HomeInfoMenu Rahmah MYDIN: Harga dan Lokasi Terkini Seluruh Malaysia

Menu Rahmah MYDIN: Harga dan Lokasi Terkini Seluruh Malaysia

Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan antara yang masih menyediakan Menu Rahmah Mydin walaupun harga bahan makanan mengalami kenaikan sejak kebelakangan ini.

Menu Rahmah ini membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan membeli makanan pada harga yang berpatutan.

Selepas kematian Allahyarham Datuk Sri Salahuddin Ayub pada 23 Julai 2023, Dato Ameer Ali Mydin berikrar untuk meneruskan inisiatif Menu Rahmah “sampai mati.”

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Menu Rahmah Mydin, berikut adalah beberapa maklumat yang boleh anda perolehi.

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Idea ini dicetuskan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di mana menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah.

Penyediaan Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM5.00.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Apa itu menu rahmah
Sumber: Menu Rahmah KPDN

Menu Rahmah Di MYDIN

Di MYDIN anda boleh mendapatkan Menu Rahmah pada harga istimewa serendah RM4.90 bagi set makanan tengahari dan makan malam di 28 lokasi cawangan pasar raya besar MYDIN termasuk pengendali restoran dan medan selera mereka.

Menu Rahmah yang disediakan setiap hari juga ditukar dengan masakan berbeza membabitkan ayam, ikan dan sayuran dalam usaha memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Lokasi Menu Rahmah Mydin

Lokasi terkini Mydin yang menawarkan menu ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Mydin Samariang,
  2. Mydin Vista Tunku,
  3. Mydin Sejati Ujana,
  4. Mydin Subang Jaya,
  5. Mydin Semenyih,
  6. Mydin Seremban 2,
  7. Mydin Senawang,
  8. Mydin Kulai,
  9. Mydin Pelangi Indah,
  10. Mydin Mutiara Rini,
  11. Mydin Taman Rinting,
  12. Mydin MITC Melaka,
  13. Mydin Pulau Sebang,
  14. Mydin Jasin,
  15. Mydin Meru Raya,
  16. Mydin Teman Gopeng,
  17. Mydin Manjoi,
  18. Mydin Bukit Mertajam,
  19. Mydin Kuala Terengganu,
  20. Mydin Gong Badak,
  21. Mydin Kubang Kerian,
  22. Mydin Wholesale Tunjung,
  23. Mydin Bukit Jambul,
  24. Mydin Taman Saga,
  25. Mydin Parit Buntar,
  26. Mydin Bertam, 
  27. Mydin Taman Batik, dan; 
  28. Mydin Jengka.
Lokasi Menu Rahmah Mydin Semenanjung Malaysia
Lokasi Menu Rahmah Mydin Sabah Sarawak

Hidangan Menu Rahmah MYDIN

Berikut merupakan hidangan Menu Rahmah di MYDIN;

Isnin

  • Nasi putih
  • Ayam halia & sos tiram
  • Tauge goreng
  • Air minuman 500ml
Isnin Menu Rahmah

Selasa

  • Nasi putih
  • Ikan singgang
  • Kacang panjang goreng
  • Air minuman 500ml
Selasa Menu Rahmah

Rabu

  • Nasi putih 
  • Ayam kung pao
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml
Rabu Menu Rahmah

Khamis

  • Nasi putih
  • Ikan goreng masam manis
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml
Khamis Menu Rahmah

Jumaat

  • Nasi putih
  • Ayam masak taucu
  • Tauge goreng
  • Air minuman 500ml
Jumaat Menu Rahmah

Sabtu

  • Nasi putih
  • Ikan goreng sambal padang
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml
Sabtu Menu Rahmah

Ahad

  • Nasi putih
  • Ayam kicap berempah
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml
Ahad Menu Rahmah

Lokasi Terkini Menu Rahmah Lain

KPDN telah membangunkan portal Menu Rahmah Malaysia Madani bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasi terkini Menu Rahmah yang ditawarkan di seluruh negara melalui pautan berikut;

https://menurahmah.kpdn.gov.my

Portal ini juga membolehkan peniaga makanan yang ingin menawarkan menu Rahmah mendaftar melalui portal yang sama.

Direktori ini menyenaraikan premis makanan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah.

Portal ini menyenaraikan maklumat-maklumat berikut;

  • Nama Restoran
  • Alamat
  • Jenis Restoran
  • Tempoh Mula

Info Lanjut

Sebarang pengumuman terkini berkaitan Menu Rahmah, sila ikuti Facebook KPDN Laman Rasmi dan https://menurahmah.kpdn.gov.my

Soalan lazim (FAQ)

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Berapa harga hidangan bagi Menu Rahmah di Mydin?

RM4.90 dan ke bawah.

Di manakah lokasi Menu Rahmah ini di sediakan?

Promosi Menu Rahmah ini diadakan di 28 cawangan MYDIN seperti berikut: Mydin Samariang,Mydin Vista Tunku,Mydin Sejati Ujana,Mydin Subang Jaya,Mydin Semenyih,Mydin Seremban 2,Mydin Senawang,Mydin Kulai,Mydin Pelangi Indah,Mydin Mutiara Rini,Mydin Taman Rinting,Mydin MITC Melaka,Mydin Pulau Sebang,Mydin Jasin,Mydin Meru Raya,Mydin Teman Gopeng,Mydin Manjoi,Mydin Bukit Mertajam,Mydin Kuala Terengganu,Mydin Gong Badak,Mydin Kubang Kerian,Mydin Wholesale Tunjung,Mydin Bukit Jambul,Mydin Taman Saga,Mydin Parit Buntar,Mydin Bertam, Mydin Taman Batik dan Mydin Jengka.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments