Kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang harus dipatuhi oleh sektor swasta di bawah Dasar Gaji Progresif (DGP).
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa walaupun terdapat peluang untuk peningkatan gaji, sering kali kita tidak memanfaatkannya sepenuhnya.
“Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji berkenaan, layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan.Â
“Gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif antaranya seperti berikut, jurutera mekanikal (RM3,380), jurutera awam (RM3,115), akauntan dan juruaudit (RM3,280)”Â
Apa Itu Dasar Gaji Progresif?
Dasar Gaji Progresif merupakan komitmen kerajaan untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat bagi meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Kertas Putih mengenai dasar ini telah memperincikan status berkaitan gaji dan produktiviti pekerja serta isu dan cabaran yang dihadapi.
Pelaksanaan dasar ini telah dimulakan dengan projek rintis pada Mei 2024 membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditentukan bagi pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.
Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.
Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum DGP secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.
Manakala pelaksanaan secara menyeluruh DGP dijangka mulai Oktober 2024. Sebelum pelaksanaan penuh, kerajaan telah memulakan projek rintis dari Jun hingga Ogos 2024 untuk menilai keberkesanan dasar ini.
Pelaksanaan DGP
DGP yang akan diperkenalkan di Malaysia mempunyai tiga ciri utama seperti berikut:
- Sukarela – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) adalah secara sukarela, tanpa memerlukan akta baharu. Syarikat boleh mendaftar secara sukarela melalui permohonan dalam talian.
- Berteraskan Insentif – Syarikat yang mendaftar dan memenuhi syarat DGP akan menerima insentif daripada kerajaan untuk membantu menampung kos buruh.
- Terkait Produktiviti – Syarikat perlu memastikan pekerja mereka melengkapkan latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf, sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Projek Rintis DGP
Projek Rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) dibuka untuk penyertaan syarikat secara sukarela. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk menguji keberkesanan DGP dalam meningkatkan produktiviti dan kemahiran pekerja melalui insentif yang disalurkan oleh kerajaan.
Majikan yang berminat boleh mendaftar melalui Portal Dasar Gaji Progresif https://gajiprogresif.gov.my/ mulai 15 Mei 2024.
Penyertaan ini memberi peluang kepada syarikat untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini tanpa paksaan undang-undang.
Tempoh Pelaksanaan
Projek rintis ini dijadualkan berlangsung dari Jun 2024 hingga Ogos 2024, memberikan tempoh percubaan selama tiga bulan kepada syarikat-syarikat yang terlibat untuk menilai kesan dasar ini terhadap gaji dan produktiviti pekerja mereka.
Insentif yang Ditawarkan
Dalam projek ini, syarikat yang terpilih akan menerima insentif tunai sebagai galakan:
- Pekerja peringkat permulaan akan menerima insentif sebanyak RM200 sebulan.
- Pekerja bukan peringkat permulaan akan menerima RM300 sebulan.
Syarat Penyertaan
Untuk layak menyertai DGP, syarikat perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk:
- Berdaftar dengan ROS, PBT, atau pertubuhan lain yang diiktiraf.
- Berdaftar dengan PERKESO dan KWSP.
- Bukan merupakan syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat multinasional.
- Menggaji pekerja warganegara Malaysia di bawah contract of service.
5 Sektor Yang Terlibat Untuk Projek Rintis
Projek rintis ini memberi fokus kepada sektor-sektor tertentu seperti:
- Pembuatan
- Pembinaan
- Maklumat dan komunikasi
- Aktiviti profesional, saintifik, dan teknikal
- Perdagangan borong dan runcit, Pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal
Jadual Matriks Gaji DGP Untuk Pekerja Peringkat Permulaan
Dalam infografik yang dikeluarkan oleh Harian Metro di atas, ia menyenaraikan gaji pokok permulaan bagi pelbagai pekerjaan di bawah Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pekerja peringkat permulaan di Malaysia.
Gaji ini adalah berdasarkan klasifikasi pekerjaan mengikut MASCO (Malaysian Standard Classification of Occupations).
Ia adalah gambaran jelas mengenai bagaimana gaji permulaan berbeza mengikut bidang pekerjaan, memberikan maklumat penting kepada mereka yang baru memasuki pasaran kerja atau yang sedang mempertimbangkan perubahan kerjaya.
Dengan mengetahui julat gaji ini, individu dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai pilihan pekerjaan yang sesuai dengan harapan gaji mereka.
Berikut adalah senarai pekerjaan dan gaji pokok permulaan mengikut Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pekerja peringkat permulaan:
- Atendan perjalanan dan pelayan perjalanan – RM2,785
- Atlet dan ahli sukan – RM2,155
- Broker gadaian dan peminjam wang – RM1,810
- Broker perdagangan – RM2,320
- Doktor pergigian – RM3,140
- Ejen dan kontraktor pekerjaan – RM2,785
- Ejen hartanah dan harta – RM2,650
- Ejen pelepasan dan pengangkutan – RM2,950
- Ejen persidangan dan acara – RM2,165
- Ejen perkhidmatan perniagaan yang tidak dikelaskan di mana-mana – RM2,440
- Guru agama – RM2,215
- Guru bahasa – RM3,200
- Guru muzik – RM2,630
- Guru pendidikan awal kanak-kanak – RM2,295
- Guru pendidikan khas – RM2,450
- Guru pendidikan menengah – RM3,855
- Guru pendidikan vokasional – RM3,755
- Guru sekolah rendah – RM3,630
- Guru seni – RM2,520
- Guru seni persembahan – RM2,520
- Juruanalisis kewangan – RM3,260
- Juruanalisis pengurusan dan organisasi – RM2,860
- Juruanalisis sistem komputer – RM3,850
- Juruaarkib dan kurator – RM3,225
- Juruelektrik bangunan dan yang berkaitan – RM2,025
- Jurugambar – RM2,715
- Juruhebah radio, televisyen, dan media lain – RM2,215
- Jurujual di gerai dan pasar – RM1,980
- Jurujual makanan di tepi jalan – RM2,045
- Jurujual pintu-ke-pintu – RM2,120
- Jurujual pusat perhubungan – RM2,105
- Jurukemas domestik – RM2,065
- Jurulatih teknologi maklumat – RM2,960
- Jurulatih, pengajar, dan pegawai sukan – RM2,475
- Jurumasak – RM2,500
- Juruoptik pendispensan – RM2,750
- Jurupulih anggota – RM3,490
- Jurusolek dan pekerja yang berkaitan – RM2,070
Rujukan Panduan DGP
- Manual Pengguna Sistem Gaji Progresif
- Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif
- Garis Panduan Latihan Dasar Gaji Progresif
- Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan untuk Sektor-Sektor Terpilih
- Guidebook of Starting Basic Salaries and Annual Salary Increment for Selected Sectors
Sumber:Â
Lihat Juga:
– PPAM Madani: Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI