HomePendidikanPKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus sesi 2024/2025

PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus sesi 2024/2025

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). 

Ujian ini bertujuan untuk menilai potensi dan kelayakan pelajar secara menyeluruh melalui penilaian pelbagai aspek, termasuk kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek, dan kemampuan penulisan.

PKSK direka bentuk untuk memastikan bahawa hanya pelajar yang benar-benar layak dan berpotensi tinggi sahaja yang akan diterima masuk ke sekolah-sekolah khusus. 

Apa itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK adalah pentaksiran bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

Ia pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2020. Ia diperkenalkan sebagai satu kaedah penilaian standard berpusat untuk kemasukan bagi sekolah-sekolah di atas.

Ini berikutan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

Permohonan Sekolah Khusus SBP dan SMKA Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan ke sekolah Khusus (SBP dan SMKA) 2025:2026

Sukacitanya permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 bagi SBP dan SMKA dibuka mulai 1 Ogos 2024.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

Proses Pemilihan Pusat PKSK 2024/2025

Dalam permohonan Sekolah Khusus 2024/2025, calon-calon perlu mengisi beberapa maklumat permohonan seperti maklumat peribadi, aktiviti ko-kurikulum, pemilihan sekolah khusus, dan pilihan pusat PKSK.

Di bawah PILIHAN PUSAT PKSK calon perlu mengikuti panduan berikut;

  1. Negeri Pilihan 
    • Calon perlu memilih negeri di mana mereka ingin menduduki ujian PKSK.
  2. PPD Pilihan 
    • Calon kemudian memilih daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dikehendaki dalam negeri yang telah dipilih. Ini menentukan kawasan spesifik di dalam negeri tersebut.
  3. Pilihan Pusat PKSK 
    • Calon memilih nama pusat PKSK yang diinginkan dalam PPD yang telah dipilih.
    • Pusat yang telah mencapai jumlah calon yang ditetapkan tidak akan dipaparkan dalam pilihan.
    • Penentuan pusat sebenar PKSK akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Format Pentaksiran Ke Sekolah Khusus (PKSK)

Ujian PKSK ialah ujian berkomputer secara bersemuka yang wajib jawab di pusat ujian.

Soalan PKSK tidak sama untuk setiap murid kerana ia dijana secara rawak dalam database soalan yang besar.

Pengalaman menjawab PKSK juga tidak sama dengan ujian-ujian atau peperiksaan awam lain di sekolah.

Format, bentuk & ciri-ciri soalan juga berbeza dengan soalan yang pernah diduduki murid sebelum ini;

Kecerdasan Insaniah (Bahagian A)

  • Mengenal pasti karakter murid.
  • Skop merangkumi EQ, SQ, dan SSQ.
  • 30 soalan objektif.
  • Tiada jawapan betul atau salah.
  • Skor markah: 20%.

Kecerdasan Intelek (Bahagian B)

  • Mengukur tahap kognitif murid.
  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am, dan Penyelesaian Masalah.
  • Soalan Matematik dan Sains bersifat kualitatif dan kuantitatif.
  • 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman.
  • Tempoh ujian: 90 minit.
  • 70 soalan objektif.
  • Betul 1 markah, salah 0 markah.
  • Skor markah: 70%.

Artikulasi Penulisan (Bahagian C)

  • Menilai idea dan pendapat pelajar melalui hujah-hujah karangan.
  • 3 tajuk karangan, pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu.
  • Minimum 100 patah perkataan untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4.
  • Tempoh masa: 45 minit.
  • Skor markah: 10%.

Contoh Soalan PKSK

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Dalam perkongsian group Telegram PKSK/UKKM, admin menyatakan antara contoh soalan pengetahuan am yang keluar pada tahun lepas adalah mengenai gambar belakang wang kertas Malaysia.

  • RM1 -Wau (asal Kelantan)
  • RM5- Burung Enggang (asal Sarawak)
  • RM10- Bunga Pakma (asal Sabah)
  • RM20-Penyu (asal Terengganu)
  • RM50- Kelapa Sawit & bioteknologi & Tunku Abdul Rahman 
  • RM100-Gunung Kinabalu (di Sabah) & Gunung Mulu ( Sarawak)
Contoh Soalan Pengetahuan AM PKSK

Persediaan untuk PKSK

Sebagai persedian calon untuk menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, anda boleh membuat persediaan seperti berikut;

  1. Ulangkaji Buku Teks:
    • Fokus pada buku teks dari Tahun 4 hingga Tahun 6 (Tingkatan 1) dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Tingkatan 4).
    • Buat nota penting dan pastikan memahami konsep asas.
  2. Latihan Soalan PKSK:
    • Dapatkan contoh soalan dari internet dan buku rujukan.
    • Praktis menjawab soalan untuk memahami format dan jenis soalan.
  3. Penilaian Kecerdasan Intelek (IQ):
    • Latih dengan soalan IQ, Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.
    • Gunakan buku latihan dan platform dalam talian untuk ujian IQ.
  4. Penilaian Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ):
    • Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan program pembangunan diri.
    • Praktis soalan yang menilai kecerdasan emosi dan sosial.
  5. Penulisan Karangan (Artikulasi Penulisan):
    • Latihan menulis karangan dalam Bahasa Melayu.
    • Pelajari teknik penulisan yang baik dan teratur.
  6. Sumber Rujukan Percuma:
    • Akses buku teks KPM secara dalam talian di anyflip.
    • Tonton video pengajaran di YouTube oleh guru sekolah.
  7. Persediaan Mental dan Fizikal:
    • Dapatkan tidur yang cukup dan amalkan diet seimbang.
    • Jaga kesihatan fizikal dan mental.
  8. Sokongan Guru dan Ibu Bapa:
    • Berbincang dengan guru mengenai kemajuan persediaan.
    • Libatkan ibu bapa dalam menyediakan persekitaran belajar yang kondusif.
  9. Simulasi Ujian:
    • Lakukan simulasi ujian dengan menetapkan masa seperti ujian sebenar.
    • Semak jawapan dan kenal pasti kelemahan.
  10. Pengetahuan Am dan Isu Semasa:
    • Ikuti perkembangan isu semasa dengan membaca berita.
    • Sertai diskusi atau kumpulan perbincangan maya.

Berikut merupakan group-group di media sosial yang boleh membantu dari segi teknik, contoh soalan PKSK, seminar dan sebagainya;

Tarikh-Tarikh Penting PKSK 2024/2025

Tarikh Penting PKSK 2024:2025
Kredit: PKSK/UKKM

01 Ogos – 08 September 2024

  • Permohonan menduduki PKSK 2025 dibuka kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3.

13 September – 03 Oktober 2024

  • Semakan Keputusan Permohonan PKSK 2025 untuk kemasukan ke Tingkatan 4.

13 September – 17 Oktober 2024

  • Semakan Keputusan Permohonan PKSK 2025 untuk kemasukan ke Tingkatan 1.

23 September – 03 Oktober 2024

  • Tempoh Pelaksanaan PKSK 2025 untuk murid-murid Tingkatan 4.

07 Oktober – 17 Oktober 2024

  • Tempoh Pelaksanaan PKSK 2025 untuk murid-murid Tingkatan 1.

31 Januari 2025

  • Semakan Tawaran Kemasukan SBP ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Lihat Juga:
Aliran SBP Tingkatan 1 di Malaysia Mengikut Sekolah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments