HomeCutiHari Keputeraan Sultan Pahang: Cuti Umum Negeri Pahang 2024

Hari Keputeraan Sultan Pahang: Cuti Umum Negeri Pahang 2024

Hari Keputeraan Sultan Pahang bagi tahun 2024 disambut pada 30 Julai 2024 (Selasa). 

Hari ini bukan sahaja merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang, tetapi juga hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat untuk menghormati dan memuliakan jasa serta peranan Baginda dalam memimpin negeri.

Sambutan ini juga memberi peluang untuk rakyat negeri Pahang khususnya memahami lebih mendalam tentang Sultan Pahang dan makna penting di sebalik hari istimewa ini. 

Biodata Ringkas Tuanku Sultan Pahang

Sultan Pahang Sultan Abdullah
Kredit: Facebook Kesultanan Pahang

Keputeraan 

Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan, serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, dan sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah, dan negeri dalam permainan bola sepak.

Pendidikan

  • Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
  • Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
  • Davies College, London – Advance School 1978-1979
  • Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978

Ketenteraan

  • Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
  • Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
  • Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
  • Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
  • 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980 (Commissioned by Queen Elizabeth II)

Keluarga

Sultan Pahang berkahwin dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 1986. 

Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sembilan orang anak yang terdiri daripada empat putera dan lima puteri.

Keluarga dan anak-anak Sultan Pahang
Kredit: Twitter Januar Haikal

Putera dan Puteri

  1. Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  2. Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
  3. Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
  4. Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
  5. Tengku Puteri Iman Afzan
  6. Tengku Puteri Ilisha Ameera
  7. Tengku Puteri Ilyana
  8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
  9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

(Sumber: Portal Rasmi Istana Pahang)

Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Pahang 2024

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2024


Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri Pahang menetapkan 30 Julai sebagai Hari Kelepasan Am Negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Sejak itu, cuti umum dan sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah pada setiap 30 Julai.

Pada tahun ini, cuti umum Hari Keputeraan Sultan Pahang jatuh pada hari Selasa, ia memberi peluang kepada rakyat Pahang untuk menikmati cuti rehat pada hari tersebut.

Ini adalah masa yang sesuai untuk merancang aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Memandangkan cuti jatuh pada hari selasa, anda boleh mengambil cuti tahunan pada hari Isnin untuk menikmati cuti panjang pada minggu tersebut

Sabtu (27 Julai)Cuti Hujung Minggu
Ahad (28Julai)Cuti Hujung Minggu
Isnin (29 Julai)Ambil Cuti Tahunan
Selasa (30 JulaiHari Keputeraan Sultan Pahang 2024
07 - Kalendar Kuda Julai 2024

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan aktiviti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, anda boleh melayari laman web rasmi atau mengikuti media sosial Kerajaan Negeri Pahang.


Lihat Juga:
Senarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments