Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net), anak syarikat sepenuhnya milik Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) mengumumkan peraduan meneka dan menyahkod jenama Proton EV yang terbaharu.
Pengedar kenderaan tenaga baharu (NEV) berkata, peraduan menamakan jenama Proton EV ini menandakan kesediaannya dalam pelancaran kereta elektrik pertama yang akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, ketika jangkaan semakin meningkat dan keterujaan semakin memuncak, pertandingan ini berfungsi sebagai bukti komitmen Proton untuk menerajui masa depan teknologi automotif di Malaysia.
“Pertandingan ini bukan hanya sekadar menamakan jenama tetapi ingin menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi komuniti penting dalam membentuk mobiliti lestari masa hadapan.
“Proton sangat menghargai sokongan rakyat Malaysia selama 41 tahun ini dan berhasrat untuk memulakan perjalanan kenderaan elektrik (EV) ini bersama mereka yang berada di barisan hadapan dalam menerajui visi kami,” katanya dalam kenyataan.
Tempoh Pertandingan
20 Mei 2024 hingga 5 Jun 2024.
Hadiah Pertandingan
Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini adalah;
- Hadiah utama: RM5,000
- Tempat kedua: RM1,500
- Tempat ketiga: RM1,000
- Saguhati: RM100 untuk lima nama dalam senarai tertinggi
Cara Penyertaan
Untuk menyertai peraduan ini, sila ikuti tiga-langkah mudah sepeti di bawah dan nyahkod nama EV terbaru Proton :
- Langkah 1: Isi borang pendaftaran di https://protonev.pronet.my
- Langkah 2: Nyahkod dan susun semula imej atau kenyataan yang diberikan
- Langkah 3: Kongsi pautan pertandingan kepada rakan-rakan untuk menyertainya
Kriteria Pemilihan Pemenang
- Nama EV Yang Betul: Hanya penyertaan nama EV yang betul akan dipertimbangkan. Jika tiada yang teka dengan betul, tekaan yang paling hampir akan dipertimbangkan.
- Prestasi Cabaran: Setelah memenuhi syarat dalam Langkah 1, pemenang kemudian dipilih berdasarkan prestasi cabaran dan penyelesaian dalam masa yang paling cepat:
- Keutamaan 1: Semua 4 jawapan betul
- Keutamaan 2: 3 jawapan betul
- Keutamaan 3: 2 jawapan betul
- Keutamaan 4: 1 jawapan betul
- Tie Breaker: Sekiranya seri, pemenang akan dipilih berdasarkan tarikh dan masa yang paling awal untuk menyertai peraduan.
Tuntutan Hadiah
Pemenang akan dimaklumkan melalui butiran hubungan yang diberikan semasa penyerahan penyertaan. Pemenang mesti membalas dan menuntut hadiah dalam masa 5 hari selepas pemberitahuan.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hadiah dilucutkan, dan pemenang lainakan dipilih.
Untuk maklumat lanjut, ikuti PROTON di;
- Facebook: Proton Cars
- Instagram: @protoncars
- TikTok: @protoncarsofficial