yuran pendaftaran asas, pelajar yang memilih Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) perlu membayar yuran tambahan untuk pembelian buku dan yuran peperiksaan ACCA.

Perincian Yuran Pendaftaran

Pengajian Dua Semester

  • Jurusan Sains: RM599.00*
  • Jurusan Kejuruteraan: RM599.00*
  • Jurusan Perakaunan: RM546.00*
  • Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro):
    • Semester I: RM600.00 untuk pembelian buku
    • Semester II: RM1,690.00 untuk yuran peperiksaan ACCA

Pengajian Empat Semester

  • Jurusan Sains:
    • Semester I: RM599.00*
    • Semester III: RM284.00*

*Nota: Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak BSN.

Berapakah yuran pendaftaran yang dikenakan kepada pelajar Program Matrikulasi

Yuran Pendaftaran Kolej MARA

Yuran pendaftaran bagi Kolej MARA tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak MARA. Perincian yuran akan dimaklumkan dalam surat tawaran yang diterima oleh pelajar.

Pemulangan Yuran Pendaftaran

Sekiranya terdapat keperluan untuk pemulangan yuran pendaftaran yang telah dibayar, pelajar perlu merujuk kepada Lampiran 1 dalam dokumen rasmi Program Matrikulasi. Maklumat lanjut mengenai proses pemulangan yuran ini boleh didapati dalam dokumen tersebut.

Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan Program Matrikulasi KPM;

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan keputusan kemasukan Program Matrikulasi diumumkan?

Semakan Keputusan kemasukan untuk Program Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 boleh disemak mulai Khamis, 20 Jun 2024, mulai jam 10.00 pagi.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan keputusan kemasukan?

Semakan keputusan boleh dibuat di portal rasmi Matrikulasi KPM di https://matrikulasi.moe.gov.my.

Bilakah Tempoh Rayuan Permohonan Matrikulasi?

Mulai 20 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024.

Bagaimanakah Cara Membuat Rayuan Secara Online?

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi.


Lihat Juga:
Apa Itu Asasi? Perbezaan dgn Tingkatan 6, Diploma & Matrikulasi
Kelebihan Tingkatan 6 Untuk Sambung Belajar Selepas SPM
Tingkatan 6: Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments