Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Untuk makluman, bagi kemasukan ke MRSM, calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Program bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.
Berikut merupakan maklumat lanjut tentang permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2025.
Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!
Syarat Umum Kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon memohon secara dalam talian (online).
- Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
- Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
- Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
- Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan Online MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2025
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) :
Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2025
- Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
- Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
- Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
- Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.
- Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.
Pengenalan MRSM
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Sistem Pendidikan ini diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi bagi mengembangkan potensi diri mereka berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Senarai Program Sistem Pendidikan Di MRSM
MRSM menyediakan program yang disusun untuk memberikan pendidikan menyeluruh kepada pelajar MRSM, menggabungkan aspek akademik, sahsiah, kemahiran teknikal, dan keagamaan, selaras dengan objektif MRSM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan holistik.
Program-program ini disusun untuk memberikan pendidikan menyeluruh kepada pelajar MRSM, menggabungkan aspek akademik, sahsiah, kemahiran teknikal, dan keagamaan, selaras dengan objektif MRSM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan holistik.
Tingkatan 1
- MRSM Program Premier
- MRSM Program IGCSE
- MRSM Program Ulul Albab
- MRSM Program Teknikal
Tingkatan 4
- MRSM Program Premier
- MRSM Program Bitara
Program Pendidikan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di MRSM
Tingkatan 1
- Program Premier Menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas berteraskan STEM, merangkumi modul pembangunan sahsiah, keusahawanan, dan kemahiran insaniah. Pelajar mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas, dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Program IGCSE Gabungan kurikulum kebangsaan, kurikulum khas berteraskan STEM, dan Kurikulum Cambridge IGCSE. Pelajar menduduki peperiksaan Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa Tingkatan 5.
- Program Ulul Albab Termasuk kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas berteraskan STEM, serta Tahfiz al-Quran. Matlamatnya adalah melahirkan profesional yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang agama.
- Program Teknikal Menawarkan pendidikan teknikal melalui mata pelajaran Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, dan Internet of Things (IoT). Pelajar mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan, Kejuruteraan Mekanikal, atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif wajib pada peringkat Tingkatan 4 dan 5.
Tingkatan 4
- Program Premier Sama seperti di Tingkatan 1, menekankan gabungan kurikulum kebangsaan dan khas berteraskan STEM dengan modul pembangunan sahsiah, keusahawanan, dan kemahiran insaniah.
- Program Bitara Direka untuk pelajar dengan pencapaian akademik tinggi, menggunakan pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar. Kurikulum dimodifikasi melalui pendekatan pemadatan, pelebaran, dan pedalaman untuk melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari.
Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.
MRSM Program Premier (Tingkatan 1): Lokasi dan Syarat Kemasukan
Lokasi MRSM Premier Tingkatan 1
Johor:
- MRSM Batu Pahat
- MRSM Mersing
- MRSM Muar
- MRSM Tun Dr Ismail
Perak:
- MRSM Gerik
- MRSM Lenggong
- MRSM Pasir Salak
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM Sultan Azlan Shah
- MRSM FELDA Trolak
Kedah:
- MRSM Baling
- MRSM Merbok
- MRSM PDRM Kulim
- MRSM Pendang
Perlis:
- MRSM Beseri
- MRSM Arau
Pulau Pinang:
- MRSM Balik Pulau
- MRSM Transkrian
Kelantan:
- MRSM Jeli
- MRSM Kuala Krai
- MRSM Pasir Tumboh
Terengganu:
- MRSM Kuala Berang
- MRSM Kuala Terengganu
- MRSM Besut
Melaka:
- MRSM Terendak
Pahang:
- MRSM Muadzam Shah
- MRSM Tun Ghazali Shafie
Sabah:
- MRSM Kota Kinabalu
- MRSM Tun Mustapha
- MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
- MRSM Ranau
Negeri Sembilan:
- MRSM Serting
Sarawak:
- MRSM Betong
- MRSM Kuching
- MRSM Mukah
- MRSM Bintulu
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM Premier tingkatan 1;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
Lokasi MRSM Program IGCSE Tingkatan 1
Melaka:
- MRSM Alor Gajah
Selangor:
- MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB)
Perak:
- MRSM Parit
Pahang:
- MRSM Kuantan
- MRSM Tun Abdul Razak (TAR)
Sarawak:
- MRSM Kuching
Negeri Sembilan:
- MRSM Kuala Klawang
Johor:
- MRSM Johor Bahru
Kedah:
- MRSM Kubang Pasu
Kelantan:
- MRSM Tumpat
Sabah:
- MRSM Kota Kinabalu
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM IGCSE tingkatan 1;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon WAJIB menduduki Ujian Khas IGCSE.
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
Lokasi Program Ulul Albab MRSM (Tingkatan 1)
Selangor:
- MRSM Sungai Besar
Perak:
- MRSM Bagan Datuk
- MRSM FELDA Trolak
Pahang:
- MRSM ATM Bera
Negeri Sembilan:
- MRSM Gemencheh
Pulau Pinang:
- MRSM Kepala Batas
Terengganu:
- MRSM Kota Putra
Sabah:
- MRSM Semporna
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM Ulul Albab tingkatan 1;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon wajib menduduki Ujian Khas Ulul Albab.
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
Lokasi MRSM Program Teknikal Tingkatan 1
Pulau Pinang:
- MRSM Transkrian
Pahang:
- MRSM Bentong
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM program teknikal tingkatan 1;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon wajib menduduki Ujian Khas Teknikal.
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM Program Premier (Tingkatan 4): Lokasi dan Syarat Kelayakan
Lokasi MRSM Program Premier Tingkatan 4
Johor:
- MRSM Batu Pahat
- MRSM Mersing
- MRSM Muar
- MRSM Tun Dr Ismail
Perak:
- MRSM Gerik
- MRSM Lenggong
- MRSM Pasir Salak
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM Sultan Azlan Shah
- MRSM FELDA Trolak
Kedah:
- MRSM Baling
- MRSM Merbok
- MRSM PDRM Kulim
- MRSM Pendang
Perlis:
- MRSM Beseri
- MRSM Arau
Pulau Pinang:
- MRSM Balik Pulau
- MRSM Transkrian
Kelantan:
- MRSM Jeli
- MRSM Kuala Krai
- MRSM Pasir Tumboh
Terengganu:
- MRSM Kuala Berang
- MRSM Kuala Terengganu
- MRSM Besut
Melaka:
- MRSM Terendak
Pahang:
- MRSM Muadzam Shah
- MRSM Tun Ghazali Shafie
Sabah:
- MRSM Kota Kinabalu
- MRSM Tun Mustapha
- MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
- MRSM Ranau
Negeri Sembilan:
- MRSM Serting
Sarawak:
- MRSM Betong
- MRSM Kuching
- MRSM Mukah
- MRSM Bintulu
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM program premier tingkatan 4;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
MRSM Program Bitara (Tingkatan 4): Lokasi dan Syarat Kelayakan
Lokasi MRSM Program Bitara Tingkatan 4
Perak:
- MRSM Taiping
Melaka:
- MRSM Tun Ghafar Baba
Kelantan:
- MRSM Pengkalan Chepa
Syarat Kemasukan
Syarat permohonan kemasukan ke MRSM program bitara tingkatan 4 adalah sebagaimana berikut;
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) & Ujian Khas Program MRSM
Calon-calon yang memohon program pendidikan Tingkatan 1 dan 4 di MRSM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas program yang dipilih.
Ujian UKKM menilai empat subjek utama:
- Bahasa Melayu: 30 soalan (30 minit)
- Matematik: 35 soalan (35 minit)
- Sains: 30 soalan (35 minit)
- Keperibadian: 80 soalan (30 minit)
Manakala, ujian khas pula menilai kemampuan calon dalam program khusus yang dipilih:
- Ulul Albab (Hafazan & Tilawah Al-Quran): 35 minit
- IGCSE: 40 minit
- Teknikal: 30 minit
- Bitara (Ujian Kognitif): 40 minit
Semua calon yang memilih program khas (Ulul Albab, IGCSE, Teknikal, dan Bitara) wajib menduduki ujian khas yang ditetapkan oleh MARA.
Bantuan Kewangan MRSM
MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Bantuan kewangan ini tertakluk kepada latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah, dan tanggungan ibu bapa/penjaga pelajar.
Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
Pelajar B40 yang berkelayakan berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan diberikan dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS), dan penyediaan barang persekolahan seperti pakaian seragam maktab, pakaian sukan, dan alat persekolahan asas.
Pemberian Wang Saku (WS)
Bantuan kewangan bulanan diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM. Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WC)
Diberikan kepada pelajar B40 yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM. Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Soalan Lazim Permohonan Kemasukan MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025
Pertanyaan dan Info Lanjut
Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui:
a) E-mel: [email protected]
b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA:
03-26134533 / 25 / 16 / 17 / 78 / 65 / 34 / 39 / 40 / 37 / 31 / 32 / 34494 / 35073
(Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja)
Ikuti Majlis Amanah Rakyat di media sosial:
- 🌐 Website
- 🐦 X (Twitter)
- 📲 Telegram
Lihat Juga:
– SBP 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025/2006
– Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025 Secara Online
– SMKA 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 (2025/2026)