HomeKerjayaPDPP IPG 2024: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan

PDPP IPG 2024: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TAHUN 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda tanpa pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai myPDPP IPG 2024 di bawah KPM.

Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)?

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk melatih graduan dengan Ijazah Sarjana Muda tanpa latar belakang pendidikan untuk menjadi guru di sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Program ini dijalankan sepenuhnya secara bersemuka di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terpilih di seluruh negara dan berlangsung selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PDPP dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan termasuk Bahasa Melayu, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, dan Pendidikan Pemulihan, yang disesuaikan untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), serta Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)​.

Selain itu, program ini menawarkan peluang yang sangat berharga kepada graduan yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai guru, dengan sokongan penuh dari segi kewangan dan penempatan kerja yang diberikan oleh KPM. Calon yang layak akan menerima yuran pengajian ditanggung sepenuhnya dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Keterangan Program

  • Nama Program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).
  • Mod Program: Sepenuh Masa.
  • Pelaksanaan: Perdana.
  • Interaksi Kuliah: Bersemuka sepenuhnya di kampus.
  • Tujuan Program: Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
  • Tempoh Program: Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 13 Ogos 2024 (10 pagi) dan ditutup pada 19 Ogos 2024 (11.59 malam).

Poster Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024 - Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan. Permohonan dibuka 13-19 Ogos 2024.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Kelayakan dan syarat permohonan PDPP adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024, iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
  • Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50; atau
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
  • Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti MUET, IELTS, C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, TOEFL, dan Linguaskills.
  • Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Cina/Bahasa Tamil di peringkat SPM.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

**Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Berikut adalah bidang pengkhususan yang ditawarkan dalam Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi pengambilan tahun 2024:

1. Sekolah Kebangsaan (SK):

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC):

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT):

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan

4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK):

  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah​

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  • Calon yang diisytiharkan bankrap.
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
  • Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

Cara Permohonan PDPP IGP 2024

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/PD.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (Sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP).
  • Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan menghantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan, dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
  • Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), dan tarikh-tarikh penting pengambilan.
  • Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak​

Maklumat Tambahan

  1. Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu tahun pengajian.
  2. KPM tidak akan menanggung sebarang kos lain termasuklah kos sewaan penginapan sepanjang tempoh pengajian.
  3. KPM tidak akan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul sekiranya pemohon perlu melepaskan jawatan bagi mengikuti pengajian.
  4. KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  5. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Nota Peringatan

  1. Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
  2. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting PDPP (2024)

Tarikh-tarikh Penting Program Diploma Pascasoswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024

Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP ambilan tahun 2024. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

  1. Permohonan: 13 – 19 Ogos
  2. Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 14 – 16 & 19 – 22 Ogos
  3. Semakan Layak Temu Duga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 3 September
  4. Temu Duga & UKF: 9 – 12 September
  5. Semakan Tawaran PDPP 2024: 25 September
  6. Pendaftaran PDPP 2024: 9 Oktober

Info dan Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan, sila hubungi alamat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar

No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

>> IKLAN
>> MATAPELAJARAN VS KLUSTER IJAZAH
>> SOALAN LAZIM (FAQ)

Sumber: Portal IPGM – Modul myPDPP


Lihat Juga:
Isu Semasa Pendidikan 2024: Contoh Isu Terkini Di Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments