Sukacitanya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41.
Terdapat 3 kekosongan bagi jawatan Pegawai Penyelidik di FRIM masing-masing untuk bidang Editor Penerbitan, Pembangunan Sistem dan Rangkaian.
Berikut adalah maklumat mengenai kekosongan jawatan di FRIM.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan bagi ketiga-tiga jawatan ditutup pada 21 Mei 2024 (Selasa).
Kekosongan Jawatan
JAWATAN | GRED JAWATAN | TARAF PERKHIDMATAN | BILANGAN KEKOSONGAN |
Pegawai Penyelidik (Editor Penerbitan) | Q41 | Tetap | 1 |
Pegawai Penyelidik (Pembangunan Sistem) | Q41 | Kontrak | 1 |
Pegawai Penyelidik (Rangkaian) | Q41 | Kontrak | 1 |
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (https://www.frim.gov.my/ms/kerjaya/) akan diproses.
Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Butiran Jawatan Pegawai Penyelidik di FRIM
Berikut adalah butiran jawatan Pegawai Penyelidik di FRIM
Pegawai Penyelidik (Editor Penerbitan)
Jawatan | Pegawai Penyelidik Gred Q41 | |
a | Bil Kekosongan | 1 jawatan |
b | Bidang | Editor Penerbitan |
c | Penempatan | Bahagian Perkhidmatan Teknikal |
d | Taraf Jawatan | Tetap |
e | Jadual Gaji | RM 2,315.00 (Minimum) – RM 9,618.00 (Maksimum) |
f | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
g | Imbuhan | i) Tetap Khidmat Awam : RM300.00 ii) Tetap Perumahan : RM300.00 iii) Bantuan Sara Hidup: RM300.00 |
Pegawai Penyelidik (Pembangunan Sistem)
Jawatan | Pegawai Penyelidik Gred Q41 | |
a | Bil Kekosongan | 1 jawatan |
b | Bidang | Pembangunan Sistem |
c | Penempatan | Bahagian Perkhidmatan Teknikal |
d | Taraf Jawatan | Kontrak |
e | Jadual Gaji | RM 2,315.00 (Minimum) – RM 9,618.00 (Maksimum) |
f | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
g | Imbuhan | i) Tetap Khidmat Awam : RM300.00 ii) Tetap Perumahan : RM300.00 iii) Bantuan Sara Hidup : RM300.00 |
Pegawai Penyelidik (Rangkaian)
Jawatan | Pegawai Penyelidik Gred Q41 | |
a | Bil Kekosongan | 1 jawatan |
b | Bidang | Pembangunan Sistem |
c | Penempatan | Bahagian Perkhidmatan Teknikal |
d | Taraf Jawatan | Kontrak |
e | Jadual Gaji | RM 2,315.00 (Minimum) – RM 9,618.00 (Maksimum) |
f | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
g | Imbuhan | i) Tetap Khidmat Awam : RM300.00 ii) Tetap Perumahan : RM300.00 iii) Bantuan Sara Hidup. : RM300.00 |
Maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, kelayakan lantikan ke Gred Q41 dan syarat kelayakan bahasa Melayu, anda boleh rujuk di laman portal ​​https://www.frim.gov.my/ms/kerjaya/
Sumber: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Info dan Maklumat Lanjut
Ikuti FRIM di:
- Facebook: https://www.facebook.com/FRIMKepong
- Instagram: instagram.com/FRIMKepong/
- Twitter: twitter.com/FRIMKepong
- Youtube: youtube.com/FRIMKepong
- Tiktok: tiktok.com/@frimkepong