HomeInfoMajlis Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024

Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024

Pada tahun ini Pahang menjadi lokasi penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) bagi Tahun 1445H/2024M. 

Majlis ini merupakan penganjuran antara pihak Persekutuan (JAKIM) dan Kerajaan Negeri yang membolehkan MTHQK kembali ke Pahang selepas 10 tahun.  

Untuk makluman, Pahang merupakan tuan rumah kepada Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2011 dan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2014. 

Tema MTHQ 2024

Pada tahun ini tema yang ditetapkan adalah “Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati”.

Tarikh, Waktu dan Lokasi

MTHQK 2024 diadakan selama 6 hari sebagaimana maklumat berikut;

  • Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis) hingga 28 Mei 2024 (Selasa).
  • Waktu: 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
  • Tempat:  Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H:2024M

Senarai Peserta

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini.

MTHQK 2024 bakal menyaksikan 110 penyertaan dari seluruh negara dengan setiap negeri diwakili 8 peserta iaitu 2 peserta bagi kategori Tilawah al-Quran dan 6 peserta untuk kategori Hafazan.

Keseluruhan peserta tilawah adalah 29 orang iaitu;

  • 14 orang qari
  • 14 orang qariah
  • 1 johan menunggu

Kategori Hafazan menyaksikan seramai 81 orang dengan para huffaz lelaki dan wanita bertanding dalam 3 kategori berikut;

  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-10
  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-20
  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-30

Malam Pertama: 23 Mei 2024 (Khamis)

  1. Qari Mohamad Yusuf Bin Kassim (Johor)
  2. Qariah Nurul Husna Binti Sharif (Kedah)

Malam Ke-2: 24 Mei 2024 (Jumaat)

  1. Qari Mohamad Husaini Bin Mahmur – Negeri Sembilan
  2. Qari Muhammad Khairi Bin Maidin – Melaka
  3. Qariah Nor Ain Najihah Binti Abdul Hakam – Kelantan
  4. Qariah Nurul Saadah Binti Mohammad Zaini – Pahang
  5. Qari Khalil Khusairi Bin Zainol – Perlis
  6. Qari Ahmad Mukhlis Bin Yahya – Sarawak
  7. Qariah Nor Jannah Binti Ab Rahman – Terengganu

Malam Ke-3: 25 Mei 2024 (Sabtu)

  1. Qariah Marzian Binti Mohd Deli – Pulau Pinang
  2. Qariah Nor Ruzana Natiah Binti Jaafar – Selangor
  3. Qari Dr. Anuar Bin Hasin – Perak
  4. Qari Muhammad Isyraq Bin Shahruddin – Selangor
  5. Qari Muhammad Umar Syazuli Bin Mohd Tahir – Pulau Pinang
  6. Qariah Noorul Hasliza Binti Ahmad – Wilayah Persekutuan
  7. Qariah Nurul Nadiah Binti Hashim – Johor

Malam Ke-4: 26 Mei 2024 (Ahad)

  1. Qariah Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid – Perak
  2. Qariah Nor Hidayah Binti Abd Rahman – Johan Menunggu
  3. Qari Abdul Hadi Bin Che Ab Halim – Terengganu
  4. Qari Nashraf Ideen Bin Nahar – Sabah
  5. Qariah Nadhrah Binti Ahmad Marzuki – Negeri Sembilan
  6. Qari Mohamad Syaheed Bin Sabri – Pahang
  7. Qari Muhammad ‘Ammar Mukhlis Bin Abdul Mohsin – Kedah

Qariah Nor Hidayah binti Abd Rahman iaitu Johan Menunggu dan Qari dari negeri tuan rumah iaitu Qari Mohamad Syaheed bin Sabri akan menjadi tumpuan pada malam ini.

Malam Ke-5: 27 Mei 2024 (Isnin)

  1. Qariah Nur Syakura Binti Mohamad Musa – Sarawak
  2. Qari Ab. Ghani Bin Awang Tanga – Wilayah Persekutuan
  3. Qari Mohammad Ashraff Bin Azman – Kelantan
  4. Qariah Norsyafirah Binti Jusoh – Perlis
  5. Qariah Nadirah Syazwani Binti Sapari – Sabah
  6. Qariah Normawaty Binti Sahat – Melaka

Malam Ke-6: 28 Mei 2024 (Selasa)

  • Pengumuman pemenang dan perasmian penutup

Siaran Langsung

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 juga bersiaran secara langsung di saluran TV1 RTM, TV Al-Hijrah, radio-radio milik RTM, radio IKIM FM, WEB TV JAKIM dan di akaun-akaun media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi (Sesi Hafazan) dan 8.45 malam (Majlis Tilawah al-Quran).

Senarai Pemenang MTHQ 2024

Kategori Hafazan Juzu’ 1-10

  • Johan (Hafiz): Saudara Abdullah Afif Bin Mohd Ariffin (Melaka)
  • Johan (Hafizah): Saudari Aisyah Nabihah Binti Noor Hisham (Negeri Sembilan)

Kategori Hafazan Juzu’ 1-20

  • Johan (Hafiz): Saudara Muhammad Asyraf Bin Amir (Johor)
  • Johan (Hafizah): Saudari Fatihatul Badriyah Binti Mohd Abd Latif Hilmi (Selangor)

Kategori Hafazan Juzu’ 1-30

  • Johan (Hafiz): Saudara Muhammad Rifae’i Bin Mat Zuki (Kedah)
  • Johan (Hafizah): Saudari Putri Aminah Binti Mohd Hanif (Kelantan)

Johan Qari 2024

  • Saudara Mohamad Husaini bin Mahmur (Negeri Sembilan)

Johan Qariah 2024

  • Saudari Nor Hidayah binti Abd Rahman (Terengganu)

* Mohamad Husaini bin Mahmur dan Nor Hidayah binti Abd Rahman akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia.

Johan Bagi Edisi 2023

Pada tahun 2023, Qari orang kurang upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi edisi 1444H/2023M.

Johan bagi kategori qariah pula dimenangi Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman.

Dengan kemenangan tersebut, mereka layak membawa pulang masing-masing hadiah wang tunai RM20,000, selain piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Muhammad Qayyim, 25 dan Mor Hidayah, 32, turut melayakkan diri mewakili Malaysia bagi menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa edisi 2023.

Sejarah

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) bermula sebagai Majlis Membaca al-Quran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) pada 4 September 1947 di Masjid Jami’ Abu Bakar, Johor Bahru. 

Pada 1960, majlis ini diadakan di peringkat kebangsaan dengan penyertaan dari semua negeri di Persekutuan Tanah Melayu, dirintis oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://mthqk.islam.gov.my/

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments