HomeInfoBunga Raya: Sejarah, Maksud dan Lambang Bunga Kebangsaan

Bunga Raya: Sejarah, Maksud dan Lambang Bunga Kebangsaan

Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan negara kita dan lambang identiti nasional selain daripada Jalur Gemilang, lagu Negaraku, jata Negara dan lain-lain.

Sebagai lambang kebanggaan negara, bentuk kelopak bunga ini pernah dijadikan logo sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1982, 1995 dan 2007.

Bagi anak-anak atau murid-murid sekolah, banyak aktiviti kemerdekaan seperti buku skrap, kolaj, dan mewarna sering menggunakan bentuk bunga raya sebagai salah satu cara dan budaya memupuk sifat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Jenis-Jenis Bunga Raya

Bunga raya yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis dan warna yang menarik. 

Ada bunga raya yang berwarna merah, kuning, oren, merah jambu, putih dan lain-lain. 

Setiap warna ini menceriakan taman-taman dan halaman rumah, menjadikan bunga raya sangat dihargai di Malaysia.

Bunga Raya Merah

Bunga raya yang berwarna merah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan.

Selain daripada warna dan bentuknya yang menarik, bunga raya lebih terkenal dan mudah didapati di seluruh negara. 

la dikenali dengan nama yang sama di seluruh negara. Malah, ketika itu bunga raya merah bukanlah Bunga Kebangsaan bagi mana-mana negara lain.

Warna merah kerana bentuk cantik dan terkenal di seluruh nearah

Sejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan 

Sejarah Pemilihan simbil Kebangsaan

Dalam pemilihan Bunga Kebangsaan, kajian dijalankan pada akhir tahun 1957 hingga awal tahun 1958 dalam dua peringkat, iaitu kawasan bandar dan luar bandar. 

Hasil kajian berbeza-beza bagi setiap negeri telah menyukarkan kerajaan membuat keputusan dan pemilihan. 

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan iaitu;

  • bunga raya
  • bunga kenanga
  • bunga melur
  • bunga cempaka
  • bunga teratai
  • bunga mawar
  • bunga tanjung. 

Walau bagaimanapun, akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Ringkasnya, sebab-sebab pemilihan adalah;

  • Bunga raya adalah bunga yang digemari oleh orang ramai.
  • Bunga lain yang lebih cantik dan harum tidak dipilih kerana tidak mempunyai nama yang sama di seluruh negara.
  • Bunga raya dikenali dengan panggilan yang sama di seluruh Tanah Melayu dan mempunyai rupa bentuk yang menarik.
  • Bunga raya mudah didapati di merata tempat di Tanah Melayu.

Pengisytiharan Sebagai Bunga Kebangsaan

bunga raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960

Bunga Raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pengisytiharaan ini dibuat di sebuah pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA).

Maksud dan Lambang Bunga Raya

Lima kelopak pada bunga raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara, iaitu:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Selain itu, warna merah pada kelopak bunga raya melambangkan keberanian, ketabahan, dan perpaduan rakyat. Ini sekaligus menjadikan bunga raya simbol penting dalam membina semangat patriotik dan perpaduan tanah air.

Infografik Bunga Raya

Berikut merupakan beberapa infografik menarik yang anda boleh jadikan rujukan sama ada untuk pendidikan anak-anak atau sebagainya.

Bunga Raya (Merdeka 360)

Sumber:

1. Berapakah bilangan kelopak bunga raya?

Bunga raya mempunyai lima kelopak. 

2. Apakah maksud di sebalik 5 kelopak bunga raya?

Lima kelopak bunga raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara Malaysia.  Ia juga melambangkan perpaduan rakyat.

2. Bilakah bunga raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan?

Bunga raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Lihat Juga:
 Kuiz Kemerdekaan 2024: Anjuran Perpustakaan Negara (PNM)

Pertandingan Fotografi Merdeka: Malaysia MADANI Jiwa Merdeka
– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
– Sajak Merdeka: Contoh “Tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments