Tengah cari contoh atau idea poster sambutan Hari Raya Aidlfitri 2025?
Sama ada anda menganjurkan rumah terbuka keluarga, komuniti, atau majlis Aidilfitri office poster yang kreatif mampu menarik kehadiran ramai tetamu.
Berikut adalah panduan, contoh dan idea poster sambutan Hari Raya Aidlfitri 2025
Lihat Juga: 88 Idea Menu Raya Rumah Terbuka & Open House Raya Office
Fungsi Poster Dalam Sambutan Hari Raya (Open House)
- Menyampaikan info jemputan secara ringkas dan padat
- Meningkatkan profesionalisme acara (terutama open house pejabat)
- Mudah dikongsi dalam bentuk digital & cetak
- Meningkatkan engagement di media sosial
Kandungan Wajib Dalam Poster Raya
Apa yang perlu ada dalam poster raya?
- Tajuk utama (Contoh: “Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025”)
- Tarikh, masa & lokasi
- Nama penganjur / logo syarikat / jabatan
- Mesej ringkas (salam Aidilfitri)
- QR Code untuk RSVP (jika ada)
- Nombor untuk hubungi
Contoh Ayat Jemputan Rasmi Majlis Rumah Terbuka
Contoh Ayat Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri (Versi Persendirian / Keluarga)
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI2025 Bismillahirrahmanirrahim Tuan/Puan yang dihormati, Dengan penuh rasa syukur dan gembira sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin menjemput Tuan/Puan seisi keluarga ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman kami. 📅 Tarikh: Ahad, 13 April 2025 🕙 Masa: 11.00 pagi – 4.00 petang 📍 Alamat: No. 28, Jalan Mesra Indah 3, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Jamuan istimewa, kuih-muih tradisional dan hidangan raya disediakan. Kehadiran Tuan/Puan amat kami hargai sebagai penyeri majlis.Sekian, terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Yang menjemput, Afiq Ikmal & Keluarga |
Lihat Juga: Ucapan Selamat Hari Raya 2025 (Salam Aidilfitri & Raya Wishes)
Contoh Ayat Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri (Versi Pejabat / Organisasi)
JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2025 Bismillahirrahmanirrahim Tuan/Puan yang dihormati, Dengan segala hormatnya, pihak [Nama Organisasi/Jabatan/Syarikat] menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1446H / 2025M yang akan diadakan seperti berikut: 📅 Tarikh: Selasa, 15 April 2025 🕙 Masa: 12.00 tengah hari – 3.00 petang 📍 Tempat: Dewan Seri Kenangan, Aras 1, Ibu Pejabat [Nama Organisasi], Putrajaya Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara semua kakitangan, rakan strategik serta warga kerja. Pelbagai juadah enak menanti! Kehadiran Tuan/Puan amat dihargai sebagai penyeri majlis. Sekian, terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Yang menjalankan tugas, Urus Setia Majlis Hari Raya [Nama Organisasi atau Syarikat] |
Contoh Ayat Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri (Versi Dun atau Parlimen)
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RHU RENDANG Bismillahirrahmanirrahim Tuan/Puan, Dengan rendah hati dan penuh takzim, kami menjemput semua Muslimin dan Muslimat untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang 1446H / 2025M yang akan diadakan seperti berikut: 📅 Tarikh: 10 April 2025 (Khamis) 🕚 Masa: 11.00 pagi 📍 Tempat: Pantai Peranginan Kelulut, Marang Kehadiran Tuan/Puan amatlah dialu-alukan. Terima kasih. Yang menjalankan tugas, Urus Setia Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang |
Contoh Design Poster Sambutan Hari Raya





Font Jawi & Arab Canva Untuk Poster Raya
Font Jawi & Arab dalam Canva boleh menjadikan poster Raya lebih Islamik, klasik dan menarik. Ia sesuai untuk tajuk utama, kad ucapan dan mesej Aidilfitri.
Kelebihan guna font Jawi/Arab:
- Menonjolkan nilai tradisi & keagamaan
- Mewujudkan emosi dan tarikan estetik
- Sesuai untuk rekaan moden bertema Syawal
Senarai Font Menarik:
- DG Rawnaq – tajuk elegan
- Tholoth – kaligrafi klasik
- Faseh – minimalis
- Tufuli Arabic – mesra kanak-kanak
- Amiri Quran – ayat agama
- Reem Kufi – moden & berani
Tools Percuma Untuk Buat Poster Hari Raya
- Canva – Pelbagai template bertema Raya (boleh edit gambar, teks & warna)
- Adobe Express – Sesuai untuk grafik korporat
- VistaCreate – Cepat untuk social media
- PowerPoint – Untuk cetakan dalaman pejabat
Tips Reka Bentuk Poster Yang Menarik Perhatian
- Gunakan warna tema Aidilfitri: hijau, emas, turquoise
- Pilih font yang mudah dibaca & bertema Islamik
- Masukkan elemen grafik: pelita, masjid, bulan sabit, kuih raya
- Elakkan terlalu banyak teks – fokus pada call-to-action
- Tambah gambar staf/penganjur untuk lebih personal
Contoh Ayat Jemputan Ringkas & Profesional (Versi Pejabat/Syarikat):
- “Salam Aidilfitri! Kami dengan sukacitanya menjemput anda ke Majlis Rumah Terbuka kami di [Lokasi] pada [Tarikh & Masa].”
- “Eid Mubarak from [Nama Syarikat]! Join our Open House and celebrate the festive joy with us!”
- “Anda dijemput ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri [Nama Organisasi]. Jom kita eratkan ukhwah dalam suasana Syawal!”
- “Sudi-sudikan hadir ke Open House Aidilfitri kami – jamuan enak dan senyuman mesra menanti anda!”
- “Celebrate Eid with us! Our doors are open this [Tarikh] at [Lokasi]. Let’s feast and reconnect!”
- “Dengan penuh kesyukuran, [Nama Jabatan/Syarikat] menjemput semua warga kerja dan rakan kerjasama ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.”
- “You’re warmly invited to our Hari Raya Open House! Come enjoy festive vibes, good food, and great company.”
- “Open House Aidilfitri 2025: You’re Invited! Let’s share the joy of Syawal together at [Tempat] this [Tarikh].”
- “Jom Beraya Bersama Kami! [Nama Syarikat] menjemput anda ke Rumah Terbuka Aidilfitri pada [Tarikh] di [Lokasi].”
- “Let’s Celebrate Raya Together! Don’t miss our Open House – a time for smiles, satay & silaturrahim.”
Artikel Berkaitan: