HomePendidikanSemakan SBP 2025: Keputusan Tingkatan 1 & 4 Sekolah Khusus

Semakan SBP 2025: Keputusan Tingkatan 1 & 4 Sekolah Khusus

Sukacitanya semakan tawaran kemasukan ke SBP (Sekolah Khusus) tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi sesi 2025/2026 dibuka pada 31 Januari 2025.

Semakan tawaran kemasukan ini adalah untuk SBP/SMKA (tingkatan 1) dan  ke tingkatan 4  atau Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) Sekolah Khusus (SBP / SMKA / SMT / KV / MTD).

Lihat juga:
Rayuan SBP / Sekolah Khusus 2025: Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Cara Semakan Keputusan SBP 2025

Semakan keputusan SBP boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi mengikut kategori:

Semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus 2025

Langkah-langkah semakan

  1. Layari laman web rasmi SBP mengikut kategori kemasukan.
  2. Masukkan nombor MyKid/MyKad murid & nombor MyKad penjaga utama.
  3. Klik butang “Semak Keputusan”.
  4. Jika berjaya, cetak Surat Tawaran & Buku Tawaran.
Semakan SBP Berjaya 2025
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran.

Tarikh Penting SBP 2025

Berikut adalah tarikh penting yang perlu diambil perhatian:

PerkaraTarikh
Semakan Keputusan31 Januari 2025
Tarikh Pendaftaran18 Februari 2025
Tempoh e-Rayuan31 Januari – 18 Februari 2025

Pastikan anda menyemak keputusan pada tarikh yang ditetapkan dan segera membuat rayuan jika tidak berjaya.

Prosedur Pendaftaran SBP 2025

Bagi pelajar yang berjaya mendapat tempat di SBP, beberapa langkah perlu diambil sebelum hari pendaftaran:

  1. Cetak Surat Tawaran & Buku Tawaran dari laman web semakan.
  2. Isi Buku Tawaran dengan lengkap.
  3. Serahkan dokumen yang diperlukan kepada pihak sekolah pada hari pendaftaran (18 Februari 2025).
  4. Pastikan semua dokumen adalah benar & lengkap untuk mengelakkan pembatalan tawaran.

Nota: Pihak sekolah berhak menolak pendaftaran jika maklumat yang diberikan adalah palsu atau tidak lengkap.

Rayuan / e-Rayuan SBP 2025

SBP Tidak Berjaya 2025

Sekiranya calon tidak berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Khusus seperti yang dipaparkan pada skrin semakan keputusan, calon masih boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh e-Rayuan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah contoh paparan bagi keputusan “tidak berjaya”:

  • Paparan Keputusan: “HARAF MAAF. Adalah dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA ditawarkan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 Tahun 2025.”
  • Sekolah Pilihan: Contohnya, “SBP Integrasi Selandar (Tahfiz Model Ulul Albab).”

Calon yang menghadapi situasi seperti ini boleh terus ke bahagian rayuan dengan memasukkan nombor MyKid/MyKad murid seperti yang diminta di dalam paparan tersebut.

Tarikh Rayuan Dibuka

31 Januari – 18 Februari 2025.

Langkah-langkah membuat rayuan

  1. Layari laman web rasmi e-Rayuan mengikut tingkatan:
  2. Masukkan maklumat peribadi pelajar.
  3. Pilih sehingga 3 sekolah untuk rayuan.
  4. Klik Hantar dan tunggu keputusan rayuan.

Keputusan rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP pilihan.

Sekolah SBP yang Tidak Dibuka untuk Rayuan

Terdapat beberapa sekolah SBP yang tidak dibuka untuk rayuan, kerana penawaran telah dibuat secara maksimum:

  • Sekolah Seri Puteri
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • Sekolah Tun Fatimah
  • Sekolah Sultan Alam Shah
  • Sekolah Dato Abdul Razak
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Jika anda ingin merayu ke SBP, pilih sekolah lain yang masih mempunyai kekosongan.

Pakej Mata Pelajaran di SBP

Sekolah Berasrama Penuh menawarkan beberapa pakej mata pelajaran bergantung kepada tingkatan:

Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 1 SBP 

Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 1 SBP 

1. Pakej Sains

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Asas Sains Komputer/Reka Bentuk & Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa (Arab, Cina, Korea, Jepun, Jerman, Perancis)

2. Pakej Agama

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Asas Sains Komputer/Reka Bentuk & Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa (Cina, Korea, Jepun, Jerman, Perancis)

3. Pakej TMUA (Tafiz Model Ulul Albab)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Asas Sains Komputer/Reka Bentuk & Teknologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa (Cina, Jepun, Jerman, Perancis)

Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 SBP 

1. STEM (Elektif STEM)

Sekolah Terlibat: Semua SBP kecuali KISAS, SMAPK, SMAPL, SUPERB, BRAINS, SBPIR & SBPIS

Mata Pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

2. STEM (Elektif STEM, Bahasa & Pengajian Islam)

Sekolah Terlibat: KISAS, SMAPL, SMAPK, SMSSI & semua SBP Integrasi kecuali BRAINS, SBPIR & SBPIS

Mata Pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Bahasa Arab
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah

3. STEM (Elektif STEM, Bahasa & Pengajian Islam – KBT)

Sekolah Terlibat: SBP TMUA – SUPERB, BRAINS, SBPIR, SBPIS

Mata Pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Matematik
  • Bahasa Arab
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran

4. Sastera & Kemanusiaan (Elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas serta STEM)

Sekolah Terlibat: KISAS

Mata Pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Arab
  • Matematik Tambahan
  • Ekonomi
  • Prinsip Perakaunan
  • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah

Yuran Kemasukan SBP

Yuran kemasukan berbeza mengikut sekolah. Pelajar perlu merujuk kepada SBP yang ditempatkan untuk maklumat lanjut.


Lihat Juga:
Aliran SBP Tingkatan 1 di Malaysia Mengikut Sekolah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments