Ramai dah mula resah dan tertunggu-tunggu mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3).
Kali terakhir bayaran STR adalah pada fasa 2 iaitu bulan April sempena Hari Raya Aidilfitri.
Ada yang menjangkakan pengumuman mengenai pembayaran STR Fasa 3 ketika pengumuman MAPPA ke-19 baru-baru ini oleh Perdana Menteri. Namun, sehingga kini tarikh pembayaran sebenar masih lagi belum diumumkan.
Jadual Pembayaran STR 2024
Berdasarkan maklumat dalam portal MySTR LHDN, pembayaran STR 2024 akan dilakukan secara 4 fasa.
- Fasa 1: Telah dibayar mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.
- Fasa 2: Telah dibayar mulai 03 April 2024 secara berperingkat.
- Fasa 3: Ogos 2024* (belum diumumkan)
- Fasa 4: November 2024* (belum diumumkan)
Nota: Tarikh pembayaran untuk fasa 3, dan 4 tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Tarikh Pembayaran Fasa 3 STR
Menurut laman Facebook rasmi Malaysia Madani, pembayaran bagi Fasa 3 STR dijadualkan bermula pada Ogos 2024.

Namun begitu, tidak disebutkan tarikh spesifik secara rasmi mengenai pembayaran yang akan dilakukan pada bulan Ogos. Ia juga boleh tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atau Kementerian Kewangan Malaysia di laman-laman rasmi Kementerian.
Maklumat tidak rasmi dari yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Herdy HerzD’ka dan Afifi Jauhari menyatakan kemungkinan bayaran adalah pada penghujung Ogos 2024.


Walaupun begitu, lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi dari Kerajaan.
Semakan Status Terkini STR
Terdapat beberapa kaedah semakan status STR sama ada secara online, melalui aplikasi MySTR, telefon atau secara fizikal
Kaedah Semakan Status Permohonan STR
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 3 di portal MySTR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar


Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?
Oleh kerana ramai yang sudah lama tak login portal MySTR, Mungkin ada yang terlupa password MySTR dan tidak dapat login.
Berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:
- Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
- Pergi ke laman log masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Pengesahan MyKad dan Emel
- Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
- Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
- Klik butang “Seterusnya”.
- Kata Laluan Sementara
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
- Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
- Penukaran Kata Laluan
- Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
- Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
- Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
- Klik butang “Log Masuk”.
- Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
- Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
- Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
- Masukkan kata laluan baharu anda.
- Penukaran kata laluan berjaya.
Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR
Jumlah Pembayaran Fasa 3 STR
Jumlah pembayaran untuk Fasa 3 STR belum diumumkan secara spesifik.
Namun, penerima boleh merujuk jumlah bayaran keseluruhan daripada soalan lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dari laman portal MySTR.

Isi Rumah
- Pendapatan ≤ RM2,500:
- Anak ≥ 5: RM2,500
- Anak 3 – 4: RM2,000
- Anak 1 – 2: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Anak ≥ 5: RM1,250
- Anak 3 – 4: RM1,000
- Anak 1 – 2: RM750
- Anak 0: RM500
Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan ≤ RM5,000: RM600
Bujang
- Bujang Berpendapatan ≤ RM2,500 (21-59 tahun): RM350
Kelayakan Penerima STR Fasa 3
Penerima STR 2024 yang layak menerima bayaran STR fasa 3 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan melalui semakan di MySTR.
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran adalah sebagaimana berikut
i. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau pasangan.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tiada maklumat akaun bank.
b. Status pengkreditan gagal kredit.
Info Terkini STR
Penerima STR di nasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.
Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;
- Laman portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook Kementerian Kewangan: https://www.facebook.com/KemKewangan
- Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: https://www.facebook.com/HASiLMalaysia
- Facebook Malaysia Madani: https://www.facebook.com/MalaysiaMADANI.my
Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 3 2024
Bulan Ogos 2024 (Tarikh akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan)
Belum di umumkan
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR 2024 yang layak menerima bayaran STR fasa 3 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan melalui semakan di MySTR.