HomeUcapanKoleksi Pantun Merdeka & Hari Kebangsaan Malaysia Madani

Koleksi Pantun Merdeka & Hari Kebangsaan Malaysia Madani

Pantun merdeka dan pantun hari kebangsaan sering diungkapkan sebagai simbol perpaduan dan patriotisme rakyat Malaysia.

Pantun ini bukan sahaja mencerminkan budaya dan warisan kita, tetapi juga menjadi medium untuk menyemai semangat merdeka dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa, budaya pantun ini perlu kita kekalkan kerana keunikan bahasa dalam irama susunan pada rangkap-rangkap pantun.

Oleh yang demikian, bersempena sambutan hari kebangsaan ke 67 tahun ini, mari kita meriahkan budaya berpantun sebagai penzahiran rasa patriotik kepada negara. Merdeka!!! Merdeka.

Pantun Sebagai Alat Pemupuk Perpaduan

Pantun berfungsi sebagai jambatan antara budaya dan generasi. 

Dalam konteks hari ini, pantun adalah alat yang efektif untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. 

Ia menggalakkan kefahaman dan penghormatan antara satu sama lain, serta memperkukuh jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Penggunaan Pantun Dalam Majlis

Pantun boleh digunakan sebagai pembuka acara, dalam ucapan rasmi, atau sebagai penutup yang mengesankan. Contohnya, memulakan ucapan dengan pantun patriotik dapat mengangkat semangat penonton dan mewujudkan suasana kebersamaan.

Selain itu, pantun juga sering dipertandingkan terutamanya ketika aktiviti sambutan bulan kemerdekaan sama ada untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Teknik Penyampaian Pantun Merdeka

Menyampaikan pantun memerlukan intonasi yang tepat dan semangat yang membara. 

Gunakan nada suara yang tegas untuk pantun yang menekankan semangat patriotisme, dan nada lembut untuk pantun yang lebih kepada perpaduan dan keharmonian. 

Jangan lupa untuk menekankan kata-kata kunci seperti “Merdeka”, “Perpaduan, dan “Malaysia” untuk memberi kesan yang lebih mendalam pantun kepada pendengar.

Pantun Salam Kemerdekaan

Bunga raya bunga kebangsaan pantun

Bunga Raya Bunga Kebangsaan,
Warna Merah Indah Menawan; 
31 Ogos Hari Kemerdekaan, 
Malaysia Bebas Dari Penjajahan

Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;
Sejarah negara jangan di lupa,
Beratus tahun kita di jajah.

Kaum Melayu, Cina dan India,
Hidup sejahtera bersatu padu;
Jasa pemimpin jangan di lupa,
Rakyat terbilang negara maju.

Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan;
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan. 

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama;
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia Madani aman sejahtera.

Pantun Tema Jalur Gemilang

Selamat Hari Kebangsaan

Jalur Gemilang berkibar megah,
Simbol perpaduan seluruh negara;
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.

Jalur Gemilang bendera bertuah,
Rakyat Malaysia berasa megah;
Hidup Bahagia tiada resah,
Kerana negara merdeka sudah.

Salur terhalang lebar dicegah,
Segera ingat rangga separa;
Jalur Gemilang berkibar megah,
Citra semangat warganegara.

Di merata tempat megah berkibaran,
Lambang demokrasi dan kemerdekaan;
Penuh kedaulatan dan kebebasan,
Seiring dengan semangat perpaduan.

Berbaju kebaya si gadis remaja,
Dipakai sepasang dengan keronsang;
Wira negara semangatnya waja,
Jalur Gemilang jadi perangsang.

Putih dan merah suci berani,
Menyeru rakyat membangunkan negeri;
Menentang musuh yang hasad dengki,
Mempertahankan negara setiap inci.

Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda cinta pada negara.

Ayuh semua rakyat Malaysia,
Jalur Gemilang kita kibarkan;
Bersatu hati semua bangsa,
Membawa negara menuju kejayaan.

Tema Perpaduan

Pantun perpaduan

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama;
Rakyat bersatu negara berjaya, 
Malaysia Madani aman sejahtera. 

Bersatu padulah rakyat Malaysia,
Elakkan diri dari pergaduhan;
67 tahun negara merdeka,
Negara makmur terus berwawasan.

Pelbagai bangsa berlainan bahasa,
Jalur gemilang, menyatukan semua;
Teguh, bersatu dan bekerjasama,
Tanda sepakat aman sentosa.

Harum mewangi bunga di para,
Disusun tinggi di alas bata;
Perpaduan rakyat agenda negara,
Kesejahteraan dikongsi rakyat jelata.

Tema Pantun “Malaysia Madani Jiwa Merdeka”

Pantun Malaysia Madani Jiwa Merdeka

Malaysia Madani Jiwa Merdeka,
Tema sambutan Hari Kemerdekaan;
Ayuh semua rakyat jelata,
Meriahkan suasana bulan kebangsaan.

Pohon kelapa di pinggir desa,
Daunnya melambai, indah suasana;
Malaysia Madani Jiwa Merdeka,
Ayuh kita hayati bersama.

Bunga raya merah di taman,
Indah berseri di pagi hari,
Malaysia Madani kita zahirkan,
Jiwa Merdeka teguh berdiri.

Bayu senja berhembus lembut,
Menyejuk hati, tenang di jiwa;
Negara makmur, rakyat bersahut,
Malaysia Madani, Merdeka sentiasa.

Rukun negara mesti dihormati,
Berbilang bangsa rakyat disatukan;
65 tahun Malaysia harmoni,
Perpaduan ini mesti dikekalkan.

Kredit pantun:


Lihat Juga:
– Aktiviti Kemerdekaan 2024: Contoh & Idea Menarik Untuk Sekolah
– Aktiviti Mewarna Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 
Mewarna Merdeka 2024: Poster & Template Malaysia Madani 
– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
– Kuiz Kemerdekaan 2024: Anjuran Perpustakaan Negara (PNM)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments