HomeInfoProton X50 2024: Varian, Harga dan Pakej Promosi Menarik

Proton X50 2024: Varian, Harga dan Pakej Promosi Menarik

PROTON telah melancarkan PROTON X50 2024 di Subang Jaya dengan peningkatan terkini pada model SUV segmen-B yang popular. 

Sejak dilancarkan pada 2020, lebih daripada 110,000 unit telah terjual. 

Model baru ini menampilkan penambahbaikan termasuk NVH yang lebih baik, unit infotainment yang dinaik taraf, dan kamera 360 HD baru. Enjin turbo 1.5 liter memberikan kuasa 177 PS dan 255Nm tork. 

Harga dan Varian

Model Proton X50 2024 datang dalam empat varian berbeza, dengan harga kekal seperti sebelumnya:

  • Standard: RM86,300
  • Executive: RM93,300
  • Premium: RM101,800
  • TGDi Flagship: RM113,300
Harga Proton X50 2024
Perbezaan Varian Proton

Pakej Promosi Menarik

Untuk menarik minat pelanggan, PROTON juga memperkenalkan ‘Pakej Early Bird’ terhad kepada 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka sebelum 31 Julai 2024. 

Pakej yang ditawarkan adalah;

  • Diskaun Tunai: RM7,000
  • Sokongan Tukar Ganti: RM1,500
  • Nilai Tambahan Ciri-Ciri: RM6,000
  • Jumlah Penjimatan: RM14,500

Pilihan Warna

Pilihan Warna

Proton X50 2024 hadir dengan pelbagai pilihan warna menarik yang menambahkan lagi daya tarikan SUV kompak ini. Berikut adalah senarai warna yang ditawarkan:

  1. Snow White
  2. Armour Silver
  3. Jet Grey
  4. Passion Red
  5. Ocean Blue

Setiap warna yang ditawarkan bukan sahaja meningkatkan estetika Proton X50 2024 tetapi juga membolehkan pemiliknya mengekspresikan personaliti mereka melalui pilihan warna yang pelbagai.

Pakej Standard Proton X50 2024

  1. Jaminan 5 Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had
  2. 6 Kali Perkhidmatan Buruh Percuma
  3. Pakej Data 5 Tahun (1GB/Bulan)
  4. Program Insurans Proton
  5. Kadar Faedah Pembiayaan Bermula dari 2.28% PA
Pakej Standard

Ciri-ciri Tambahan dan Keselamatan 

Berikut adalah ciri-ciri tambahan dan Keselamatan pada Proton X50 2024 baharu

Sistem Pemprosesan Baharu:

  • Dwi-core 4GB RAM
  • Storan lebih besar 64GB
  • Sistem ‘head unit’ infotainmen bersaiz 10.3 inci
  • 33% lebih pantas

Enjin dan Prestasi:

  • Enjin 1.5 liter TGDI pengecas turbo
  • Kuasa 177PS
  • Tork 255Nm
  • Kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan
  • Pecutan 0-100km/j dalam 7.9 saat

Keselamatan:

  • Enam beg udara SRS
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Lapan Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Ciri-ciri Tambahan:

  • Kamera 360 Definisi Tinggi untuk parkir mudah dan selamat
  • Fungsi Auto Park Assist
  • Paparan pandangan 3D persekitaran untuk penukaran lorong yang lebih selamat sehingga kelajuan lebuh raya 150km/j

Gambar-Gambar Proton X50 2024

Maklumat Lanjut

Info Lanjut layari;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa gaji minimum untuk beli X50?

Gaji bermula RM2,500 layak untuk beli X50. Gaji bawah daripada RM1,800 juga tetap layak, tetapi layak bersyarat iaitu perlu ada penjamin sama ada Ibu Bapa atau pun pasangan.

Berapa bayaran bulanan X50?

Bayaran bulanan kereta X50 baru berbeza mengikut lokasi. Dengan downpayment 10%, bayaran bulanan kereta X50 bermula RM515 bagi kawasan Semenanjung Malaysia.

Bagaimana nak tempah kereta X50 baru?

Terdapat lebih 100+ Sales Advisor Proton seluruh Malaysia di dalam website proton.my. Anda boleh buat tempahan kereta baru X50 melalui penasihat jualan sah Proton di sini.

Berapa lama tempoh menunggu tempahan kereta baru X50?

Tempoh masa menunggu adalah di antara 1 hingga 4 bulan bergantung kepada stok daripada HQ Proton.

Dimana showroom Proton berdekatan dengan saya?

Anda boleh layari https://proton.my/ untuk melihat showroom berdekatan anda

Dokumen apa yang diperlukan untuk beli kereta X50 baru?

Berikut adalah SOP & maklumat yang diperlukan untuk tempah kereta Proton. Semua dokumen & maklumat anda dijamin rahsia & selamat dari pihak ketiga.
1- Salinan IC (depan & belakang)
2- Salinan lesen (depan & belakang)
3- Payslip 3 bulan terkini
4- Penyata bank 3 bulan terkini
5- Nombor telefon
6- Email

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments